Jumaat, September 19, 2008

Terkenang Semasa Dulu: Felda Simpang Waha (siri 1)

aku tercarik-carik kat dalam alam maya tentang felda nan satu ni. langsung takde lelaman mahupun tetapak web yang menyebut felda simpang waha dengan panjang lebar. kalau ada pun kak gie tu jer laa. itu pun kak gie limit dengan sekolah menengah bandar easter jer. kalau tengok kat dalam friendster atau forum umum dalam lelaman web memang ramai anak-anak felda simpang waha. pertubuhan belia simpang waha tu ada laa jugak constructed satu laman web khusus untuk pembangunan belia simpang waha tapi macam hidup segan mati tak mahu jer aku tengok. tak update langsung. tapi takpelah, at least ada jugak. cuma kena update selalu jer. walaupun posting ni tak mengkhusus kepada sejarah atau asal-usul felda simpang waha, tapi aku akan cuba ringkaskan sedikit melalui pemerhatian turut serta sepanjang lebih 15 tahun aku duduk kat situ sebelum keluar merantau. tapi aku balik jugak setahun sekali apa. sesiapa yang nak mempertikaikan kefeldaan aku tu (terutamanya si erwanita) baik fikir dua tiga kali. keh keh keh keh. felda simpang waha ni takdelah besar sangat. tapi bagi aku yang jarang keluar ke bandar besar macam kat jb tu tentulah akan anggap besar. sebab felda ni jer laa satu-satunya tempat aku mengenali dunia ini. ewah. bersastera laa pulak. kat dalam felda simpang waha ni ada satu sekolah rendah yang kami panggil sekolah kebangsaan bandar easter. walaupun ia terletak agak jauh dengan felda simpang waha tapi aku tetap meletakkannya kat dalam zon simpang waha jugak. keh keh keh. selain itu ada sebuah sekolah agama yang baru sahaja ditubuhkan. kalau tak silap dah lebih lima tahun. kalau dulu aku terpaksa menapak punya jauh pergi sekolah agama kat kawasan felda bukit waha tu, tapi sekarang ni dalam sepuluh minit jer jalan kaki nak ke sekolah agama yang baru ni. selain tu ada laadewan raya yang besar laa jugak, perpustakaan awam yang hidup segan mati tak mahu (tak tahulah apa yang pihak pengurusan felda ni buat) tadika, padang permainan yang tak best tu, dan juga surau yang lokasinya bersebelahan dengan sekolah agama. tapi dengar-dengar surau tu dah dinaiktaraf sebagai masjid.

kat felda simpang waha ni komunitinya agak besar jugak. kalau tak silap aku ada 24 buah blok yang setiap satunya mengandungi 24 buah rumah. tiap-tiap malam jumaat mesti ada majlis bacaan yassin untuk kategori lelaki kat salah sebuah rumah dan hujung minggu untuk kategori wanita dengan kaedah yang sama. aku masih ingat lagi bapak aku paksa aku betul-betul suruh pergi majlis tu tiap-tiap minggu - alasannya nanti takkenal orang dan orang pon tak kenal aku. penyudahnya orang semua tak kenal aku hari ni kecuali jiran yang dekat-dekat jer. keh keh keh..masa aku sekolah rendah dulu library kat simpang waha ni berfungsi dengan bagus sekali. tak silap kerani yang jaga library tu kak ida yang suka pakai tudung cikgu kaunseling. masa tu memang banyak buku dan aku belajar membaca kat situ laa..tiap-tiap minggu aku akan pinjam buku sastera klasik melayu. tapi untuk siri kanak-kanak bukan siri dewasa. dalam masa yang sama aku pinjam jugak buku dari library sekolah rendah - ni waktu aku sekolah kat sekolah kebangsaan bandar easter tu laa.. antara buku yang aku paling ingat dan baca berulang-ulang kali ialah anak rimba dan anak warisan zaman yang ditulis oleh hamdan raja abdullah. cerita tentang kisah suka duka seorang budak yang nak menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi untuk membela nasib keluarga. olahan ceritanya amat menarik - tu yang aku suka baca. kami dapat jalan yang bertar waktu tahun 1987. masa tu aku darjah tiga dan sebelum ditar dengan cantiknya, jalan kampung kat felda simpang waha ni semuanya berwarna merah. paling bagus pon depa turap dengan himpunan batu kelikir yang membocorkan semua tayar motor peneroka tiap-tiap kali nak ke kebun sawit. tak lama lepas tu ada laa projek buat kolam ikan. kalau tak silap kat sepanjang belakang blok 4. aku ingat lagi menapak ke rumah cikgu guna (cikgu india ni mengajar kat sekolah menengah bandar easter) untuk belajar bahasa inggeris mesti lalu kolam ikan ni. biasanya aku akan menapak sorang diri sebelum member sekelas si nasrul hisham tu join sekali. apa khabar agaknya nasrul hisham laa ni? dah kawin ke belom?


satu perkara yang menarik tentang duduk kat felda simpang waha pada awal-awal penubuhannya ialah kedai koperasi PNF (perbadanan niaga felda). bila sampai awal bulan maka berduyun-duyun laa umat manusia ke sana untuk ambik barang-barang keperluan harian dan bayarannya akan dipotong melalui gaji bulanan. aku tak terkecuali ler ikut bapak aku ke sana dan tiap-tiap kali pergi ke situ mesti aku nak coklat yang bulat-bulat tu, dan setiap kali permintaan aku akan ditolak dengan alasan mahal. nak tak nak telan air liur jer laa. dan sampai sekarang aku tak makan coklat sangat bila terkenang balik kisah tu. tapi sesekali bila terasa nak makan aku akan pergi Haighs utk beli coklat bercitarasa tinggi yang bentuknya bulat-bulat jugak. keh keh keh,...kira balas dendam laa...satu lagi duduk kat felda ni tiap-tiap bulan ketua blok akan bagi majalah felda. tak tahu wujud lagi ke tak majalah felda tu. sapa laa sidang editor majalah felda tu teruk betul kandungannya. keh keh keh..siap kutuk tu. satu lagi pemandangan klise penduduk felda simpang waha ni waktu aku kecik-kecik dulu tu ialah party tupperware. dulu aku tak tahu tupperware ni apa. rupanya jenama barang. aku ingatkan bekas makanan berpenutup tu dipanggil tupperware. kalau aku ke coles atau safeway mesti ternampak jenama tupperware ni. tapi untuk set lunchbox jer laa. tiap-tiap petang sabtu atau ahad nanti adalah jiran-jiran yang akan panggil bertandang untuk dengar penerangan tentang produk tupperware ni. kadang-kadang tu mereka ambil kesempatan untuk buat kelas masakan. selalunya gerakan persatuan wanita yang akan buat hujung-hujung minggu. tapi setiap blok pun ada buat juga. aku ingat lagi mak aku bawak balik murtabak biskut. punya laa sedap masa tu. dah laa siket lepas tu terpaksa bagi-bagi dengan adik-adik aku dah ler dapat makan siket jer. a few years back aku ada laa pergi pasar malam kat KL...ada laa jual murtabak biskut tu and aku beli punyalah banyak sekali jer tak sedap..keh keh keh..agaknya akud ah terlebih makan biskut jacob's.



selain tu, tiap-tiap tahun akan ada satu temasya (bukan temasya kampung talang) hari peneroka. masa ni berduyun-duyun laa peneroka felda generasi pertama dan anak-anak mereka saling bertanding mewakili blok masing-masing. ada pertandingan bola sepak, merentas desa, dan tarik tali. kalau tak silap, hari peneroka ni diadakan di sebuah padang belakang sekolah agama gugusan waha (sekarang ni dah jadik sekolah agama bukit waha). punya la ramai umat masa tu yang datang. laa ni hampes tak tahu laa ada lagi ke tak hari peneroka tu. rasanya memang takde lagi kot sebab semua orang sibuk berkerja. disebabkan elektrik hanya datang di felda simpang waha pada tahun 1993 (ketika itu aku tingkatan tiga kat SMBE) maka penggunaan generator untuk menhasilkan eletrik menjadi pilihan penduduk. tapi setakat antara jam 7 hingga 12:30 malam sahaja. lepas tu kami hanya guna pelita kerosin (orang felda panggil minyak tanah). aku laa yang selalu pergi beli minyak tanah ni kat kedai belakang rumah. selain tu, satu lagi acara yang paling ditunggu ialah kenduri kahwin. iyer laa kan kenduri kawin kat kawasan felda ni memang diadakan secara besar-besaran. dah nama pun felda kawasan nya pun jauh dari bandar..jadi elemen kekampungan masih lagi menebal. yang paling seronok tu seminggu lagi nak berlangsung majlis sudah ada acara rewang...(bahasa jawa ni - sila sebut betul-betul ya rewang bukan merewang macam budak-budak zaman ni selalu buat)..punya laa meriah...masa tu pengantin betul-betul bukan sahaj jadik raja sehari tapi raja tiga empat hari. glamour laa konon..laa ni takde nye glamour..keh keh keh..biasanya aku dengan kengkawan asyik dok mengumpul telur pindang jer laa..sedap betul telur pindang ni..dimasak dengan menggunakan rempah ratus antaranya buah senduduk tu...tak tahu ler ada lagi ke dok pokok senduduk ni..dulu bersepah kat depan rumah aku...lepas tu ada plak kugiran (kumpulan gitar rancak) yang mendendangkan lagu-lagu pop yeah yeah dan jugak rock kapak. bila elektrik dah masuk ke felda sekitar tahun 1993, persembahan kugiran ni berlanjutan hingga ke malam sampai aku nak tido pon tak boleh...punya laa teruk depa nyanyi...yang ada tu nyanyi suara tak sampai...kalah serigala kat padang pasir...sampai macam nak terberak pun ada punya laa tarik suara...tapi ada juga yang tak nak kugiran tapi hanya buat persembahan kuda kepang atau ghazal di sebelah malam.


tinggal kat kawasan felda ni ketika waktu awal pembukaannya memang takde banyak hiburan. selain main ting ting atau join bebudak pompuan main getah, televisyen jer lah yang jadik hiburan sementara. dulu-dulu ketika baru masuk ada jugak yang jiran yang masih belum memilik televisyen...biasanya jiran yang takde televisyen akan datang ke rumah untuk tumpang tengok. seronok gak tengok ramai-ramai rasa macam kat pedalaman brazil pulak. laa ni jangan haraplah satu rumah dah boleh beli 3-4 bijik televisyen flat screen. bila masuk jer awal tahun 90an fenomena minah karan menular kat kawasan felda simpang waha ni. ramailah mak-mak dan kakak-kakak pergi kerja kilang kat kawasan perindustrian kota tinggi tu termasuklah mak aku sekali. tapi sekejap jer kerja dalam lebih kurang 2 tahun sebelum mak aku berhenti sebab aku sibuk nak spm..tak silap tahun 1995...kat felda ni pun ada peristiwa-peristiwa besar yang bagus dan tak bagus..antara yang bagus ialah waktu tan sri muhyiddin datang..waktu tu dia menteri besar johor lagi...jadi ramai laa yang berkampung kat waha ni. apatah lagi dewan raya yang besar (ketika tu nampak laa besar sebab aku kecik lagi) baru siap dan ready nak dirasmikan. banyaklah pameran itu ini..laa ni sunyi sepi jer..takde apa pon kat waha tu..cuma aku dengar adalah angkasawan negara datang sekali...


peristiwa yang tak best ialah kejadian penyamun dan pencuri..biasalah felda kan..kanan dan kiri pokok kelapa sawit..jadik ramai laa penyamun tarbus dan lanun bersembunyi..pulak tu mat-mat indon pun ramai jugak jadik pekerja ladang bagi tuan punya kebun yang mampu nak bayar upah mereka untuk kerjakan kebun/ladang. aku ingat lagi masa tu aku darjah enam. punya laa ramai orang bergilir-gilir berjaga malam. seperti biasa cerita tokok tambah perisa itu dan ini pun bertebaran. ada yang kata penyamun tu boleh menjelma jadi ayam jantan laa, menjelma jadik biawak lah..ada satu malam tu ketika balikd ari kelas malam kat sekolah (aku dok tengok orang bertempiaran lari kejar pencuri)..katanya yang berbaju belang...tapi yang kelakar tu, orang yang mengejar pun ramai yang pakai baju belang..entah hapa-hapa...plak tu ada cerita hantu..katanya ada hantu susu laa, keranda terbang laa...ada yang mengaku jumpa kat tengah jalan...jiran-jiran ada jugak cakap jumpa benda bergolek kat tengah jalan sekitar 4-5 pagi waktu nak pergi kerja kilang..begitulah adanya...anyway, dah letih menaip...ada masa nanti aku nak cerita pulak tentang sekolah kebangsaan bandar easter dan jugak sekolah menengah bandar easter. dah lama betul tak ke sekolah ni..nasib baik kak gie update from time to time tentang SMKBE (dah tukar laa ni dulu SMBE jer)...apa pun aku sertakan beberapa keping foto dari koleksi peribadi..terima kasih erwanita kerana sudi menjadi model...keh keh keh...dan terima kasih kepada pemilik blogs khaalish kerana telah mengambil beberapa gambar menarik di felda simpang waha. saya cuplik ya gambar tu? harap bagi keizinan.

2 ulasan:

NoorGie berkata...

hehhehe
x sangka ye...anak felda simpang waha ni masih tebal dengan semangat ke'felda'annye...anyway shays, akak x bole la nak komen banyak2 tentang felda simpang waha ni..mana la tau kan sensitif isu (takut terpedas pulak komennyer)....maklumla akak ni cuma pendatang yang mencari rezeki kat kawasan felda ni...tapi kalau ade kesempatan, why not, one day akak akan cuba la bagi komen akak dari kaca mata seorang pendidik yang dah agak lama (almost 8 years) mendidik anak bangsa di Gugusan waha ni....

sentuhan @rjuna berkata...

amboi! walau pun dok kat Australia tuh tapi masih boleh ingat lagi ttg felda..aku kat sini hari2 mak ayah aku suruh ke terawih...mungkin dia takut kot org tak kenal anak dia..gambar pokok tuh sampai skrg aku carik nak tanam kat umah tak jumpa2...