pagi tadi aku keluar dengan parents (dah besau panjang pon kuar dengan parents muahahaha) pi renew pasport. mula-mula pergi ler ke wisma persekutuan dekat dengan tabung haji j.b. dan pantai lido tu. sekali umat punya laa ramai. plak tu aku ada allergy sepi siket dengan perkataan wisma persekutuan ni disebabkan slow tahap siput babi bila time buat keje. jadi aku pun cuma amek borang dan buat gambar ukuran pasport dan terus ajak parents aku balik. then, tiba-tiba plak abah aku suggests suruh pi pekan rabu j.b. sebab kat situ ada satu lagi pejabat cawangan imigresen. masa aku sampai kat sana orang agak ramai tapi aku berjaya menyiapkan proses pembaharuan pasport selama dua jam menunggu. lepas tu depa suruh amek pasport tu pukul 4 petang. layanan memang ngetop. tak macam keadaan yang berlaku tahun 2004 dulu waktu aku nak apply pasport first time. mak aii...Tuhan sahaja laa yang tahu..dengan pegawai yang bagi layanan macam gampang. tapi hari ni dah berubah ler siket walaupun tak sampai tahap gaban. seorang pegawai tahap mak cik jalan mundar mandir tanya pelanggan jika ada sebarang masalah. not bad ler...petang aku called erwanita nak tanya sama ada jadik ke tak plan kita. nampaknya macam jadik. then aku alert amad - jumaat ni turun ke melaka bertemu dengan erwanita sebelum ke kl secara trio... muahahaha...pada masa yang sama aku alert eliz jelita untuk keluar dinner petang sabtu- selepas balik perkelahan dari ulu yam (itu pun tak tahu kalau jadik ke tak harap takde perubahan last minute). keh keh keh..teruk betul....apa pun hari khamis ni ada acara bersejarah di felda simpang waha iaitu hari penyampaian geran tanah kepada penduduk. jadi aku pun nak ler jugak turun menyaksikan bersama-sama peristiwa penting ini. sayang miss takde. teringat aku dengan hari peneroka waktu kecik-kecik dulu. tapi hari khamis ni betul-betul meraikan semua peneroka bagi mengenang jasa mereka berbudi kepada tanah lebih 20 tahun...tahniah!!
2 ulasan:
Woit Noya...Tue ler..aku tkde kalo tk sure datang time bagi geran tanah tue...havoc nyer...Hari bersejarah bagi peneroka dan anak2 peneroka Felda Simpang Waha..Bangga siot..Time nie dah menitik air mata aku bila terkenang tentang kesusahan dan kepayahan yang kita lalui hampir 28 tahun yang lalu...Tapi aku bangga siot...Hidup Anak Felda!!!!!
Woit Noya...Tue ler..aku tkde kalo tk sure datang time bagi geran tanah tue...havoc nyer...Hari bersejarah bagi peneroka dan anak2 peneroka Felda Simpang Waha..Bangga siot..Time nie dah menitik air mata aku bila terkenang tentang kesusahan dan kepayahan yang kita lalui hampir 28 tahun yang lalu...Tapi aku bangga siot...Hidup Anak Felda!!!!!
Catat Ulasan