Okay laa miss...kali ni biar plak aku tambah cerita kenangan di sekolah menengah bandar easter...tak lengkap rasanya kalau tak bercerita tentang SMBE sempena hari guru yang bakal kita sambut lagi dua hari....apa pun sebelum tu aku nak ucapkan selamat hari guru kat beberapa member aku yang satu course kat malaya sesi 99/01 yang dah pon jadik cikgu macam mat tembon, shamsul, bustaman, enon, mary, shahrizal dan yang lain-lain lagi....begitu jugak dengan member-member satu sekolah kat SKBE dan SMBE macam suhayani, shalawati dan norfaezah...tak ketinggalan member-member waktu form 6 kat maktab adabi maharani macam safuanezam, asrul, kamarul, murugan, adriana dan mumtazzah. Selamat hari guru 2009! Masa bukak friendster pagi-pagi tadi, terbaca lak discussion kat group sekolah menengah bandar easter kota tinggi johor. depa cadang nak ajak semua bekas pelajar sekolah datang ke SMKBE untuk meraikan hari guru tahun ni. sambutan hari guru ni dah macam ritual kat mana-mana sekolah seluruh malaysia. objektifnya satu jer- meraikan guru-guru yang berpenat lelah mengajar anak murid yang perangai kadang-kadang macam gampang. haha. nak buat macam mana kan. itulah cabaran kerjaya sebagai seorang guru. bak kata orang, guru ibarat lilin yang membakar diri semata-mata nak menerangi kehidupan anak murid.
Waktu mula-mula masuk SMBE ni dulu aku agak terkejut jugak sebab senior-senior macam budak form 4 dan form 5 semuanya besar-besar...maksud aku dari segi fizikal..tinggi dan sesuai laa kalau panggil budak sekolah menengah atau high school. Tapi time batch aku alahai budak-budak semua macam ikan bilis kecuali miss...hahaha....tapi satu perkara yang menarik tentang SMBE time tu, budak-budak takut dengan betul dengan cikgu...apa yang cikgu cakap semua akan turut 100 persen. Maklumlah, masa tu hukuman rotan masih lagi dijalankan. Tak silap laa ni takde hukuman rotan. Tu yang budak makin nakal...dan boleh jugak dikatakan jahat sebab ada yang siap boleh join geng kongsi gelap dan merempit...siap masuk dalam youtube lagi aku tengok..hahaha...yang join geng tu siap letak geng kapak merah lagi...mak aii hebatnya sampai ada trademark kapak mengalahkan parti komunis soviet...hahaha....cikgu pertama yang jadik cikgu kelas aku waktu kat SMBE tak silap aku cikgu tan lee yong. Statement yang dia yang aku ingat sampai sekarang – ‘janganlah sekali-kali meniru. Percayalah kepada diri sendiri.’ waktu belajar kat dalam kelas tingkatan satu ilham ni yang paling lawak ialah bila cikgu tan ajar menyanyi lagu ‘how much is the doggie in the window’. Nak tergelak-gelak aku dengan zaki kat belakang kelas menyanyi lagu ni. Yelah, duduk kat felda tak pernah-pernah nyanyi lagu omputeh, tiba-tiba cikgu tan suruh nyanyi lagu tu...kalo tak mesti tak habis-habis dengan lagu rock kapak, kak melah atau pun paling latest masa tu kak ziana...bila cikgu tan kena pergi kursus selama beberapa bulan, cikgu mad zain ambik alih kelas satu ilham tu...lama gak dalam 3-4 bulan..cikgu mad zain ni seperti biasa memang best ajar sejarah...kalau nak bandingkan dengan cikgu aziah yang suka tumbuk bahu orang tu, cikgu mad zain ni lagi terror ajar sejarah walaupun membosankan...hahaha....masa kat tingkatan satu ilham ni aku jarang pegi rehat kat kantin sebab masa tu takut plak tengok punya ramai laa umat beratur nak beli makanan...lepas tu tolak menolak adalah perkara biasa...macam laa makanan tu semua boleh hilang...hahaha..kadang-kadang tu aku teringat plak dokumentari tentang kanak-kanak terbiar kat india...adalah lebih kurang macam tu budak-budak kat smbe dulu...yer laa negara baru nak membangun kan..tak macam sekarang rasanya dah maju...budak-budak pun agaknya beratur nicely bila nak beli makanan kat kantin..agaknya laaa....
bila masuk tingkatan dua, aku ke sesi sebelah pagi dan miss plak ke sebelah petang...jadi makin jarang kami jumpa..nasib baik zaki sekelas dengan aku jadik takde laa rasa sunyi sangat...plak tu dah ler kelas dua ilham bersebelahan dengan tingkatan 2 SPT 4...kelas ni dikira kelas paling teruk masa tu...kalau ikut tahap kasta india, kelas 2 SPT 4 ni berada pada tahap pariah...bukan ler nak menghina tapi itu laa kapasiti yang boleh aku berikan untuk kelas tersebut....student kelas tu makk aii Tuhan jer laa yang tahu...perangai punya laa teruk walaupun tak mencapai tahap henry gurney...syiling kelas tu sampai pecah-pecah, kerusi meja jangan cakap laa..habis patah semua....tak tahu ler aku depa makan kerusi meja kot time study kat dalam kelas...masa kat tingkatan dua ilham ni cikgu kelas bertukar-tukar jugak...sekejap cikgu rahim lepas tu cikgu iskandarrani ambik alih...tapi seronok laa jugak..masa tu rakan sekelas agak ramai dan emriah azman ahmad, nazri noh, helly ameza, roslila ishak, marlina omar, yazid wagiman, razmi ali, maslina saiman, kasmah kamis, norzlyana zainudin, esmawati multar, zaki puaat, suriyati mansor, norfaezah mohamad, suziana abu, dan ramai lagi aku tak ingat...walaupun aku ketua kelas masa tu tapi tak semua aku ingat..kalau tengok gambar satu kelas kat almbum di kampung rasanya ingat kot..malang betul masa balik kampung hari tu aku lupa nak beli scanner...kalo tak habis semua gambar dulu-dulu akus can dan upload kat sini...hahaha..
satu perkara yang aku tak boleh lupa waktu kat dalam tingkatan dua ilham ni ialah bila sorang cikgu naik hangin sebab satu kelas buat bising masa cikgu takde...cikgu ni depa panggil cikgu singa sebab moody tak tentu pasal...tapi dia sebenarnya baik dan sampai sekarang aku rasa dia ingat nama aku...last aku jumpa dia kira-kira 6-7 tahun yang lalu kat bandar kota tinggi....bila dia masuk kat kelas tu dia tanya kenapa you all buat bising? Tak silap aku dia cakap omputeh sebab she was trained in the states...lepas tu dia suruh kita orang semua berdiri atas meja....malangnya disebabkan sorang student kat belakang lambat sangat naik atas meja, dia terus capai buku teks geografi kat atas meja student yang duduk paling depan dalam kelas - tak silap aku meja hally emiza amin dan baling ke arah mereka...dan tak pasal-pasal marlina omar yang duduk kat bahagian tengah kelas yang kena...apa lagi melalak ler budak tu...dah ler buku teks tu tebal...ingat tak sakit ke kena baling dengan buku teks...hahaha...lepas tamat tingkatan dua, aku pon di trasnfer ke kelas 3 jasa...zaki plak ke kelas tiga gemilang...masa ni aku rasa langsung tak best sebab tkde member yang best kat dalam kelas...nak-nak dikelilingi ‘the brain’ – meminjam kata-kata drew barrymoore dalam never been kissed. Suffer laa jugak....cikgu kelas masa ni ialah cikgu ramesh yang berhempas pulas ajar english tapi nak buat macam mana kan dah nama budak melayu, memang susah nak ajar english....cikgu-cikgu lain yng turut mengajar aku masa tu – geografi/cikgu zaharah – asyik laa dok mengajar pasal contour ...aku masa tu dok pening ape kebenda laa cikgu ni ajar...bila aku masuk uni dan tengok member-member yang amek geografi buat menatang tu, baru ler aku paham..tapi kalau suruh buat lagi benda tu sekarang mintak maap ler den memang lupa...
sains/cikgu kamson – tak silap aku cikgu zaharah ni kawin dengan cikgu kamson...masa ni cikgu berkumis tebal ni popular dengan mengajar sains kat smbe selain daripada cikgu maat. Yer laa masa tu mana ramai cikgu sains lagi...laa ni melambak-lambak tak terkata... – matematik/cikgu saharuddin – tak perlu diterangkan lagi, sejajar dengan sifat anti matematik – aku memang tak paham langsung apa cikgu ni ajar...ingat lagi waktu dia mula-mula masuk kelas dia dok tanya berapakah markah matematik yang awak dapat waktu exam fina sem last year? Bila aku cakap dapat 40 markah terus jer dia cubit aku...hek elleh...itu pun nak cubit gak...macam ler matematik boleh kayakan orang....hahaha.....teruk betul aku masa tu...- sejarah/cikgu asman – masa ni aku memang minat sejarah..tanya laa apa pun kat dalam buku teks sejarah malaysia form 3 pasti aku ingat..laa ni dah tak ingat ler sebab aku tak tahu apa yang budak-budak laa ni belajar kat sekolah...tapi cikgu asman ni mengajar bersungguh-sungguh sebab semangat nasionalis dia kuat...haha... – agama islam/ustazah zurina – tak silap dia kawin dengan cikgu saharudin...membosankan....mungkin masa tu aku tak enjoy dok kat dalam kelas tu...aku rasa best lagi ustazah tumirah waktu kat skbe ajar..hahaha...tapi apa pun dia mengajar okay laaa....then bila dapat result tak best waktu PMR aku tak pernah salahkan cikgu yang mengajar tapi sebab aku tak pay attention kat dalam kelas...wei miss aku ingat elr si budak zam zam tu cakap dia makan sardin kat rumah masa dia terima reward utk pelajar terbaik PMR 1993...banyak ler aku cakap kat belakang waktu perhimpunan berlangsung..aku tau ler ko glamour masa tu sebab dapa pi sekolah teknik JB - ceh sempat lagi tu kutuk...hahaha..
haha...bila masuk form 4 dan terus ke aliran teknikal, masa ni aku start enjoy study...cikgu kelas masa ni ialah cikgu wardah....dia ajar matematik...mak aii bersungguh dia ajar aku matematik sebab dia tahu aku memang lemah giler matematik...macam-macam pendekatan dia buat untuk merangsang otak aku supaya paham maths tapi as I said once I said no, it means forever baby..lalalala....keh keh keh....susah betul sapa yang kena mengajar aku...cikgu wardah ni bukan calang-calang orang...she was trained in the states dalam bidang fizik...bahasa melayu/cikgu rohana..masa tu subjek ni bahasa melayu...laa ni bahasa malaysia plak...cikgu rohana ni best mengajar...lawak plak tu...dia bertanggungjawab mengajar aku menjadi lebih kritis dalam segala hal terutama bila menulis.. –english/cikgu azhar, yang kontroversi sebab dok marah aku masuk acara tari menari...bergaduh dan bermasam muka laa jugak sekejap sesama cikgu masa tu disebabkan hal-hal sebesar ikan bilis...agama islam/ustaz shukri, yang ni payah siket walaupun best mengajar...sebabnya selalu tak masuk kelas..tak tahu ler buat apa orang tua ni...hahaha... perdagangan/cikgu vincent, ni lagis atu kantolversi...pemalas nak mengajar....yang paling teruk permarkahan tak setara....nampak sangat dia tak tanda skrip exam..tu yang kena transfer ke sekolah lain tak lama lepas tu...tapi apa pun kira allrite laaa...ekonomi asas/cikgu wan zawiyah, cikgu paling best mengajar aku so far....she also was trained in the states...walaupun ekonomi asas ada maths, tapi aku bleh buat dengan jayanya...keh keh keh....pendidikan seni/cikgu iskandarrani...walaupun nampak garang tapi hati baik...suami cikgu wardah...selalu bagi nasihat agar terus berjaya...tapi perkara yang paling seronok kat SMBE ni ialah bila cikgu shis – yang mengajar subjek sains pertanian minta akud an rakan-rakan sekelas yang sekali ambik subjek tersebut buat projek untuk memenuhi keperluan penilain. So, aku pon pilih ler projek hidroponik...yang lawak tu, tak ramai budak-budak lelaki yang nak amek hidroponik sebab mereka lebih suka ternak ayam dan tanam cendawan. Agaknya masa tu hidroponik bunyik macam saintifik sangat so depa semua lari ke projek ayam dan cendawan...untuk kelas aku yang join projek tu dari kelas 4 teknikal 2 cuma shalawati, amidah, norazura, salina, norizam dan aku sendiri...dari kelas 4 teknikal 1 aku tak berapa ingat sangat...Cuma yang aku pasti rizal memang join projek tu sebab dia memang suka bab tanam menanam ni..keh keh keh....aku join projek tu sebab nak mengelakkan daripada kena jaga ayam dan sembur air kat cendawan hari-hari...projek hidroponik ni ringkas dan mudah...Cuma nak kena jaga laa kalau-kalau ada serangga yang datang menyerang...
Bila naik form 5, cikgu wardah masih jadi guru kelas...kebanyakan guru yang mengajar subek waktu form 4 masih terus kekal kecuali bahasa inggeris. Masa ni cikgu aishah yang mengajar...masa kat form 5 ni takde banyak benda sangat yang aku ingat..sorry laa miss aku ni kena tengok album gambar dulu baru ler aku bleh ingat apa peristiwa yang berlaku....oh ya, masa tu pergerakan putera Islam baru jer ditubuhkan...masing-masing dok melobi ler nak jadik pengerusi putera islam...lawak betul masa tu...tapi jangan ‘hengat’ aku plak yang sibuk melobi jawatan tu...hahaha..aku ni budak baik masa tu...keh keh keh....masa form 4 dan form 5 tahun 1994-95, kelas sains dan perdagangan cuma ada satu jer...laa ni bila aku tengok majalah ulung banyaknya kelas sains....agaknya budak-budak ni semua nak jadik saintis kot...hahaha...yang banyak kelas zaman aku study kat SMBE ni ialah aliran teknikal – tu pon cuma ada dua buah kelas...paling mendominasi ialah kelas kemanusiaan sebanyak 4 kelas...average satu kelas lebih kurang 25-35 orang kalau tak silap...menjenuh ler jugak sapa yang jadik cikgu zaman tu...dengan attitude budak-budak felda lagi...sebenarnya budak-budak felda ni bukanlah mangkuk semuanya...cuma yang taknak dengar cakap jer yang akan jadik betul-betul mangkuk...ada gak budak felda yang berjaya....waktu aku belajar kat private school kat muar dulu, ada laa sorang pakcik tu kata budak felda ni perangai teruk...dadah ler, bohsia ler...wah, wah sedap betul mulut dia memberikan label – atau men ‘streotype’ kan semua budak-budak felda dengan amalan yang buruk-buruk jer....ketuk kang kepala tu...hahahaa....tapi waktu kat sekolah rendah dulu ada sorang cikgu namanya cikgu nang rohani...dia ada laa cakap waktu mula-mula kena posting kat ‘Bandar Easter’ dia begitu teruja sebab ingatkan betul-betul bandar..rupanya Cuma kelapa sawit segala...rasanya kak gie pon macam tu gak kan? Hahaha...tapi apa pun aku rasa cikgu-cikgu yang pernah mengajar kat sekolah menengah bandar easter patut bangga sebab bukan mudah nak membentuk anak-anak felda berjaya dalam lapangan dan bidang masing-masing in the future.
Sambutan hari guru kat sekolah menengah bandar easter waktu tahun 90an terhad dengan perhimpunan khas depan anak murid. Dan seperti biasa semua kelas akan dibatalkan bagi memberikan penghormatan sehari untuk guru-guru kat sekolah. Waktu perhimpunan khas tu, macam biasalah lepas jer nyanyi lagu negaraku, lagu bangsa johor dan lagu sekolah, para cikgu akan menyanyikan lagu guru Malaysia. tak sure betul ke tak tajuk tu..tapi apa yang aku ingat intro dia lebih kurang macma ni - kami guru malaysia, berikrar dan berjanji...lalalala...macam tu ler...murid-murid pon terkebil-kebil laa tengok cikgu masing-masing menyanyi...pelik kot sebab biasanya murid-murid yang bersungguh-sungguh menyanyi time assembly...lepas tu pengetua sekolah akan memberikan perutusan khas sempena hari guru...biasanya teks ucapan tu akan diperolehi dari pejabat pendidikan daerah..seperti tahun-tahun sebelumnya jugak, terma-terma penting macam jasa, berkorban, sekolah, negara, bersungguh-sungguh semuanya ada laaa....habis jer pengetua bagi ucapan, pengumuman guru terbaik lelaki dan wanita akan dilakukan..aku pon dah lupa sapa cikgu terbaik waktu study dulu...yang aku cuma ingat waktu form 1 tak silap cikgu minhad yang mengajar subjek kemahiran hidup dan juga cikgu salina sabtu yang mengajar subjek sains menggondol anugerah tersebut...walaupun hadiah takdelah macam hebat seperti anugerah bintang popular berita harian atau anugerah industri muzik, tapi aku rasa anugerah cikgu terbaik ni telah pun melebihi tahap anugerah popular artis-artis (kononnya) yang takde faedah tu.....cikgu Minhad ni ajar kemahrian hidup waktu aku form 1..dia suka tanam pokok kat ladang experimen tepi sekolah tu...pokok-pokok tu disemai dalam polly bag dan dijuald engan harga dua puluh sen. Duit tersebut akan dikitar semula untuk membelikan kemudahan ladang tersebut macam anak benih dan juga perlatan menanam. Cikgu salina ni pulak aktif mengajar softball atau dalam bahasa melayunya bola lisut bagi pasukan wanita....aku tak paham apesal dia orang panggil bola lisut....hahahaha....lepas tu semua budak-budak yang masuk softball pangil dia bonda...dan sperti biasa jugaklah pasukan softball wanita SMBE yang hidup segan mati tak mahu tak pernah dapat johan sekalipun ketika itu..wakakakaka.....terkutuk laa pulak....tapi nasib baik ler ada cikgu salina sabtu ni...kalo tak mesti bukda-budak SMBE tak tahu apa itu softball...Lepas jer penyampaian anugerah cikgu terbaik dilakukan, acara sukan antara cikgu dan pelajar akan berlangsung...maka ramailah umat-umat student akan berlonggok kat tepi padang tengok cikgu dan murid bertanding acara bola jaring dan bola sepak...yang kaki bangku macam aku ni pon kena paksa tengok sekali...dah ler membosankan dan aku boleh ingat berapa kali aku menguap setiap kali aku tengok perlawanan cikgu dan murid berlangsung...hahaha...
tak tahu apa cerita SMBE sekarang...harap-harap semakin maju..lagi pon cikgu semakin ramai jadi lebih senang nak mengajar budak-budak..dulu cikgu tak cukup jadi cikgu terpaksa mengajar sampai 5-6 kelas dalam sehari...kalau aku pun tak sanggup....tengok muka budak-budak kat malaya pon rasa macam nak muntah hijau kadang-kadang...hahaha...apa pon sempena hari guru 2009 ni meh ler kita semua mengenang jasa-jasa guru yang pernah mendidik kita...bagi yang terasa hati dengan apa yang cikgu telah lakukan sepanjang kita belajar di sekolah menengah bandar easter tu, jangan laa ambil hati...bukanlah semua orang sempurna...cikgu pon kadang-kadang buat silap juga..tapi yang selalu banyak buat silap ialah anak murid...hahaha....untuk semua para guru di sekolah menengah bandar easter kota tinggi, johor – selamat menyambut hari guru 2009: Guru Pembina Negara Bangsa. Dan untuk semua pembaca, bersama-sama lah kita menghayati lirik lagu tema hari guru tahun ini yang bertajuk Guru Pembina Negara Bangsa. Harap korang tak nyanyi lagu kak melah plak...hahaha....
Bersedia melangkah megah, Walaupun sukar baktiku curah, Demi mu ibu pertiwi, Sumpah ku lafaz janji kukota, Berikrar eratkan bangsa, Kukuhkan cinta kepada Negara, Berjasa terus berjasa, Menyebarkan ilmu tiada batasnya,
Guru Pembina Negara Bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara, Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta, Guru Pembina Negara Bangsa, Tetap Unggul senadakan suara, Sehaluan menggapai matlamatnya, Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
1 ulasan:
hebat betOl laa lan dgn mis punye ingatan... baikk punya.. klau akO daa tak ingat menda2 tu lagi lOst memOries.. benda daa lepas akO malas nk kenang2.. yg penting kena tumpukan pd perancangan masa depan.. tp sesekali teringat zaman2 jahil serOnok gak hehehe...
Catat Ulasan