Ahad, Mei 31, 2009

member lama -- khairul nizam jamaluddin

mamat khairul nizam ni dulu satu kumpulan dengan aku waktu sama-sama satu sekolah kat sekolah kebangsaan bandar easter. seperti biasa dia telah dilantik menjadi ketua kelas satu amanah...tak tahu ler atas kapasiti apa masa tu kan sebab aku tak hengat dah lama giler...mungkin miss boleh elaborates serba sedikit...ala miss, ko kan majalah gossip bergerak...kah kah kah...tapi disebabkan dia dah jadik pengawas lepas tu jadik ketua kelas (kira gila kuasa laa masa tu), aku terus rampas jawatan ketua kelas tu dari dia dari darjah empat kalau tak silap aku, sampai laa darjah enam (masa tu enam cempaka)....hahaha..dalam erti kata lain aku pon giler kuasa gak...tapi yang menjawat post bendahari lagi gila kuasa sebab kutip duit secara pecah perintah...muahahaha....jangan marah aa miss....khairul nizam jamaluddin ni dulu suka buli kita orang...aku ingat lagi dia buli aku tak bagi balik rumah lepas habis sekolah agama...kalau aku ada kuasa x-men masa tu, dah lama aku toreh muka dia pakai kuku wolverine tu...hahaha...jangan marah beb...gurau-gurau jer...last aku jumpa budak nizam ni waktu tahun 2002 kalau tak silap...masa tu aku pegi rumah miss kat serdang sebab nak tumpang bermalam sebab esoknya ada interview kat putrajaya..sekali jer hampes malas nak bangun terus jer aku terminate interview tu..macam gampang jer...keh keh keh....tu yang aku terjumpa mamat ni sebab miss call dia suruh datang..so kita orang kuar ler makan malam tu...lama betul tak jumpa ko kan nizam...tup tup ko dah jadik produser laa ni..boleh ler aku habaq kat zairi sebab dia memang giler nak jadik pelakon...keh keh keh...jangan marah yer zairi...ada sorang lagi karektor dalam gambar ni...yusri, kalau tak silap namanya...satu sekolah tapi dia berada kat kelas 6 mawar...mamat ni rapat dengan miss sebab duduk satu blok..tak silap blok lapan gak kat felda simpang waha nun...glamour ngetop korang semua laa ni kan...kira bleh tumpang 'populariti' laa ni...hahaha...

Sabtu, Mei 30, 2009

sejuk nyer...

malam tadi sejuk banget..jadi bila sejuk ni aku pon jadik kuat makan laa...tapi aku tkde laa makan sampai badan aku jadik macam hulk...kih kih...pagi tadi bila bangun aku dok terpikir nak makan kebenda pagi-pagi buta ni..biasanya aku pi jer cafein dan beli secawan kopi dan sebijik muffin yang sedap banget tu...tiba-tiba aku teringat yang aku ada beli beberapa bijik avocado kat woolworth kelmarin...nasib baik roti pon ada lagi...jadi dengan gembiranya aku pon membakar roti sambil menyanyi-nyanyi lagu mulanya di sini - freedom. nasib baik ramai umat tak bangun lagi walaupun dah pukul 9 pagi..lepas jer siap membakar roti kat tingkat atas aku turun ke tingkat bawah pi kitchen besaq. then aku pon berusaha memproses avocado mengikut citarasa aku sendiri - inspired by jamie oliver - tak sia-sia aku beli dvd jamie at home -- boleh blah laa...keh keh...lepas siap letak fig spread dan butter, aku buat secawan teh plak...siap semuanya masuk bilik dan duduk atas katil..breakfast in bed laa kononnya...dengan katil tak kemas bersepah-sepah, kain baju yang tak disidai, dvd berterabur sana sini, aku pon bukak tv...sekali jer tengok ada katun jungle book...teringat aku waktu kat sekolah menengah bandar easter dulu..masa tu aku form 3...cikgu nasaruddin abdullah yang mengajar bahasa inggeris tiba-tiba ajak kami semua tonton katun ni...gembira sungguh masa tu..yer laa awal tahun 90 an kan masa tu teknologi vcd/dvd mana ada lagi...masa jer sampai bab monyet tengah makan pisang, tiba-tiba akut eringa tyang aku ada beli pisang gak..so aku pon carik kat mana aku letak...dah jumpa terus aku makan sambil menari-nari ikut rentak monyet kat dalam citer jungle book tu...ukk ukkk ukkk....keh keh keh...

winter pieces from christine


Dear Shah,

You have no need to apologize for not emailing, I am remiss in not emailing you. You will be fine for you presentation. I am sure if you talk about your progress with your interviews, time will pass very quickly and people will be interested and ask good questions. I would love to come to Melbourne again and hear you all, but I promised myself I would write, uninterrupted concentration, until I have finished the first draft of my creative piece (by end of July, fingers crossed) and not go galivanting. And I am now saving my 'pennies' for next year when I will not be on a scholarship. It was Val's birthday last Tuesday. We went to the Aldgate Pump with our friends Steve and Alison (Alison's birthday the same day) and Lloyd, a lovely old gentleman of nearly 90 years, and it was a good meal. Tomorrow we are having an end of semester breakup celebration for Rick's Group. It is being held at Gay Lynch's place wich is between Victor Harbor and Yankalilla near Inman Valley. We have driven past the area on one of our trips and it is very lovely at this time of the year -- green grass and many streams and the last of the autumn leaves. I think the celebration is also because Gay has passed her doctorate, although she has not officially told us yet.
I have bought a bunch of yellow roses etc just in case and baked a cake. I just switched off the buzzer on the oven, so now I must take the pups and Molly to Mylor. They think I have forgotten but I haven't, even although it is getting dark. Yesterday I took a walk to Arbury Park to refresh my mind of the scenery for my fiction. I also went to the outdoor school there to see what they could tell me about the graffiti under the freeway. I was surprised to be greeted by an acquaintance from our ski club, Schuss. Her name is Liz and she has worked as a teacher/coordinator there since the early 1990s. The coincidence was amazing. Yesterday I went to Friday's in the Library (Noel Stockdale Room). This time the Screen Studies, History and Languages Depts. were putting on a show of 16mm films from the archival stock, about immigration. The films were chosen from the period about 1940 to 1980 and it was amazing to see how technology, aesthetic and attitudes change over time. Mike Walsh spoke well, as did the key speakers from the other departments. I must go before it gets really dark. I'll try to attach a photo or two from my excursion yesterday. You might remember the acquaduct from the walk we once took to the Old Mill from Mt Lofty Botanic Gardens. -- Take Care, Christine

Khamis, Mei 28, 2009

gaduh dengan washing machine

geram betol aku pagi-pagi buta mesin basuh tu buat hal..dah ler aku nak cepat pi school, punya ler lembab nak basuh kain baju kotor tu...takde ler banyak pun cuma 2 helai bed sheet, satu jeans, satu tee, dan satu towel...plak tu bila aku dah set kan auto spin dia tak nak spin...gedegang gedegung bunyik macam nak protes ler pulak...geram sangat aku henyak-henyak kan jer kain baju tu...lepas tu baru spin...tapi kali ni spin bunyik mengalahkan motorbot...takut gak aku...kang tetiba meletup ke kan...habis terburai semua kain baju aku...dah ler lokasi mesin ni betul-betul atas bilik aku...buat robohnya lantai tak memasal jer aku cedera parah kena hempap dek mesin basuh...keh keh keh...apa pon mintak maap ler encik mesin basuh...sapa suruh ko buat hal pagi-pagi buta...haha...

Isnin, Mei 25, 2009

tunggu hujan teduh


selepas buat keje dengan gigihnya dari pagi tadi, aku ingat nak pergi beli kebab kat chinatown...tiba-tiba hujan ler plak...hampess betol..nampaknya aku kena tunggu ler hujan teduh dulu...walaupun tak selebat macam kat Malaysia sampai bleh nyanyi lagu tunggu sekejap, tapi rasanya boleh basah kuyup kalau aku pergi...tapi takpe aku ada payung mary poppin...guna jer laa...aku ni paling malas nak berpayung-payung kalau nak keluar...haha....tapi rasa macam berlakon dalam filem les parapluies de cherbourg plak...mahu orang menangis hiba tengok aku menyanyi dalam hujan...keh keh keh....dah ler lapar..ni kalo makan kebab panas-panas ni memang kick arse...apatah lagi sambil baring-baring atas katil sambil tengok drama tv -- memang contoh tak baik, jangan ikut aku punya perangai...muahaha

Ahad, Mei 24, 2009

bila bosan -->

bosan betul ler aku lately...macam takde semangat jer nak buat keje...tak cukup makan kot? nak kata tak cukup, aku ni siap ada tukang masak khas lagi tolong aku masak hari-hari....agaknya takde movie kot nak tengok...apa jer lagi yang aku nak tengok..x-files? semua seasons aku dah tengok...24 pon sama...nak kena tunggu dua tahun lagi baru best tengok balik..kalo tak mesti aku dah tahu apa akan terjadi sebab aku dah tengok...keh keh keh...nak pergi beli movie aku tak tahu cerita apa yang best...aku suka cerita action..ala yang letup-letup tu kan...filem seni leceh aku malas nak tengok selalu sebab mesti aku tertido...kang langsung tak paham apa cerita...aku ingat nak ajak alvin pi tengok wolverine kat imax tapi dia kata tunggu ler dulu lepas GRC..betul gak..kang tak siap keje aku mampus aku kena bambu waktu present nanti...okay laa..banyak cakap ler hari ni...

kawin-kawin

aku ada sms eliz jelita malam tadi...dia bagitahu kat aku si azah tudung labuh nak kawin next week...hari sabtu kalau tak silap..pompuan tu pon tak bagitahu aku apa-apa...cuma dia ada mention nak kawin dalam bulan ni....apa pon selamat kawin laa....next year, parid plak nak kawin...tak silap hujung tahun ni, erwan katanya nak bertunang...wah ramai betul nak mengakhiri zaman solo..agaknya hidup berduet dan trio lebih best kot...hahaha....masa aku called parents aku malam tadi nasib baik ler depa tak tanya bila hang nak kawin....tak larat aku nak bagi alasan berangkai...bukan rosya jer ada soalan berangkai, aku lak ada jawapan berangkai...nak kawin mendenya harta benda pon takde....jangankan rumah nak tinggal, kereta pon takde...tu belum bercakap lagi soal lesen kereta...memang hangin aku satu badan pasal bab-bab belajar memandu ni...nak jer aku lepuk kepala insan yang organise driving lesson kat aku hari tu...dan bila soalan tahap bangkai sering diajukan - u ni takde someone special ke?- aku pon bagi ler jugak jawapan tahap bangkai - none of your fucking business, my dear..,.keh keh keh keh...kalau parents aku tanya kat aku, takde laa aku jawab macam tu...kang terbang plak pinggan mangkuk kat muka aku yang hensem ni....hahaha...

dua minggu lagi...lebih kurang

banyak betul perkara yang harus aku siapkan dalam masa yang tak sampai dua minggu ni...memang membosankan tapi takpelah, itu kan cabaran...walaupun rasa tak best, redah jer laa...buat tak tau jer....pagi ni aku bangun tak begitu awal..lebih kurang jalam lapan lebih macam tu...bila aku pegi kitchen, aku tengok faizal dah mula masak..awalnya mamat ni masak...restoren bukak jam 2 petang hari ni...rupanya dia nak keluar pergi sunday market...dengan si aiman - anak towkay restoren...lama aku tak jumpa budak aiman tu...then faizal kata hari ni dia masak kari kepala ikan...wah bestnya...dia kata amek jer kat dalam periuk....bila tengok depa semua dah keluar, aku bukan jer amek makan terus, tapi siap buat bekal lagi...tamak haloba mengalahkan pharaoh aku ni...nak buat macam mana kan dah favourite aku kari kepala ikan tu...bukan nak senang nak carik kat sini....plak tu faizal yang masak..bab-bab kari serah kat dia..memang dia expert..bab masakan lain tu, erkkk aku tak berani nak jamin...keh keh keh...malam tadi aku tido awal sebab mata aku rasa dah berat yang amat...tapi sebelum tu aku tengok satu filem jennifer garner...wah best betol...aku main beli jer kat jb hifi...tapi aku memang tensen betul sebab beli indiana jones yang baru...memang sampah ler filem tu...menyesal aku beli...mahal lak tu..kalau aku tahu aku beli totoro lagi best....lepas jer makan-makan kat dapur tu aku terus pergi uni...kali ni bawak beg yang aku beli dengan alvin kelmarin...backpack nike yang aku selalu guna tu aku campakkan sementara kat dalam bilik...maaf ya, backpack...nanti aku guna bila nak balik kampung nanti..muahaha....hari tu waktu jalan-jalan aku nampak satu bag samsonite...nampak macam best jer..bila alvin tengok harga lebih kurang $40..so aku tanpa fikir apa lagi sambar jer laa terus...lagi pon design lebih canggih dari beg kat coutnry road yang harga lebih $150...jimat siket duit aku....muahaha....macam gampang jer ...

Isnin, Mei 18, 2009

secawan kopi, janet jackson dan cuaca sejuk

pagi ni sejuk banget. tapi aku tetap masuk bilik air dan mandi macam biasa (bukan luar biasa). nasib baik aku bangun awal. tapi sebenarnya lebih awal daripada itu. rasanya dalam pukul 4 pagi. sebab aku tido awal malam tadi sekitar jam 12.30. lepas tu bunyik burung sampah kat luar tu memekak bagai nak giler. biasalah berebut sampah. kalau aku ada kuasa x-men mahu jer aku 'petirkan' semua burung-burung tu. nak tido pon tak senang. keje aku masih banyak lagi nak siapkan..bila ntah nak siap aku pon tak pasti. tapi aku target hujung tahun ni mesti siap 2/3. kalu tak habislah aku kena bambu. kelmarin aku keluar shopping dengan alvin. dan seperti biasa - takde size...aku hangin satu badan betul kalu pi shopping tapi tak jumpa size. buat penat jer aku berjalan. lepas tu buang masa plak. okay lah. aku nak sambung keje balik. kita sambung lain kali.

Jumaat, Mei 15, 2009

Edisi Khas Hari Guru: Sekolah Menengah Bandar Easter Kota Tinggi, Johor --- Guru Pembina Negara Bangsa

Okay laa miss...kali ni biar plak aku tambah cerita kenangan di sekolah menengah bandar easter...tak lengkap rasanya kalau tak bercerita tentang SMBE sempena hari guru yang bakal kita sambut lagi dua hari....apa pun sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari guru kat beberapa member aku yang satu course kat malaya sesi 99/01 yang dah pon jadik cikgu macam mat tembon, shamsul, bustaman, enon, mary, shahrizal dan yang lain-lain lagi....begitu jugak dengan member-member satu sekolah kat SKBE dan SMBE macam suhayani, shalawati dan norfaezah...tak ketinggalan member-member waktu form 6 kat maktab adabi maharani macam safuanezam, asrul, kamarul, murugan, adriana dan mumtazzah. Selamat hari guru 2009! Masa bukak friendster pagi-pagi tadi, terbaca lak discussion kat group sekolah menengah bandar easter kota tinggi johor. depa cadang nak ajak semua bekas pelajar sekolah datang ke SMKBE untuk meraikan hari guru tahun ni. sambutan hari guru ni dah macam ritual kat mana-mana sekolah seluruh malaysia. objektifnya satu jer- meraikan guru-guru yang berpenat lelah mengajar anak murid yang perangai kadang-kadang macam gampang. haha. nak buat macam mana kan. itulah cabaran kerjaya sebagai seorang guru. bak kata orang, guru ibarat lilin yang membakar diri semata-mata nak menerangi kehidupan anak murid.

Waktu mula-mula masuk SMBE ni dulu aku agak terkejut jugak sebab senior-senior macam budak form 4 dan form 5 semuanya besar-besar...maksud aku dari segi fizikal..tinggi dan sesuai laa kalau panggil budak sekolah menengah atau high school. Tapi time batch aku alahai budak-budak semua macam ikan bilis kecuali miss...hahaha....tapi satu perkara yang menarik tentang SMBE time tu, budak-budak takut dengan betul dengan cikgu...apa yang cikgu cakap semua akan turut 100 persen. Maklumlah, masa tu hukuman rotan masih lagi dijalankan. Tak silap laa ni takde hukuman rotan. Tu yang budak makin nakal...dan boleh jugak dikatakan jahat sebab ada yang siap boleh join geng kongsi gelap dan merempit...siap masuk dalam youtube lagi aku tengok..hahaha...yang join geng tu siap letak geng kapak merah lagi...mak aii hebatnya sampai ada trademark kapak mengalahkan parti komunis soviet...hahaha....cikgu pertama yang jadik cikgu kelas aku waktu kat SMBE tak silap aku cikgu tan lee yong. Statement yang dia yang aku ingat sampai sekarang – ‘janganlah sekali-kali meniru. Percayalah kepada diri sendiri.’ waktu belajar kat dalam kelas tingkatan satu ilham ni yang paling lawak ialah bila cikgu tan ajar menyanyi lagu ‘how much is the doggie in the window’. Nak tergelak-gelak aku dengan zaki kat belakang kelas menyanyi lagu ni. Yelah, duduk kat felda tak pernah-pernah nyanyi lagu omputeh, tiba-tiba cikgu tan suruh nyanyi lagu tu...kalo tak mesti tak habis-habis dengan lagu rock kapak, kak melah atau pun paling latest masa tu kak ziana...bila cikgu tan kena pergi kursus selama beberapa bulan, cikgu mad zain ambik alih kelas satu ilham tu...lama gak dalam 3-4 bulan..cikgu mad zain ni seperti biasa memang best ajar sejarah...kalau nak bandingkan dengan cikgu aziah yang suka tumbuk bahu orang tu, cikgu mad zain ni lagi terror ajar sejarah walaupun membosankan...hahaha....masa kat tingkatan satu ilham ni aku jarang pegi rehat kat kantin sebab masa tu takut plak tengok punya ramai laa umat beratur nak beli makanan...lepas tu tolak menolak adalah perkara biasa...macam laa makanan tu semua boleh hilang...hahaha..kadang-kadang tu aku teringat plak dokumentari tentang kanak-kanak terbiar kat india...adalah lebih kurang macam tu budak-budak kat smbe dulu...yer laa negara baru nak membangun kan..tak macam sekarang rasanya dah maju...budak-budak pun agaknya beratur nicely bila nak beli makanan kat kantin..agaknya laaa....

bila masuk tingkatan dua, aku ke sesi sebelah pagi dan miss plak ke sebelah petang...jadi makin jarang kami jumpa..nasib baik zaki sekelas dengan aku jadik takde laa rasa sunyi sangat...plak tu dah ler kelas dua ilham bersebelahan dengan tingkatan 2 SPT 4...kelas ni dikira kelas paling teruk masa tu...kalau ikut tahap kasta india, kelas 2 SPT 4 ni berada pada tahap pariah...bukan ler nak menghina tapi itu laa kapasiti yang boleh aku berikan untuk kelas tersebut....student kelas tu makk aii Tuhan jer laa yang tahu...perangai punya laa teruk walaupun tak mencapai tahap henry gurney...syiling kelas tu sampai pecah-pecah, kerusi meja jangan cakap laa..habis patah semua....tak tahu ler aku depa makan kerusi meja kot time study kat dalam kelas...masa kat tingkatan dua ilham ni cikgu kelas bertukar-tukar jugak...sekejap cikgu rahim lepas tu cikgu iskandarrani ambik alih...tapi seronok laa jugak..masa tu rakan sekelas agak ramai dan emriah azman ahmad, nazri noh, helly ameza, roslila ishak, marlina omar, yazid wagiman, razmi ali, maslina saiman, kasmah kamis, norzlyana zainudin, esmawati multar, zaki puaat, suriyati mansor, norfaezah mohamad, suziana abu, dan ramai lagi aku tak ingat...walaupun aku ketua kelas masa tu tapi tak semua aku ingat..kalau tengok gambar satu kelas kat almbum di kampung rasanya ingat kot..malang betul masa balik kampung hari tu aku lupa nak beli scanner...kalo tak habis semua gambar dulu-dulu akus can dan upload kat sini...hahaha..

satu perkara yang aku tak boleh lupa waktu kat dalam tingkatan dua ilham ni ialah bila sorang cikgu naik hangin sebab satu kelas buat bising masa cikgu takde...cikgu ni depa panggil cikgu singa sebab moody tak tentu pasal...tapi dia sebenarnya baik dan sampai sekarang aku rasa dia ingat nama aku...last aku jumpa dia kira-kira 6-7 tahun yang lalu kat bandar kota tinggi....bila dia masuk kat kelas tu dia tanya kenapa you all buat bising? Tak silap aku dia cakap omputeh sebab she was trained in the states...lepas tu dia suruh kita orang semua berdiri atas meja....malangnya disebabkan sorang student kat belakang lambat sangat naik atas meja, dia terus capai buku teks geografi kat atas meja student yang duduk paling depan dalam kelas - tak silap aku meja hally emiza amin dan baling ke arah mereka...dan tak pasal-pasal marlina omar yang duduk kat bahagian tengah kelas yang kena...apa lagi melalak ler budak tu...dah ler buku teks tu tebal...ingat tak sakit ke kena baling dengan buku teks...hahaha...lepas tamat tingkatan dua, aku pon di trasnfer ke kelas 3 jasa...zaki plak ke kelas tiga gemilang...masa ni aku rasa langsung tak best sebab tkde member yang best kat dalam kelas...nak-nak dikelilingi ‘the brain’ – meminjam kata-kata drew barrymoore dalam never been kissed. Suffer laa jugak....cikgu kelas masa ni ialah cikgu ramesh yang berhempas pulas ajar english tapi nak buat macam mana kan dah nama budak melayu, memang susah nak ajar english....cikgu-cikgu lain yng turut mengajar aku masa tu – geografi/cikgu zaharah – asyik laa dok mengajar pasal contour ...aku masa tu dok pening ape kebenda laa cikgu ni ajar...bila aku masuk uni dan tengok member-member yang amek geografi buat menatang tu, baru ler aku paham..tapi kalau suruh buat lagi benda tu sekarang mintak maap ler den memang lupa...

sains/cikgu kamson – tak silap aku cikgu zaharah ni kawin dengan cikgu kamson...masa ni cikgu berkumis tebal ni popular dengan mengajar sains kat smbe selain daripada cikgu maat. Yer laa masa tu mana ramai cikgu sains lagi...laa ni melambak-lambak tak terkata... – matematik/cikgu saharuddin – tak perlu diterangkan lagi, sejajar dengan sifat anti matematik – aku memang tak paham langsung apa cikgu ni ajar...ingat lagi waktu dia mula-mula masuk kelas dia dok tanya berapakah markah matematik yang awak dapat waktu exam fina sem last year? Bila aku cakap dapat 40 markah terus jer dia cubit aku...hek elleh...itu pun nak cubit gak...macam ler matematik boleh kayakan orang....hahaha.....teruk betul aku masa tu...- sejarah/cikgu asman – masa ni aku memang minat sejarah..tanya laa apa pun kat dalam buku teks sejarah malaysia form 3 pasti aku ingat..laa ni dah tak ingat ler sebab aku tak tahu apa yang budak-budak laa ni belajar kat sekolah...tapi cikgu asman ni mengajar bersungguh-sungguh sebab semangat nasionalis dia kuat...haha... – agama islam/ustazah zurina – tak silap dia kawin dengan cikgu saharudin...membosankan....mungkin masa tu aku tak enjoy dok kat dalam kelas tu...aku rasa best lagi ustazah tumirah waktu kat skbe ajar..hahaha...tapi apa pun dia mengajar okay laaa....then bila dapat result tak best waktu PMR aku tak pernah salahkan cikgu yang mengajar tapi sebab aku tak pay attention kat dalam kelas...wei miss aku ingat elr si budak zam zam tu cakap dia makan sardin kat rumah masa dia terima reward utk pelajar terbaik PMR 1993...banyak ler aku cakap kat belakang waktu perhimpunan berlangsung..aku tau ler ko glamour masa tu sebab dapa pi sekolah teknik JB - ceh sempat lagi tu kutuk...hahaha..

haha...bila masuk form 4 dan terus ke aliran teknikal, masa ni aku start enjoy study...cikgu kelas masa ni ialah cikgu wardah....dia ajar matematik...mak aii bersungguh dia ajar aku matematik sebab dia tahu aku memang lemah giler matematik...macam-macam pendekatan dia buat untuk merangsang otak aku supaya paham maths tapi as I said once I said no, it means forever baby..lalalala....keh keh keh....susah betul sapa yang kena mengajar aku...cikgu wardah ni bukan calang-calang orang...she was trained in the states dalam bidang fizik...bahasa melayu/cikgu rohana..masa tu subjek ni bahasa melayu...laa ni bahasa malaysia plak...cikgu rohana ni best mengajar...lawak plak tu...dia bertanggungjawab mengajar aku menjadi lebih kritis dalam segala hal terutama bila menulis.. –english/cikgu azhar, yang kontroversi sebab dok marah aku masuk acara tari menari...bergaduh dan bermasam muka laa jugak sekejap sesama cikgu masa tu disebabkan hal-hal sebesar ikan bilis...agama islam/ustaz shukri, yang ni payah siket walaupun best mengajar...sebabnya selalu tak masuk kelas..tak tahu ler buat apa orang tua ni...hahaha... perdagangan/cikgu vincent, ni lagis atu kantolversi...pemalas nak mengajar....yang paling teruk permarkahan tak setara....nampak sangat dia tak tanda skrip exam..tu yang kena transfer ke sekolah lain tak lama lepas tu...tapi apa pun kira allrite laaa...ekonomi asas/cikgu wan zawiyah, cikgu paling best mengajar aku so far....she also was trained in the states...walaupun ekonomi asas ada maths, tapi aku bleh buat dengan jayanya...keh keh keh....pendidikan seni/cikgu iskandarrani...walaupun nampak garang tapi hati baik...suami cikgu wardah...selalu bagi nasihat agar terus berjaya...tapi perkara yang paling seronok kat SMBE ni ialah bila cikgu shis – yang mengajar subjek sains pertanian minta akud an rakan-rakan sekelas yang sekali ambik subjek tersebut buat projek untuk memenuhi keperluan penilain. So, aku pon pilih ler projek hidroponik...yang lawak tu, tak ramai budak-budak lelaki yang nak amek hidroponik sebab mereka lebih suka ternak ayam dan tanam cendawan. Agaknya masa tu hidroponik bunyik macam saintifik sangat so depa semua lari ke projek ayam dan cendawan...untuk kelas aku yang join projek tu dari kelas 4 teknikal 2 cuma shalawati, amidah, norazura, salina, norizam dan aku sendiri...dari kelas 4 teknikal 1 aku tak berapa ingat sangat...Cuma yang aku pasti rizal memang join projek tu sebab dia memang suka bab tanam menanam ni..keh keh keh....aku join projek tu sebab nak mengelakkan daripada kena jaga ayam dan sembur air kat cendawan hari-hari...projek hidroponik ni ringkas dan mudah...Cuma nak kena jaga laa kalau-kalau ada serangga yang datang menyerang...

Bila naik form 5, cikgu wardah masih jadi guru kelas...kebanyakan guru yang mengajar subek waktu form 4 masih terus kekal kecuali bahasa inggeris. Masa ni cikgu aishah yang mengajar...masa kat form 5 ni takde banyak benda sangat yang aku ingat..sorry laa miss aku ni kena tengok album gambar dulu baru ler aku bleh ingat apa peristiwa yang berlaku....oh ya, masa tu pergerakan putera Islam baru jer ditubuhkan...masing-masing dok melobi ler nak jadik pengerusi putera islam...lawak betul masa tu...tapi jangan ‘hengat’ aku plak yang sibuk melobi jawatan tu...hahaha..aku ni budak baik masa tu...keh keh keh....masa form 4 dan form 5 tahun 1994-95, kelas sains dan perdagangan cuma ada satu jer...laa ni bila aku tengok majalah ulung banyaknya kelas sains....agaknya budak-budak ni semua nak jadik saintis kot...hahaha...yang banyak kelas zaman aku study kat SMBE ni ialah aliran teknikal – tu pon cuma ada dua buah kelas...paling mendominasi ialah kelas kemanusiaan sebanyak 4 kelas...average satu kelas lebih kurang 25-35 orang kalau tak silap...menjenuh ler jugak sapa yang jadik cikgu zaman tu...dengan attitude budak-budak felda lagi...sebenarnya budak-budak felda ni bukanlah mangkuk semuanya...cuma yang taknak dengar cakap jer yang akan jadik betul-betul mangkuk...ada gak budak felda yang berjaya....waktu aku belajar kat private school kat muar dulu, ada laa sorang pakcik tu kata budak felda ni perangai teruk...dadah ler, bohsia ler...wah, wah sedap betul mulut dia memberikan label – atau men ‘streotype’ kan semua budak-budak felda dengan amalan yang buruk-buruk jer....ketuk kang kepala tu...hahahaa....tapi waktu kat sekolah rendah dulu ada sorang cikgu namanya cikgu nang rohani...dia ada laa cakap waktu mula-mula kena posting kat ‘Bandar Easter’ dia begitu teruja sebab ingatkan betul-betul bandar..rupanya Cuma kelapa sawit segala...rasanya kak gie pon macam tu gak kan? Hahaha...tapi apa pun aku rasa cikgu-cikgu yang pernah mengajar kat sekolah menengah bandar easter patut bangga sebab bukan mudah nak membentuk anak-anak felda berjaya dalam lapangan dan bidang masing-masing in the future.

Sambutan hari guru kat sekolah menengah bandar easter waktu tahun 90an terhad dengan perhimpunan khas depan anak murid. Dan seperti biasa semua kelas akan dibatalkan bagi memberikan penghormatan sehari untuk guru-guru kat sekolah. Waktu perhimpunan khas tu, macam biasalah lepas jer nyanyi lagu negaraku, lagu bangsa johor dan lagu sekolah, para cikgu akan menyanyikan lagu guru Malaysia. tak sure betul ke tak tajuk tu..tapi apa yang aku ingat intro dia lebih kurang macma ni - kami guru malaysia, berikrar dan berjanji...lalalala...macam tu ler...murid-murid pon terkebil-kebil laa tengok cikgu masing-masing menyanyi...pelik kot sebab biasanya murid-murid yang bersungguh-sungguh menyanyi time assembly...lepas tu pengetua sekolah akan memberikan perutusan khas sempena hari guru...biasanya teks ucapan tu akan diperolehi dari pejabat pendidikan daerah..seperti tahun-tahun sebelumnya jugak, terma-terma penting macam jasa, berkorban, sekolah, negara, bersungguh-sungguh semuanya ada laaa....habis jer pengetua bagi ucapan, pengumuman guru terbaik lelaki dan wanita akan dilakukan..aku pon dah lupa sapa cikgu terbaik waktu study dulu...yang aku cuma ingat waktu form 1 tak silap cikgu minhad yang mengajar subjek kemahiran hidup dan juga cikgu salina sabtu yang mengajar subjek sains menggondol anugerah tersebut...walaupun hadiah takdelah macam hebat seperti anugerah bintang popular berita harian atau anugerah industri muzik, tapi aku rasa anugerah cikgu terbaik ni telah pun melebihi tahap anugerah popular artis-artis (kononnya) yang takde faedah tu.....cikgu Minhad ni ajar kemahrian hidup waktu aku form 1..dia suka tanam pokok kat ladang experimen tepi sekolah tu...pokok-pokok tu disemai dalam polly bag dan dijuald engan harga dua puluh sen. Duit tersebut akan dikitar semula untuk membelikan kemudahan ladang tersebut macam anak benih dan juga perlatan menanam. Cikgu salina ni pulak aktif mengajar softball atau dalam bahasa melayunya bola lisut bagi pasukan wanita....aku tak paham apesal dia orang panggil bola lisut....hahahaha....lepas tu semua budak-budak yang masuk softball pangil dia bonda...dan sperti biasa jugaklah pasukan softball wanita SMBE yang hidup segan mati tak mahu tak pernah dapat johan sekalipun ketika itu..wakakakaka.....terkutuk laa pulak....tapi nasib baik ler ada cikgu salina sabtu ni...kalo tak mesti bukda-budak SMBE tak tahu apa itu softball...Lepas jer penyampaian anugerah cikgu terbaik dilakukan, acara sukan antara cikgu dan pelajar akan berlangsung...maka ramailah umat-umat student akan berlonggok kat tepi padang tengok cikgu dan murid bertanding acara bola jaring dan bola sepak...yang kaki bangku macam aku ni pon kena paksa tengok sekali...dah ler membosankan dan aku boleh ingat berapa kali aku menguap setiap kali aku tengok perlawanan cikgu dan murid berlangsung...hahaha...

tak tahu apa cerita SMBE sekarang...harap-harap semakin maju..lagi pon cikgu semakin ramai jadi lebih senang nak mengajar budak-budak..dulu cikgu tak cukup jadi cikgu terpaksa mengajar sampai 5-6 kelas dalam sehari...kalau aku pun tak sanggup....tengok muka budak-budak kat malaya pon rasa macam nak muntah hijau kadang-kadang...hahaha...apa pon sempena hari guru 2009 ni meh ler kita semua mengenang jasa-jasa guru yang pernah mendidik kita...bagi yang terasa hati dengan apa yang cikgu telah lakukan sepanjang kita belajar di sekolah menengah bandar easter tu, jangan laa ambil hati...bukanlah semua orang sempurna...cikgu pon kadang-kadang buat silap juga..tapi yang selalu banyak buat silap ialah anak murid...hahaha....untuk semua para guru di sekolah menengah bandar easter kota tinggi, johor – selamat menyambut hari guru 2009: Guru Pembina Negara Bangsa. Dan untuk semua pembaca, bersama-sama lah kita menghayati lirik lagu tema hari guru tahun ini yang bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa. Harap korang tak nyanyi lagu kak melah plak...hahaha....

Bersedia melangkah megah, Walaupun sukar baktiku curah, Demi mu ibu pertiwi, Sumpah ku lafaz janji kukota, Berikrar eratkan bangsa, Kukuhkan cinta kepada Negara, Berjasa terus berjasa, Menyebarkan ilmu tiada batasnya,

Guru Pembina Negara Bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara, Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta, Guru Pembina Negara Bangsa, Tetap Unggul senadakan suara, Sehaluan menggapai matlamatnya, Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Khamis, Mei 14, 2009

Edisi Khas: Selamat Hari Guru 2009 -- Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor

Kredit to miss di kano state, nigeria yang siapkan coretan khas sempena hari guru 2009 kali ni....Seminggu gak aku ambik masa nak siapkan coretan kali nie...Sebenarnya aku terpaksa menulis coretan nie...Aku bukan la sasterawan negara..Aku hanya insan biasa..Tapi memandangkan best friend aku yang macam mangkuk hayun nie beria2 benar request kat aku mencoretkan sesuatu..aku pasrah dalam keterpaksaan...Bak kata pepatah arab..Kita kawan-kawan tak mau lawan...14 tahun bai, aku tingalkan zaman persekolahan yang meninggalkan kenangan manis dan suka duka...hahaha ...Menitik air mata jantan aku nie bila terkenang2 kisah2 yang berlaku dulu...Umur 13 tahun aku mula2 menjejaki aku aku ke sekolah menengah pada tahun 1991... Bila terkenang2 zaman persekolahan ketika di Sekolah Menengah Bandar Easter (atau singkatan glamournya SMBE), aku tersenyum sinis...Menghabiskan hampir separuh zaman remaja disini....Walaupun aku hanya bersekolah disitu selama 3 tahun tetapi kebanyakan geng2 lama di SKBE melanjutkan pelajaran di sekolah yang sama...Nie sume geng2 yang dapat 2A, 1A atau tkde A dalam UPSR..Ha ambik ko! Dulu ada chance study main2...hahahaha...tapi kejadian yang berlaku ada hikmahnya kan..So sape pedulik!!....Kalo tak tak kan ler noya jadi best student SPM 1995....Tapi time tue dia menang mudah tanpa cabaran sebab aku dan geng2 lain yang tahap kepintaran yang hampir sama meninggalkan SMBE selepas PMR....Hahahhaha....Jangan marah la noya oii...Cuma aku tercari2 time tue geng2 SKBE yang missing in action antaranya Nurazuan Razali, Khairul Nizam Jamaludin, Lilihidayu Zubir, Suzana Abu Sairin, Rinda Hamin, Mashanizah Sakiman, Nerazuan Nen, Aida Mohd Nor, Hairon Alami, Zamzam Tukiban, khairenawati dll..Diorang dapat sambung belajar kt sekolah lebih baik atau pun malas nak belajar...Aduss!!...so aku, noya, zaki, zairi dan geng2 lain terpaksa meneruskan pelajaran di SMBE...Sekolah harian biasa tapi telah melahirkan ramai tokoh2 yang disegani di seantaro Gugusan Waha...Hahaha....Amboi melampau tue...Lama dah aku tk menjejak kaki ke sekolah keramat tue....

Teringat geng2 lama waktu di SMBE...Weh lame tak jumpa korang.....Aku imbas kembali nostalagia lama ok...hee..hee...Walaupun semua membawa haluan masing2 selepas ambik SPM tapi bila ada time free aku dan noya kerapkali akan menyingkap kembali atau membelek2 majalah sekolah ‘ULUNG” untuk sama-sama mengenang detik-detik indah time tue...kemana agaknya korang semua ek!!! Ada yang masuk universiti, kolej dan ada yang kerja selepas menamatkan tingkatan lima..Tak kurang jugak yang kawin awal...Amboi gatalnya tak sabar2...Hahaha...Apa khabar agaknya geng2 lame...Aku rasa hampir 95% dikalangan kitorang yg sudah berumahtangga dan mengahabiskan sisa2 hidup bersama keluarga...Cuma segelintir makhluk tuhan jer yang still hidup membujang smpai ke hari ini..Aku pun tak tau pe problem..Maybe terkena sumpahan mental kot..... Zaki Puaat, Azrul Aziz, Hisam Parman, Zulkefly Saian, Suhayani Rugani, Salwa Saedon, Aini Syahrin, Hamizi Hassan, Noraidah Samsuri, Norliza Wahab, Samsiah Fakeh, Razmi Mohamed, Syarifudin Abu Bakar, Norlaily Abdul Hamid, Azlina Ayob, Afizah Rajudin, Issahly Jais, Asrif Sameon, Norlinda Riduan, Norzamzam Minirin, Sumiamah Sakimin, Erwan Mohamad, Siti Suzana Baharom, Amizah Mohd Amin, Roslizawati Ibrahim, Nordiana Kusnan, Mariamah Tijo, Mahzan Mat Toha, Hishamuden Johan, Zulkairi Tupon, Norhidayu Yunos, Norhidayu Nasir, Idah Ruhayu Hassan, Rohaizah Alwi, Rohayu Hassan, Azizah Ibrahim, Norfamilah Ngatmi, Ramizan Rafaie, Yazid Abu Bakar, Nazir Tukichor, Nadzir Mohajir, Azmam Abu, Norman Salleh, Zahid Ponari, Azril Hisyam Jumaat, Nerazuan Nen, Rozalita Ramli, Norazura Kemad, Tinazila Musa, Shalawati Sidek, Rosetah Md Razib, Norzita Osman, Nurul Azlin Abdul Rahman, Isniliza Ibrahim, Faridah Seli, Fadzly Omar, Alfan Naim Katiman, Yusry Baai, Amran Muharram, Zamzarina Salleh, Normala Jemahat, Fahmy Sapari, Hairul Zairi Bachok, Kher Ramli, Lailizah Rahman, Marlina Omar, Esmawaty Multar, Anim Abdullah, Surya Yaacob, Norfaizal Naim, Fadly Yahya, Omar Yusof, Yazid Wagiman, Norazura Osman, Norzlyana Zainuddin, Saiful Bahrin, Zarina Hassan, Norhayati Noh, Ramlee Idris, Rostam Muhamad, Nazarudin Sani, Yasser Ali, Norhazlie Kliwon, Razali Muhammad, Rizal Haron, Mirzan Sabiran, Azlinawaty Alias, Zaiham Azril Zainon, Faizal Razib, Moideen Sadali, Zamry Amat, Siti Radhiah Kusnin, Roslila Ishak, Roslizawati Ibrahim, Inah Jaafar, Nahidah Mehah, Maslina Saiman, Asnor Atmuri, Murni Ibrahim, Norwati Abd Rahim, Asmidar Sulaiman, Azilah Misnan, Norhaslin Rominor, Rabihah Sirat, Zetty Asmara Musa, Nazir Samad, Rostam Muhammad, Sharizan Tongkol, Elly Amizah, Hamizah Ramli, Rohayu Hassan, Rohaizah Alwi, Fezawyah, Amidah Ali, Sidek Solihin, Suhaily Mustapha, Hairani Jufri, Zetty Asmara Musa, Norfamilah Ngatmi dll. Kalau nak disebutkan satu persatu nampak gaya 3 hari 3 malam pun tak abes...boleh jadi giler aku nie...Hahahaha...

Waktu mula2 menjejaki kaki waktu tue dalam tingkatan satu...sekolah sesi petang..Wah time tue dapat la kenal geng2 baru dari felda Bukit Waha, Bukit Easter dan Aping Timur...Macam2 gelagat budak2 dulu...perangai pun banyak yang pelik2...Sume nak control macho..ayu..macam lakhanat! Takyah la kalo nak control2 nie..pergi sekolah pun jalan kaki..Ape kelas..Paling gempak pun naik motor sendiri..tue pun motor cabuk....Noya ngan member baik dia si zaki nie jalan kaki je la...Budak2 Aping Timur nie datang sekolah naik bas...lagi la haru dibuatnya...sampai sekolah jer terabur tudung..abuk penuh kat muka..yang lelaki biasalah bwk sikat sebab rambut pun dh macam david arumugam alleycat sebab angin tiup ar...Time tue mane bas ada aircon...Ciss macam bau ada...kadang2 bas diorang nie selalu jer rosak..Tue yang best diorang nie kerjanya asyik jer memonteng....Muahhhh!!! time tue pergi sekolah pun parents bagi duit ade la dlm singgit kot..lagi2 dapat makan mi sup or mi kuah mak cik kantin tue memang best..sebab resipi kuah nya di buat dari tulang lembu....Ish terliur aku la...

Mcm biasa la budak baru sure de sesi orientasi...dekat seminggu kot..mcm2 aktiviti yang kitorang kene sertai trmasuklah sesi ceramah dan motivasi..2 benda nie dr dulu sampai sekarang mmg aku tak berkenan...sebab ape..kadang2 aku rasa orang yang memberikan motivasi tue syok sendiri..betul tak...lagi satu kene nyayikan lagu sekolah..yelah time tue kene hafal lagu sekolah....Nasihat itu ini tapi ntah diorang nie amalkan ke tak!!!kah kah....tapi time tue tkde kes ragging oleh pelajar senior...yelah sekolah biasa...karang buli2 kat luar kena belasah plak....biasalah semua nak jadi gangster felda.....Sampai mak bapak pun masuk campur! Boleh plak macam tue....Macam biasa tiap2 hari ada perhimpunan...nyanyi lagu negaraku....lagu negeri johor...lagu sekolah....dulu tak suka..tapi sekarang bila pkir2 balik time nie..langsung tk dapat nak nyanyi lagu2 tersebut....kah kah kah....tapi dulu2 kecut perut bila time perhimpunan harian ialah sesi membaca sifir dan baca artikel dalam bahasa inggeris kat depan budak2...nasib badan la sape yang kena...sape yang bertuah tue akan berdiri dihadapan budak2 lain dan cikgu yang bertugas akan memberikan arahan untuk membaca sifir berapa....mcm nak terkencing pun ade...lagi satu yang paling aku fed up ialah time sport check...nak sport check kasut la, rambut, kuku, buku teks la dll...kelakar la time tue...sampai misai dan janggut pun kene cukur licin....yang check biasanya ialah pengawas2 yang kitorang gelar sebagai tut!....hehehehe....biasala dulu zaman budak2 tk pikir ape...ketua pengawas kirorang panggil tut!!!!!....sape budak lelaki yang kena tahan abesla mmg kene libas kat bontot tue....yang pompuan kene cubit or pukul guna rotan kat tangan..ish2 tak adil la kan de perbezaan gender....cikgu disiplin yang garang time tue ialah cikgu Azhar Mansor atau dikenali sebagai cikgu ujang...garang giler time tue...suara dia la yg paling ampuh kalo bab2 menjerit nie..orangnya kecik jer tapi mak oii bapak segala singa pun kalah...cikgu pompuan plak yang garangnya mengalahkan singa betina ialah cikgu kholidah sayot dan Cikgu hamimah....
Ada satu insiden tue dimana agaknya budak pompuan tue bengang kot ngan cikgu Hamimah...dia tulis la perkatan lucah di dinding tandas..Siap buat perhimpunan tergempar lagi nak tau sape yang tulis perkataan tue...dan yang paling aku ingat dan terngiang2 dalam kepala hotak aku sampai kini ialah cikgu hamimah cakap “ Bapak kamu semua nie peneroka felda, Kalo saya saman nanti mampu ker nak bayar duit!!!! Amboiii..boleh plak cakap macam tue...Kalau sekarang dia cakap macam tue depan aku sure kene penumbuk....paling tak aku HAGOL (meminjam ayat cikgu zabedah) kepala dia kat dinding...tak pun suh dia tangankan mulut dia...Bila dah masuk ke tingkatan dua, masing2 dah mula main cintan cintun..bibit2 cinta sudah berputik ya....Cinta monyet la.....La aku pelik nape tak pangil cinta ayam ker..cinta beruk ker....Ape specialnya monyet!!! Couple cintan cintum yang gempak time tue seperti Suhayani dan zulkefly saian, Azrul dan amizah, Razmi dan Maslina, Yasser dan hairani..time tue berdating kat belakang kelas, dalam library..ish2 tempat macam tue pun jadi gak..astaga...tepi makmal bengkel kemahiran hidup...hahahaha......tapi yang aku tau hanya pasangan razmi dan jai , yasser dan hairani yang kekal dan berkahwin sampai la ke hari ini...,yang lain sume kawin ngan org lain...cinta sehangat tahi ayam jer...bila bau taik hilang...cari taik baru yang lebih wangi....hahahhaa....tapi kalo pikir2 balik macam gampang jer sebab aku dulu selalu la jgk p temankan azrul dan amizah nie pergi dating kat library...kah kah..bersama2 seorang lagi mangkuk hayun roslizawati atau dikenali sebagai mak mok...mak mok anak 4 orang sekarang...wah kelazz ko....time tue semua budak2 nie bergaya abes g sekolah..lagi2 iron baju tajam..lipas jatuh kat baju pun boleh kiok....

yang pompuan bedak muka tue..tebal sampi 3 inci..sebab nak nampak cantik lagi bergaya....Time tue macam Yasser Ali, Hamizi Hassan, Norliza Wahab dan Aini Shahrin kiranya paling popular la...Nie sume budak aping!! Mane pergi hero2 dan heroin2 terlampau dari Simpang Waha!!!! Duk bawah tempurung kelapa ek...Tingkatan tiga tahun kritikal kitorang sebab ada PMR...Mula2 diperkenalkan tahun 1993...Sebelum nie SRP..Kira kitorang nie dijadikan eksperimen la...Time tue jugak semua sibuk menjalankan kajian tempatan sejarah dan geografi...So tiap2 petang kena la g site...g stesyen teksi la...kampung makam kota tinggi la...nie semua untuk memenuhi syarat 20% untuk peperiksaan PMR....Tue tak termasuk lagi kajian tentang tanaman kontan, sara diri, ladang...Tak pasal2 kene masuk kebun dan buat interview ala2 majalah tiga...kira time tue sume de bakat sebagai perantaraan la....so mane2 pakcik yang just tanam ubi kayu ala2 hidup segan tapi tak mau pun sibuk gak nak interframe..hahahha....Time tue elektrik baru masuk kat felda..Kesian kitorang dulu2 bersusah payah belajar dalam kegelapan....Bila result PMR diumumkan member aku nie yang memang kepandaian mengalahkan cikgu time tue..sape lagi Norzamzam minirin dapat 7A....pelajat terbaik time tue...Semasa perhimpuanan Pengetua time tue panggil dia ke depan..adela interview ckit2...bagi duit seratus ringgit kalo tk silap aku...dalam interview tue paling aku tk puas hati bila pengetua tanya kat rumah selalu makan apa...boleh si zamzam nie ngan spontan tanpa rasa bersalah cakap makan sardin dan ikan kering!!!! Kah kah kah....lawak tul....so pengetua cakap..ha tengok makan sardin ngan ikan kering pun leh dapat 7A..kalau makan ayam daging sure leh score sume A..tapi aku tak tau la si noya nie hengat tak!!! Sebab keje si noya nie asyik jer berborak time perhimpunan....Si Zamzam sekarang berjawatan besar dan bekerja sebagai Pegawai Kanan di TLDM Lumut....Hebat ko bro...round the world ko ek....lain2 budak macam Irwan (6A), Nerazuan dan norfaezah (5A), anim, azrul, norhidayu, suhayani (4A)...Noya!!! yang ado time tue...

Noya ko hengat tak sukantara time tue...setiap budak2 kena masuk 3 acara; lari 100m, lompat jauh dan melontar peluru...sukantara nie macam kira bagi mata la kat rumah2 sukan...kiranya semua org kene sertai la...tapi ada gak yang malu kucing nak lari pun pegang baju, pegang tudung..kah kah...kalo aku jadi cikgu time tue memang kene tempeleng!...tapi aku paling terror acara lontar peluru la..confirmed tiap2 kali sukantara 3 mata penuh aku sumbangkan untuk rumah sukan aku...nama rumah sukan pun ambik nama burung....Kenari, Merak, Bayan (burung bayan memang top time tue), Helang..Tapi selalunya yang jadi champion ialah rumah helang or kenari...sebab nya ramai jaguh sukan ala2 kampung yang dilahirkan oleh SMBE that time...antaranya ialah pakar lompat kijang, lompat jauh dan lari 100m..sape tak kenal razali muhammad...tapi last2 tewas jugak sbb berat badan semakin bertambah...kah kah...pastue timbul pulak jaguh2 baru seperti yasser ali, mirzan sabiran dll..kalo yang pompuan seperti azizah ibrahim...norzlyana zainudin dan pakar lontar peluru dan rejam lembing..zarina hassan (ex awek aku) kah kah kah....tapi Smbe jugak de melahirkan pakar lari berganti2 4x100m..tak tau dia nie anchor man or just reserved....zaki puaat..tk sangka zaki de bakat rupanya..selain syarifudin abu bakar...kalo tak silap aku si noya nie de gak masuk acara jarak jauh..800m kot..tapi tau2 jelah no berapa dia dapat..kah kah....tapi yang pasti dalam ingatan aku..razali muhammad, yasser ali dan azizah ibrahim pernah mengondol anugerah olahragawan/olahragawati SMBE...tue semua dalam kenangan.....Sampai sekarang still lagi teringat detik2 semasa lintas hormat perbarisan rumah sukan dan unit badan beruniform..pengakap, PBSM, Pandu Puteri, Puteri Islam, Putera Islam, Kadet Bomba....time tue rasa bangga jer...

Kalau la aku ade power sehebat doraemon, cukup la sekali dlm seumur hidup putar kembali masa zaman sekolah dulu....banyak tul kenangan manis....kenangan pahit pun ada..antaranya bila kena denda dengan cikgu sebab satu kelas tak dapat jawab soalan...bayangkan kena jalan itik keliling bangunan sambil bunyi macam itik..kuek..kuek...malu giler time tue...tapi sekarang bila pkir balik rasa kelakar la...selain kena ketuk ngan buku teks sbb tk sampul buku, tue belum lagi kene piat kat telinga or cubit....sekali la gak aku kene tempeleng ngan cikgu Kholidah sayot sebab berbual dalam kelas..bila dia tanya aku tak tau jawab....hahahha...kene lempang ngan cikgu aziah sebab aku bergaduh ngan azrul...musuh ketat aku..tapi akhirnya jadi kawan baik...lama tk jumpe ko bro...kene tarik side burn dengan cikgu hasrafunnisa sebab aku rehat awal pergi minum dikantin dengan hisam parman...hahahha....noya ko kene ape...noya baik zaman SMBE...Cikgu2 yang aku sayang time tue ialah cikgu Aziah, cikgu mat zain, cikgu saharudin dan juga cikgu badrol hisyam....Ape khabar2 cikgu2 semua....dan tak lupa juga cikgu lain seperti cikgu Maat Kozin, cikgu hasrafunnisa, cikgu paijah, cikgu hamimah, cikgu ujang, cikgu mat, cikgu nazarudin, cikgu Zubaidah, ustzh zaimah, ustzh hanisah, cikgu freda francoice, mr vincent, mr kahtirvelo, cikgu puspha, cikgu aminah, cikgu kholidah, cikgu Roslina, cikgu noriah cun, cikgu noriah tua, cikgu zarina, cikgu mimi, cikgu zuraidah, cikgu khir, cikgu fazilah, cikgu fadilah, cikgu maizurah,..noya ko tambah la aku pening dh tak hengat la....kah kah kah...belum terlambat aku nak mengucapkan selamat hari guru...jasamu dikenang....Dan kalo nak bercerita cikgu2 yang popular time tue dan selalu menang cikgu paling popular SMBE ialah cikgu noriah cun dan cikgu sape tah yg pompuan main softball tue..cikgu lelaki cikgu ujang la....Sebelum aku menoktahkan coretan ini ada beberapa perkara ingin aku luahkan..1) Kenapa dulu2 bila buat jamuan kelas..Kitorang yang keluarkan duit perbelanjaan...Sepatutnya cikgu2 la yang bagi duit sebeb cikgu time dah kerja dan ada banyak duit..kih kih...pastue cikgu2 datang masuk kelas tanpa ada jemputan...hahahha..2) Kenapa dulu2 berebut ambik kapur papan hitam...pastu kena sekat lagi setiap kelas hanya leh ambik 3-4 batang kapur jer...kan senang bagi sekotak kaput terus...bukan kitorng nak makan kapur pun..Cuma main baling2 jer dalam kelas...tue pun sebagai hiburan...3) Kenapa dulu2 cikgu suka kitorang salin nota kat papan hitam...Sebab dulu aku malas nak salin nota terutama sejarah..panjang berjela2...kan senang bagi buku..lantak la sape nak baca ker tak...

Selasa, Mei 12, 2009

kopi, jom!

aku betul-betul sibuk minggu ni dan minggu-minggu seterusnya...nak contact dayang erwanita pon tak sempat..tertanya-tanya gak sama ada dia dah jadi artis tyra banks associates selepas mewarnakan rambut dengan warna blue black..hahaha...semalam jumpa chris, and thank God she showed me everything. sekarang dah boleh mula fokus balik....kalau tidak mahu jer aku jadik macam kiddo citer kill bill vol 1....keh keh keh...aku sedang menanti short stories dari miss ni...entah bila dia nak e-mail akt aku..then aku bleh ler upload lagi kat sini....short stories pak cik tu memang ngetop...hahaha....hari ni sunny jadik tak berapa sejuk sangat..aku pun dah terasa 'di dadaku ada kamu' sebab cuaca sejuk bila malam....oh ya kesian laa kat z tak dapat pi states...nak buat macam mana kan takde 'rejeki' bak kata orang jawa..betol tak raihan? haha..takpe, Insya'allah pasti ada peluang yang lain...jangan risau...

Khamis, Mei 07, 2009

Edisi Khas: Selamat Hari Guru 2009 -- Sekolah Kebangsaan Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor


Ermm...16 Mei..Merupakan hari keramat yang disambut meriah oleh guru-guru amnya dan juga budak2 sekolah setiap tahun...HARI GURU...Tarikh ini begitu bermakna dalam hidup aku, Noya dan rakan-rakan sebaya dengan kitorang...Bila mengenang kembali saat manis di alam persekolahan terutama ketika bersekolah di SKBE (Sessi 1985/1990)...Ish dah tua rupanya si Noya nie...hahaha...Bila nak kawin!!! pejam tak celik tidur pun tak jaga hampir 19 tahun kitorang meninggalkan SKBE...Ape citer SKBE sekarang!!! Aku dan Noya ada melawat SKBE bulan januari yang lalu..banyak perubahan yang terjadi kat sekolah tue..Kadang-kadang rasa sayu bila terkenangkan waktu dulu2..Semasa General Election tahun 2008, ada gak aku, noya dan zaki g SKBE mengundi dan meninjau2 kawasa sekolah termasuk kelas kitorang time tue...Oklah aku tak mau la nk cerita kisah sedih2 nie...Jom layan!!! Bila terkenang kisah-kisah nostalgia sempena hari guru nie...teringat aku dulu2 bila nak smbut hari guru jer..kitorang satu kelas pakat2 kutip duit untuk beli hadiah untuk cikgu-cikgu yang mengajar dulu...Kalo nak tau aku la yg menjadi bendahari kelas time tue..Biasa la aku dari dulu sampai sekarang bab2 mintak duit nie memang agak kejam sikit...cara memaksa! Sorry la Noya, Zaki, Zairi dan member2 lain...Aku terpaksa la beb...yelah dulu2 kalo nak bagi duit 20 sen pun cukup payah...Kena mintak banyak kali lagi2 member2 yang pekak tuli wat2 tk paham..lagi la aku sakit ati...Kah kah kah....Bila dah cukup duit biasanya tugas si elly ngan esma la yang pergi beli hadiah di kedai Hj Mukri..

Ala bukan mahal sangat pun, satu kotak tisu jer..time tue harga dia dalam singgit kot...Balut cantik2..Ala cikgu2 zaman tue pun tau kalo anak murid bagi hadiah sure kotak tisu..kah kah kah...Sorry la cikgu oii budget ciput..lagi2 si Noya tue..Karang bagi duit lebih tak dapat la nak beli nasi lemak favourite dia tue time waktu rehat..Nasi lemak Mak Jah Kerepot...Kah kah kah....Zaman tue mane ada jual kad2 ucapan nie...Nak buat sendiri!! Alamak tk trpikir pun...Lagi2 group aku nie si noya, zaki, nizam, marlina, elly dan esma...datang kesekolah bukan nak belajar sangat..nak main2 jer...Tapi time tue rasa bangga kan noya bila dapat bagi hadiah kat cikgu-cikgu time hari guru...Walaupun kitorang nie nakal dan byk kali kena penampar, kena cubit, kena roti panjang...tue tk termasuk kene ketok ketampi atas meja, atas kerusi, berdiri atas kerusi dan bermacam2 bentuk denda yang kitorng kena time tue...tapi tk pernah plak dengar cikgu kena saman!!! Budak sekarang!! Macam Gampang! Biasanya sambutan hari guru dulu2 ada perhimpunan, wakil cikgu akan baca ucapan dari pihak Pengarah Pendidikan Malaysia..time nie leceh la lama plak tue ucapan tue...ape lagi banyak la lalat2 yang datang termasuklah kitorang nie yang fobia bila ada ucapan meleret2...Ada jugak ucapan dari Ketua Pengawas SKBE time tue...Aku tak berapa pasti sape ketua pengawas time tue..Kalo tak silap aku Sdr Mohd Nadzir Mohajir dari kelas Mawar! Mane la nadzir sekarang nie...pastue semua cikgu-cikgu akan menyanyikan lagu..KAMI GURU MALAYSIA...aku nyanyikan ckit ek..ingat2 lupa daa...Kami Guru Malaysia...Berikrar dan Berjanji...Mendidik dan Memimpin Putra Putri Negara Kita...bla..bla...Ala rasa sedih la plak...Aku tak tau la si Noya nie hengat tak lagu tema sambutan hari guru nie..Yelah bukan ape..dia nie selalu lupa..Makan la kismis wei... pastue ada plak bacaan puisi dan syair. Nasib baik takde nyanyian lagu lenggang kangkung time tue…yelah kalau ada haru tapak perhimpuanan…lagi2 nanyian diketuai oleh Sdri Amizah Mohd Amin…orang lain nyanyi tegak jer..dia siap gaya2 tangan lagi…dah kena gelak….Kah kah kah….

Kat sekolah rendah, time hari guru banyak acara permainan melibatkan cikgu dan budak2…bola sepak la, bola jaring la…tapi mcm biasa aku ngan member2 yang kaki bangku nie jadi tukang sorak jer……kah kah..Lagi2 si noya tue..kalo main bola sepak tendang bola..kasut yang terbang..bola entah kemana…kah kah kah…Time nie la cikgu2 semua sporting giler2…tak de nak marah2..mana2 cikgu-cikgu yang garang pun sporting habis…Time nie la kalo nak tengok hero2 dan heroin main lawan ngan cikgu..Kalo nak tengok hero pujaan ramai macam Ramlee idris, Kher ramli, Rostam muhamad, Nazarudin sani main bola sepak2 ala2 David Beckham, Christiano Ronaldo, Michael Ballack nie la masa nyer..yelah time tue sape2 yg mamat sport memang top..Yang heroin plak macam elly, tinazila, norwati, sumiamah dan norfaeza bertarung ngan cikgu-cikgu perempuan..Sape menang..Sape Kalah…Lu Pikir Sendiri La Beb…..So sehari suntuk masa kitorang dihabiskan di padang SKBE…orang lain sibuk tengok permainan, kitorang pun sibuk wat permainan sendiri…ape lagi cari pokok teka teki la…kat tepi2 bukit sekolah…tue tak tangkap anak berudu lagi..ish sekarang kalo pikir balik tak kuasa nak wt kerja2 bodoh tue…hahahaha…. Dan yang paling aku ingat sampai sekarang ialah bila ada jamuan kelas meraikan cikgu-cikgu nie, sudah tentulah de nyanyian…macam biasa la RATU segala RATU…Si Noya nie jadi ketuanya..…BORIA KAMPUNG PISANG…Kitorang buat boria lagi…lawak la masa tue…time tue si Noya nie berjoget sakan tak hengat dunia bersama2 ngan kawan coomolot dia la sape lagi..Zaki Puaat….Yang aku hengat time tue kitorang berhempas pulas memikirkan lirik lagu boria tue..nie kalo masuk juara lagu 1989 sure boria kampong pisang leh sapu abes nyer..kah kah kah…Kalah kak melah, search, wings….Haru dibuatnya…antara cikgu2 yang kitorang ajukkan dalam persembahan boria tue adalah cikgu kelas kitorang..sape lagi si mata jengkol…Cikgu khairunnisa Baharom atau name glamer dia..Yune’s..Ciss! Cikgu zaman tue pun ada gak nama glamer…kah kah, cikgu Noliyah atau kitorang gelar dia cikgu tepuk tangan..Nape ek!!! Sebab bila time perhimpunan jer bila dia bagi ucapan atau pengumuman…dia akn tepuk tangan dia selagi yang boleh..Kalo 10 minit adelah 30 kali kot tepuk tangan….lagi satu dia dikenali sebagai gadis PASOLLA…sebab g sekolah naik motor Pasolla warna kuning….Selain tue cikgu Ahmad Kassim…Cikgu yang paling kitorang anti betul..Sebab dia nie garang nak mampoos kalo mengajar..kerja dia asyk tampar orang jer…Tapi dahi licin bila Nampak budak2 pompuan yg cun2…..kih kih..Biasalah name pun lelaki..GATAL. Meoww!

Pelbagai ragam cikgu2 zaman dulu…Tapi bila dipikirkan balik syok rasanya kalau dapat bertemu balik ngan cikgu2 kitorang nie..Paling penting aku nak minta maap la dari hujung rambut sampai hujung kaki…Tanpa cikgu sapelah kitorang pada hari ini terutama member segroup aku…Akhir sekali sempena hari guru yang akan disambut tak lama lagi, kalau kita kenang kembali jasa2 cikgu kpd kita semue tak terbalas rasanya…,selamat hari guru… jasamu tetap dikenang, dan buat semua bekas rakan2 seperjuangan di di SKBE dulu, sama2 la kita mengucapkan selamat hari guru…Apatah lagi rakan2 seperti Nurazuan Razali, Norfaezah Hanapie dan Suhayani Rugani juga menjadi seorang guru dan mendidik anak bangsa…Apa cerita diorang nie ek….

Apa khabar agak2nya cikgu-cikgu SKBE sessi 1985-1990 seperti cikgu Suhaimi (1 Amanah), Cikgu Dalimah Dali (2 Amanah dan 3 Cempaka), Cikgu Khairunnisa Baharom (4 & 5 Cempaka) dan Cikgu Rukimin Abu Kahar (6 Cempaka), Ustzh Noliyah Idris, Cikgu Borhanudin Abdullah, Cikgu Zulkifly, Cikgu Aris, Cikgu Amilluddin, Cikgu Saharudin, Cigu Zaini, Cikgu Subri, Cikgu Khalid, Cikgu Noraini Abd Karim, Cikgu Fauzah, Ustzh Nora, Cikgu Ahmad Kassim, Cikgu Azura, Cikgu Md Shah, Cikgu Shafie, Cikgu Roslina, Cikgu Rodziah, Cikgu Latipah, Cikgu Kalsom, Cikgu Rosnani, Cikgu Qayyum, Cikgu Siti Sarah, Cikgu Yaasin, Cikgu Amir, Cikgu Tarmizi, Cikgu Syed, Cikgu Ahmad Awang, Cikgu Salina, Cikgu Mohaini, Mr Chelvendran, Ms Goh, Cikgu Kamarudin, Cikgu Noraini Atan, Cikgu Abidin Alwi (Guru Besar), Cikgu Tulus (Guru Besar) dan lain-lain..Aku pun terlupa nama-nama cikgu yang mengajar time tue...Tapi kita orait la kalau nak compare ngan Noya..10 nama cikgu pun belum tentu dia boleh senaraikan....

Rabu, Mei 06, 2009

tiba-tiba aku kuat makan

mungkin disebabkan faktor cuaca kot. sebab tu ler aku bleh habis melantak roti canai sampai empat keping. tak pernah-pernah aku buat perkara yang menakjubkan itu. biasanya aku makan paling banyak pun dua keping jer...itu pun kadang-kadang tak habis aku akan suruh farid habiskan...hahaha...betul, rasa macam tak percaya pulak...aku kelip-kelipkan mata aku beberapa kali...nak gosok kang tak pasal-pasal meraung kepedihan disebabkan jari aku ada kuah kari melekat lagi....atau pun disebabkan tensen yang amat sangat kot tu yang makan banyak...menurut kajian etnografi pemerhatian dan makan ikut serta oleh dayang erwanita, kalau stress memang akan banyak makan...tapi aku tak stress pon...kalau stress pon biasanya aku buat taik mata membuta jer....atau pun aku makan multivitamin kot...kata orang kalau amek supplement nanti kuat melantak...keh keh keh....lepas tu minum lagi teh tarik...nasib baik segelas jer...kalau tiga gelas tentu aku akan terus takjub serta merta dengan keupayaan aku melantak banyak benda sejak akhir-akhir ni..hantu raya? mungkin tidak....

Isnin, Mei 04, 2009

nusajaya, pusat pentadbiran johor yang ngetop!























walaupun aku busy banget minggu ni, dan minggu-minggu seterusnya namun aku penuhi jugak permintaan miss untuk mengupload beberapa keping foto pusat pentadbiran johor yang baru. sorry laa miss kalau aku tak respond tu maksudnya aku terbusy yang amat sangat...bukannya disengajakan..aku sebenarnya tak berapa maklum sangat dengan pusat pentadbiran johor yang baru ni...sebabnya dulu depa kata nak buat kat kota tinggi...tup tup tak jadik plak...mungkin disebabkan banjir besar dua tiga tahun sudah...tapi takpelah, at least siap dan berfungsi..jangan plak jadik projek gajah putih macam waterfront city tu...terus tutup...baik buat projek tanam terung, ada gak faedahnya....keh keh keh...menurut miss, ni adalah sebahagian daripada projek-projek pembangunan nusajaya yang dah siap setakat ni...namanya kota iskandar...sempena nama sultan johor....ni kalau dah siap mesti hebat dan ngetop..bleh laa memberikan saingan dekat negeri melaka dan singapura....kik kik kik....tapi bagus jugak depa pindahkan pusat pentadbiran johor tu..kalau tak sesak tak bernafas dengan traffic kat tengah-tengah bandar jb tu...dah ler buat icq tu besar-besar lepas tu traffic flow macam tu gak...rasanya kalau depa decide nak buat balik jambatan bengkok tu, mesti traffic makin okay....tapi denganrnya nak buat balik..nasibbaik..sapa kata orang johor tak nak jambatan? kalau jambatan tahap london bridge (oh shit!) tu, mesti laa orang nak...kalau jambatan hari ni buat esok runtuh macam dalam laporan berita tv selalu tu, tak buat pon takpe...hahahaha.....apa laa aku merepek ni...(p.s - anggap jer la aaku tak pandai nak susun foto-foto ni haha)

the president's visit

tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada kak mira yang mengatakan presiden akan datang melawat...dan boss besar kat ofis pon akan datang sekali....mula-mula aku dah planned awal-awal nak cakap aku sakit perut pada hari lawatan dan malas nak datang, tapi tak berjaya mengelakkan daripada menghadiri majlis lawatan tersebut...alamak bosan betul dengar ceramah pagi-pagi buta...habis jer jumpa tuan presiden aku terus balik ofis. yang ada kat ofis cuma alvin dan ashley...teng, teng, teng bila check e-mail christine dah ada kat Melbourne. dia ajak keluar dinner dna minum kopi..so, aku ajak ler alvin join sekali...so, kami jumpa di depan state library...nasib baik sam dah habis lecture...jadi sam, pon join sekali...kami ke yamato dan seperti biasa kami pon berborak-borak tentang research....agak lawak jugak bila aku tengok sam pegang chopstik macam pegang pen...terkial-kial gak mamat tu nak habiskan noodle dalam pinggan. aku dok bantai gelak dengan alvin...merah padam mat salleh tu...tu ler, lain kali tengok drama korea...keh keh keh....habis jer makan kat yamato, aku dan alvin pon temankan christine dan sam balik kat suite depa...tapi rasa macma nak minum kopi lak..so singgah plak brunetti untuk makan crepes...wah sedapnya tak terkata...aku pon bantai ler sekali...habis jer berborak sambil minum kopi, terus jer ke suite depa dan borak-borak lagi sebelum aku dengan alvin balik ofis semula...esok paginya aku bangun jam 11 sebab kenyang sangat makan banyak....keh keh keh..tak guna betol!