Khamis, Mac 12, 2009

Felda Simpang Waha: Hari Penyampaian Geran Tanah 2009


akhirnya selepas 28 tahun lebih, berjaya jugak peneroka felda simpang waha memperolehi geran tanah mereka...dalam istilah lain tanah yang mereka terokai sekitar awal tahun 1981 telah berjaya mereka miliki secara tetap. pagi-pagi buta lagi bapak aku dah kejutkan untuk pergi sekali tengok penyampaian geran tanah oleh menteri besar johor tok ghani othman. jadi aku dengan sukarelanya pergi laa dengan buat muka tebal siket. kalau nak ikutkan jangan harap ler aku nak keluar rumah. sampai sana aku dah gelabah. dah ler orang ramai takkan aku nak duduk sebelah mak bapak aku pulak. lagi pun bukan aku yang akan naik atas pentas. kebetulan aku nampak afidah abu bakar - member lama waktu kecik-kecik dulu main getah dan ting ting. terus ajer aku suruh parents aku pergi ke tempat menunggu dan aku pulak berborak sakan dengan afidah atau nama teman tapi mesranya idah. macam-macam laa dia dok bertanya tentang aku sebab memang lama tak jumpa. last kami jumpa waktu awal tahun 90an macam tu. masa dia kawin aku pun tak masuk tengok dia. cuma pi makan nasik minyak kat luar. tak sangka dah ada 3 orang anak termasuk sepasang kembar seiras perempuan.

lepas berborak sakan dengan idah, tiba-tiba aku ternampak sudin - member kamcing waktu sekolah menengah dan sekolah agama. lama betul aku tak jumpa dia. jadik kami pon berborak sakan ler. bertanyakan itu dan ini. sudin bagitahu aku dia masih lagi di senai. lama betul dia tinggal di sana. khabarnya dah beli rumah pun. masa tengah berborak dengan sudin ni laa tok ghani pun sampai. antara dif kehormat lain yang datang ialah Y.B. Puan Asiah. yang lawak tu aku dapat dengar khabar dan lihat ramai orang felda simpang waha berduyun-duyun datang. rugi miss takde. tapi aku jumpa adik dia orang kat situ. selain tu aku nampak norismah ismail. sudin bagitahu aku dia ada nampak tut! jugak. tapi kami buat tak endah jer. lepas tu zaini jumaat pon datang berborak dengan kami. dari beliau macam-macam kami dengar cerita tentang kawan-kawan lama. haha kelakar betul. bak kata afidah, kalau dapat sekolah semula memang seronok. tak sangka pulak aku afidah begitu aktif dengan pertubuhan belia felda simpang waha ni. no wonder laa mereka boleh menang pertubuhan belia terbaik peringkat kebangsaan beberapa tahun sudah.

menonton gelagat orang felda memang tidak membosankan. kadang-kadang tu nak tergelak pun ada juga. tapi hari ni penuh dengan tema pakaian warna-warni pelangi. ada yang pakai baju merah menyala dan ada juga yang pakai baju yang bergemerlapan macam lampu lip lap waktu malam raya. ada yang pakai kaca mata ala paris hilton dan ada juga yang membawa beg tangan berjenama terkemuka. kenderaan jangan cakap laa. semuanya bertaraf tip top high class. terperanjat gak aku tengok orang felda sekarang. dulu cuma bawak motor cabuk kapcai jer ke sana ke mari...anak-anak felda pun cuma bawak basikal bmx. itu pun merayu meratap kat mak bapak minta tolong belikan. laa ni paling teruk pun depa bawak myvi atau kancil. isk-isk. tapi itulah hasil yang mereka tuai selepas 28 tahun berbudi kepada tanah. banyak betul berjasa ladang kelapa sawit felda simpang waha ni kepada penduduk. apa pun aku ucapkan tahniah laa kat mak bapak aku sebab dapat geran yang dinanti-nantikan selama ni. yang lawak tu macam majlis konvokesyen plak aku tengok. muahahaha.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kampung haku belum dapat geran dah lebih 30 tahun nih,

salamm,