Isnin, Mei 04, 2009

the president's visit

tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada kak mira yang mengatakan presiden akan datang melawat...dan boss besar kat ofis pon akan datang sekali....mula-mula aku dah planned awal-awal nak cakap aku sakit perut pada hari lawatan dan malas nak datang, tapi tak berjaya mengelakkan daripada menghadiri majlis lawatan tersebut...alamak bosan betul dengar ceramah pagi-pagi buta...habis jer jumpa tuan presiden aku terus balik ofis. yang ada kat ofis cuma alvin dan ashley...teng, teng, teng bila check e-mail christine dah ada kat Melbourne. dia ajak keluar dinner dna minum kopi..so, aku ajak ler alvin join sekali...so, kami jumpa di depan state library...nasib baik sam dah habis lecture...jadi sam, pon join sekali...kami ke yamato dan seperti biasa kami pon berborak-borak tentang research....agak lawak jugak bila aku tengok sam pegang chopstik macam pegang pen...terkial-kial gak mamat tu nak habiskan noodle dalam pinggan. aku dok bantai gelak dengan alvin...merah padam mat salleh tu...tu ler, lain kali tengok drama korea...keh keh keh....habis jer makan kat yamato, aku dan alvin pon temankan christine dan sam balik kat suite depa...tapi rasa macma nak minum kopi lak..so singgah plak brunetti untuk makan crepes...wah sedapnya tak terkata...aku pon bantai ler sekali...habis jer berborak sambil minum kopi, terus jer ke suite depa dan borak-borak lagi sebelum aku dengan alvin balik ofis semula...esok paginya aku bangun jam 11 sebab kenyang sangat makan banyak....keh keh keh..tak guna betol!

Tiada ulasan: