Selasa, Jun 30, 2009

jom main bola jaring...

study memang memenatkan tapi seronok....walau apa pun kena ada confident dan sahut cabaran..ewah..macam pergi kursus motivasi ler plak...hari ni berangin...jadik seronok ler siket sebab tak panas...tapi kalau sapa-sapa yang kurus tu mesti boleh terangkat..kira macam ada kuasa magic laa...muahaha...weekend lepas opis aku shut down..jadi aku bosan giler tak tahu nak buat apa..bukak tv yang ada filem elvis presley - double trouble..rasanya around 1965...bantai jer laa tengok..kelakar laa jugak...lepas tu ada slot wrestling laa plak...aku tengok lagi....bila habis jer aku tukar channel 10 ada plak perlawanan bola jaring antara pasukan westcoast fever (Australia) dengan netball magic (New Zealand) ..kesudahannya pasukan netball magic menang dengan 49 berbalas 38 mata...lepas ni netball magic akan berentap plak dengan pasukan Adelaide thunderbird (australia) yang terkenal tu...bila bercakap pasal netball atau bola jaring ni aku teringat plak kenangan waktu zaman sekolah rendah kat sekolah kebangsaan bandar easter...walaupun pasukan bola jaringnya takde lah mencapai tahap pasukan thunderbird, tapi kira boleh diharap laa jugak...itu tak termasuk lagi kelab penyokong setia bola jaring skbe yang diketuai oleh miss masa tu begitu menggemparkan...aku hengat lagi perlawanan sengit antara pasukan sekolah kebangsaan bandar easter dengan pasukan sekolah kebangsaan bukit mahkota dari felda aping timur...punya laa miss terjerit-jerit sampai mengeluarkan sumpah seranah dan maki hamun sampai kena halau dan marah oleh pengadil....muahahaha....masa tu antara insan-insan perasan masyhur yang masuk team bola jaring sekolah kebangsaan bandar easter termasuklah sumiamah sakimin, rozalita, tinazila musa, norwati ibrahim (member baik miss), siti rahah dan ramai lagi aku tak hengat..aku rasa miss bleh senaraikan ahli skuad bola jaring sekolah kebangsaan bandar easter mengikut rumah masing-masing - merah, biru, kuning dan hijau, dan juga di peringkat sekolah (ala konon macam skuad nasional ler)...yang paling lawak masa tu takde nya pakai jersi-jersi macma sekarang....cuma pakai sarung penanda yang bertulis GS/GA, C/WA, WD entah hapa lagi...maklumlah zaman awal 90 an kan mana laa sekolah ada duit nak beli jersi hebat-hebat macam sekarang ni...tu yang bila lawan sekolah-sekolah asyik kalah manjang...hahaha...sorry ler terkutuk...

Sabtu, Jun 27, 2009

from christine...

Dear Shah,
Great to hear from you. I love the photos of the Royal Arcade which Alvin took. Last time I was in Melbourne I bought a postcard of the Royal Arcade because I was working on Walter Benjamin and his Arcades Project. If you have de Certeau I have Benjamin on which, maybe, to base some of my theoretical analysis in dealing with History. My PC is in B & W. Alvin's photo is gorgeous in colour. Tell him so.

I wished I could visit Melbourne to see the Salvatore Dali Exhibition but I really can't take a break right now. I love Surreal Art and my current interest is in German Expressionism, Franz Marc and Paul Klee. I also have some beautiful music to listen to while I write: Jon Hassell's 'Last Night the Moon Come Walking', 'Maarifa Street: Magic Realism', and 'City: Works of Fiction' and a Bob Dylan album: 'Together Through Life.' I'll play them for ages until I get tired of them and find something else.

I've tried to persuade Val to book for a week at Schuss in August when our friends Helen and George are managing the lodge but he is reluctant. We are having dinner with H & G and some other Schuss members on Saturday. Helen will try to use her charm to get Val to book but he can be very stubborn sometimes. He just isn't keen on snow this year. And I must work. The writing proceeds slowly but I know what I am doing. Everything always takes much longer than anticipated and I only have until Jan 2011.

Cold and wet here but I took the dogs to Mylor this morning and managed to cross the creek on some stones without getting my feet wet--daily dose of excercise. Yoyo and Merry like to sneak on the bed and get warm. Everyone is fine. No coughs, colds or sneezes.

Back to work,
Cheers,
Christine

Khamis, Jun 25, 2009

sampai jumpa

aku nak ucapkan selamat maju jaya kat che paridah sebab akan sambung study kat UPSI...selamat kembali ke alam kampus...jadik tinggal laa sorang-sorang che raihana payung kat lembah kelang....tapi takpe, at least kalau dayang erwanita dan aku nak buat makan-makan ke, nak berkaraoke ke, atau nak berkelah kat tepi tasik amcorp mall ke kan, kita masih boleh kumpul ramai-ramai dan pi sekali..alahai, tanjung malim tu bukan jauh sangat pon, lain ler tanjong rambutan...kah kah kah...nasib baik raja nok aminahumalagapas masih ada kat lembah kelang jugak..kalo tak makin susah nak jumpa korang semua...bila bercakap tentang perpisahan, aku teringat satu filem tajuk 'Little Man Tate' -- "please say see you tomorrow, instead of good bye, okay?"... hahaha...melodramatic laa pulak...masa duduk kat vista angkasa dulu, aku ucapkan selamat jalan romeo kat dayang erwanita...lepas habis study kat adelaide aku tumpang lagi kat rumah depa di taratak muhibbah, taman desa, jalan klang lama...lepas tu aku ucap selamat jalan romeo kat erwanita lagi bila aku sambung study kat melb. bila balik cuti last year, dayang erwanita pulak ucap selamat jalan romeo kat che paridah sebab dapat keje kat melaka. then che paridah pulak ucap selamat tinggal kepada diri sendiri sebab dapat keje kat rawang...lepas tu aku dengar che raihana payung pon ucap selamat jalan sebab dapat short course kat desaru...terbaru raja nok aminahumalagapas pon ucap selamat tinggal - literally - dari ofis tempat aku keje...apa pon ia bukan satu alasan untuk kita tidak berjumpa lagi :P

Rabu, Jun 24, 2009

sajer tulis-tulis

sementara tunggu jam lapan nak balik rumah, aku masih lagi ada masa mengetuk-ngetuk keyboard ni...tapi aku takdelah ketuk kuat sangat tapi ketuk ala kadar jer...kalau aku ketuk kuat-kuat macam ayam patuk jagung kat tanah tu maksudnya aku tengah naik hot...keh keh keh...aku baru jer balik makan roti canai dengan wotka...alvin pulang awal hari ni...mungkin dia letih banget...atau takde mood dan stress...aku tengok muka dia macam sedih jer..kesian plak aku tengok alvin lately...masa aku sampai opis dari tempat melantak, gregoria masih lagi ada kat ofis..dia pulang lewat katanya takde geng study di state library...so, dia study kat research precint jer hari ni...insan-insan yang lain semua dah hilang ala supernatural...tadi aku bergosip dengan miss...nak lebih tepat lagi 'bercelah bedah' -- meminjam kata-kata pujangga malay mok...kah kah kah...seperti biasa masing-masing cuba nak jadik 'kak propa'...keh keh keh...rasa tak lengkap dalam sehari kalau tak bergossip dan berpropa dengan miss...walaupun cerita tu dah diulang banyak kali tapi tetap jugak nak cerita walaupun masing-masing dah tahu apa ceritanya...kah kah..kadang-kadang aku fikir jugak kenapa ler perangai kita orang macam gampang...masa kat sekolah rendah dulu pon sama gak...hari-hari asyik laa bergossip dan berpropa..tapi cerita tentang rakan sekolah, artis-artis ngetop tanahair (macam takde orang lain) jiran tetangga atau pun cikgu-cikgu...bila masuk sekolah menengah hobi yang sama tetap diteruskan jugak...aku hengat lagi bergosip kat bawah pokok mempelam atau kat tepi padang sekolah waktu rehat....lepas tu habis sekolah, masih jugak sempat bergosip kat dalam kelas yang mana takde student pada sesi petang....lepas abis spm, si miss dan razali selalu datang rumah aku bergosip lepas berbuka puasa...orang sibuk buat amal ibadat kat surau, kita orang sibuk bergosip dan berpropa kat depan rumah...memang contoh tak baik betol..kah kah kah....teruk betul perangai masa tu...no wonder ler dapat result teruk...muahahaha....udah ler, tak larat aku nak tulis..nak balik dah...favourite show aku - criminalminds dah nak start...bubbye...

dah tak tensen - chapter ?

baru jer balik meeting dengan chris. so far, semua allrite....jadik, takde laa rasa nak 'menyamurai' sapa-sapa hari ni...laa ni aku kena start tulis analisis...aku rasa agak tough siket tugas ni...nak kena baca lagi..malasnya! tapi cabaran buat kita matang...ye ke? hahaha..okay, hari ni kau kena start tulis sesuatu...otherwise nanti aku akan jadik lupa apa yang patut aku buat dalam masa 6 bulan dari sekarang...harap aku boleh buat kali ni...weekend ni the school might be shut down..jadik, aku tk tau ke mana aku nak pergi...nak pergi library ramai orang...paling kuat pon nanti aku bantai tido kat library...tak leh study ler kat library...sebut pasal study kat library aku mesti allergic...dah try tapi tak boleh...library ni tempat cari buku, bukan tempat untuk study -- falsampah aku...muahaha...semalam aku bergossip dengan miss...biasalah tentang kisah-kisah lama...nak bergosip dengan hairul zairi tak seronok sebab dia dah melupakan kisah-kisah lama..apa laa lu zairi....nasib baik ada miss...dia ni kira media hiburan bergerak...kah kah kah...

Selasa, Jun 23, 2009

mood tak baik - chapter 1

aku betul-betul banyak keje hari ni..esok aku nak kene jumpa mak cik chris tu...mintak-mintak dia tak membebel yang bukan-bukan...ada kang kena pedang hattori hanzo pagi-pagi esok...ceh konon ala-ala beatrix kiddo nih...haha...biasalah imaginasi budak-budak aku masih ada lagi...tu belum menjelma jadik gaban lagi....atau wolverine ke kan...better korang jangan buat taik...marah ni beb...aku dah penat-penat punya pikir dekat dua tahun, siap ler dia kalo nak ubah-ubah.....muahahahaha..tu semua khayalan fantasi aku jer....ni ler akibat banyak sangat tengok movie...nak buat macam mana kan...hari ni agak panas...tapi tiba-tiba jer hujan jap tadi..nasib baik...kalau tak mesti lagi membahang aku nak 'menyamurai' jer sapa-sapa yang banyak cakap....dah ler aku penat giler carik struktur yang mantap lagi terkesan dalam jiwa rasa examiner...bloody bastard betol...muahaha...okay, jangan contohi mulut celupar aku....

Isnin, Jun 22, 2009

dan lagi..dan lagi...lagi...

disebabkan wotka tak pueh hati dengan red cup, dia pon bagi suggestion untuk beli quiche kat coles dan makan ramai-ramai kat research precint..bila dah sampai kat coles, tengok-tengok jer takde satu pon quiche yang boleh reheat dengan microwave...semuanya kena bake kat dalam voen..hampes laa macam ni...tak bleh jadi...then mak cik wotka bagi idea beli pasta dan reheat jer...so, masing-masing setuju untuk beli...tengah-tengah sibuk nak beli itu ini si wotka dan alvin dok bertekak berapa banyak nak masak..sementara tunggu budak dua ekor tu dok bertelagah sesama sendiri aku pon pergi ler tengok-tengok apa yang ada kat coles ni..lama betul aku tak pergi coles..dulu waktu aku study kat adelaide, dua minggu sekali aku pegi coles beli barang-barang...laa ni sebab coles agak jauh - bukan jauh pon..cuma beberapa minit lebih siket dari woolworths, maka aku pon tak pergi ler...muahahaha....lagi pon coles kat cbd kecik banget...siap jer beli barang we all pon balik kat research precint...wotka masak hot chocolate, alvin plak masak pasta...aku tukang tengok jer...tak larat aku nak masak sekali..kang makin complicated....
bila dah siap aku suggest makan kat luar reseach precint...tapi memandangkan hari macam nak hujan, alvin cakap no point nanti basah...tapi wotka plak sibuk nak makan kat luar jugak...jadik nak tak nak alvin terpaksa pergi jugak...maka, kita orang pon mengangkut ler segala benda bawak keluar....mula-mula ingat nak makan kat depan school jer...tapi semua nampak basah jadi aku cadangkan kat depa pi makan kat sebelah melbourne jail...jadi kita orang pi ler makan kat situ...tiba-tiba jer hujan turun renyai-renyai...tapi takde laa lebat macam kat kl...lepas 10 minit hujan pon berhenti...kami pon start ler makan-makan...sampai tak hengat dunia...muahahaha...tapi kira berbaloi laa jugak..sebab kos nya lebih murah berbanding dengan apa yang kami bayar kat red cup...ceh, tka guna betul wotka..patut dia habaq kat aku dan alvin awal-awal..kalo tak selamat duit kita orang..bleh save lagi dan rasanya dapat makan kat peligrini yang best tu...ceh..anyway, selamat makan....

makan lagi...

beberapa jam lepas aku sampai kat ofis pagi ahad kelmarin, alvin called...'hey, mau makan?' soal beliau dengan pelat aussie -- kononnya. aku bila dengar bab makan-makan ni susah nak tolak..then aku pon cakap ler kat wotka nak keluar makan tak..then wotka cakap - yes, untuk kali terakhir sebab dah pokai...okay ler, so seperti biasa sebab malas nak carik tempat makan lain aku suruh alvin tunggu kat red cup....cuaca agak mendung dan berangin...jadi best ler siket jalan tak panas...sampai jer kat red cup tu, wotka dah mula rasa tak best sebab tengok makanan yang aku dan alvin pesan amat sedikit kuantitinya....siket banget -- kata beliau dengan pelat aussie campur india tibet...keh keh...jadik dia decide tak nak order dan nak makan kat tempat lain...jadi aku dengan alvin no hal ler sebab we all nak makan lagi lepas ni...sebenarnya aku dengan alvin jumpa red cup ni beberapa minggu lepas...soup of the day yang depa buat memang ngetop - potatoes and leek...sapa-sapa boleh buat..kalau dayang erwanita di paya rumput nak buat pon boleh..senang jer...cuma cari potatoes dan leek lepas tu blender..letak sedikit thyme dan rosemary...dan campur sedikit keju...walah!
sorry ler, tak tau resepi tu betul ke dak..aku main taram jer...muahahaha...ala korang google jer ...mesti jumpa punya laa....cuaca kat sini dah mula seram-seram sejuk...waktu pagi kalau bangun mula laa berebut bilik air..kalau tak mesti takde air panas jadi terpaksa mandi air sejuk...oh ya, berbalik dengan acara makan-makan kat red cup tadi, wotka tiba-tiba come out dengan satu idea..apa kata lepas jer aku dengan alvin melantak kat situ, ktia cari tempat yang jual food dengan harga yang berpatutan dan banyak....so kami pon dok ler berpikir kat mana yang best...kalau makanan yang sedap dan kuantiti banyak ialah makakan yang kita masak sendiri kat rumah...kah kah kah..banyak tu memang pasti tapi tak tahu ler sedap ke tak...jadi wotka mencadangkan apa kata kalau beli something kat coles atau woolworths and then prepare kat research precint..save more money and we can eat a lot of things...betul gak cadangan minah tu, tapi apesal ler dia cakap lepas kita orang dah habis melantak dan kena bayar 10 bucks each....hampes betol....muahahaha....


makan-makan

sabtu kelmarin aku, alvin, wotka dan gregoria pergi rumah kak nora...kak nora baru jer sampai dalam a few months untuk join our viper assasination squad...keh keh keh..rasa macam team dalam kill bill plak...alkisahnya kak nora buat makan-makan kat rumah dia..jadi, kami dengan muka tak malu pon datang laa untuk makan...tapi yang paling banyak makan seperti biasa ialah wotka..sampai tiga pinggan dia makan....takut plak aku tengok sebab bersungguh-sungguh dia makan dan tibai dengan selamba semua masakan yang ada...kak nora punya laa gembira tengok mak cik tu makan tak berhenti...kah kah kah..anyway, nasib baik ler ko tak pandai baca BM wotka...otherwise mesti ko ketuk kepala aku lepas ni...masa tengah makan tu, tetiba gregoria bisik kat aku, kalau pakai tangan ni mesti lagi best...aku pon tanpa pikir panjang terus ke dapur basuh tangan diikuti gregoria dan wotka...cuma alvin jer tak pandai makan pakai tangan...sorry ler alvin...habis jer makan tiba pulak acara mengumpat dan kutuk...seperti biasa semua sibuk laa kutuk...biasa laa bab kutuk mengutuk ni, yan gbodoh tak tau kutuk pon akan jadik pandai mengutuk...wakakaka....sayangnya mak cik rosya takde..kalau tak, mesti dia aktif untuk participate sekali acara kutuk mengutuk...muahaha....habis jer acara mengumpat, kami pon blah ler...tiba-tiba rasa nak minum kopi plak disebabkan sejuk banget hari tu..so kami pun singgah city jap dan minum kopi kat situ..boleh tahan gak sejuk hari tu...tapi enjoy ler gak...yang penting dapat makan...nampak sangat buruk perangai...

Rabu, Jun 17, 2009

penat -- bestnya kalau dapat pi holiday

life sekarang busy banget...memang tak menyempat...nak kena buat itu dan ini...nak fikir nak makan apa hari ni pon susah...kadang-kadang rasa naik bosan pon ada sebab asyik makan benda yang sama jer....keh keh...kalau dapat pi holiday kan best....kalau nak ikutkan konteks fantasi, aku nak berholiday kat laputa..ala, macam citer laputa: castle in the sky tu...keh keh..kalau berangan dan berfantasi bagi kat aku...pagi ni foggy..nak jalan pon tak larat...tapi nasib baik aku bleh nampak jalan..kiranya kalau amek lesen kereta (jangan kau sebut benda ni depan aku) pasti lulus HD...muahahaha...aku teru ke QV tadi dan beli beberapa potong roti kat bakery...lepas tu singgah caffeine jap..nasib baik tak ramai orang..tony dok sibuk bercerita tentang stolen harry potter kat aku..aku yes, yes jer laa...ambik latte terus cakap have a nice day..tak larat aku nak layan pagi-pagi buta...sampai jer office tengok wotka dah sampai..awalnya pompuan ni bangun...sebab dia cakap dia sampai tepat jam 7...mesti tak mandi pagi ni..kah kah....

Ahad, Jun 14, 2009

winter snack

aku kuar lunch dengan alvin jap tadi..mula-mula aku memang malas nak keluar. sebabnya mudah --- sejuk dan aku memang jadik pemalas sejak akhir-akhir ni...aku lebih suka dok kat ofis analisis data atau paling kuat pon aku dok melepak kat bilik sambil perabih supernatural season 2. Sampai wotka dan alvin pon naik tensen...balik-balik kalau jumpa mesti aku asyik dok bercerita tentang supernatural...takde cerita lain..nak buat apa..dah korang yang ajak aku berborak..aku hentam itu jer laa...tu yang keluar citer pasal ghost ler, demon, spirit semua laa....keh keh...berbalik dengan lunch tadi jalan punya jalan tak jumpa satu pun kafe yang menarik..apatah lagi hari ni sunday jadik semua kedai bantai tutup ler....bosan sungguh...jadik aku mencadangkan kat alvin apa kata pegi collin st jer dan carik makanan kat situ...last-last jumpa satu kafe kecik..apa lagi aku pun terus ler ajak alvin makan kat situ sebab aku dah malas nak berjalan...tengok soup of the day macam sedap...potatoes soup and leek...bleh tahan...so kita orang pon order laa...lepas tu bantai secawan latte plak...nasib baik sedap...lepas tu lepak jap sambil dengar jazz...tuan punya kafe dok ler inform hari ni ada live concert kat fed square..tak kuasa aku nak pegi sejuk-sejuk buta ni...baik lepak sambil tengok supernatural...isk. supernatural lagi...tak habih2...keh keh keh...favourite beb...

Jumaat, Jun 12, 2009

all about my mother...

aku dah lama mencarik dvd ni..tapi memang tak berjumpa..pergi jbhifi pon salesgirl yang dress up ala-ala gothic tu cakap dah takde salinan baru lagi untuk filem ni...jadi aku pon mengambil keputusan secara pejam mata dengan membeli dvd all about my mother atau dalam bahasa sepanyolnya todo sobre mi madre melalui talian...mula-mula aku pesan kat e-bay sebab murah...sekali jer store tu buat hal cakap dah habis stock..so depa pulangkan duit aku semula...jadik aku pon order kat amazon..tup-tup confirm ada...dan semalam sampai...tapi habis ler jugak duit aku dekat AUD50 semata-mata nak beli dvd ni...tak silap aku tengok filem ni kat sbs tahun 2006...dekat tiga tahun yang lalu..waktu tu winter...menurut christine, aku perlu menonton Elegi, juga sentuhan pengarah yang sama, yang menjayakan filem all about my mother ini - pedro almodovar. Disebabkan aku bukanlah pakar dalam filem, jadi aku tak dapat laa nak cakap banyak filem ni kisah tentang apa...yang aku tahu ceritanya agak kompleks dan penuh dengan unsur melodrama...tu yang buat aku suka dan tak sabar nak tengok...aku sertakan sinopsisnya yang aku petik dari laman web sbs -- Following the accidental death of her 17 year old son, Esteban, hospital worker and single mother Manuela leaves Madrid for Barcelona, on a search for the man she left all those years ago - Esteban, now called Lola . Along the way she encounters an old friend now known as the drag queen 'La Agrado' , distinguished actress Huma Rojo, whom her son adored, Nina, a troubled drug addict who lives with Huma, and Hermana Rosa, a young nun pregnant to none other than Lola. Manuela's journey is as much for her son's sake as her own - indeed, entirely for his, fuelled by the boy's pain at never having met his own father.

Rabu, Jun 10, 2009

jajan oh jajan


kredit to miss....Orang sibuk attend meeting aku duk melantak potato chip (ala2 pringles..tapi brand kracks) free kolesterol..ntah iye ntah tidak..Sebab dah selalu kena tipu aku pun dah tak heran...time macam nie tercetus plak idea nak cter tentang makanan ringan atau istilah jawa ponorogo..Junk Food..Tup2 macam best jer mengimbau zaman lampau...bg sesetengah org tak suka..tapi bagi aku kenangan lalu tue mmg happening apetah lagi banyak benda yg aku dah tak jumpa... Lately, bila duduk sorang2 asyk teringat jer kisah2 lalu, lebih2 lagi bila duk jauh nie..rasa sume benda nak makan...Korang tau tak ape tue JAJAN? Mne2 mmber yg idup sezaman dengan aku mesti tau ape tue jajan..Nie perkataan kampung budak dulu2..ala popular la tahun2 80an..Yang tak tau tue ade aku kisah..lantak korang la...kah kah kah...Cakap pasal jajan nie..ade lagi ker budak2 sekarang pnggil jajan!!! Rasenya mcm dh pupus la..Kalo korang sume perasan byk bnda yang kita lalui dulu2, zaman sekarang sukar nak jumpa...Oklah skrg aku nak cerita tentang jajan dulu2...

Chikedis..Tue antara jajan yang paling aku minat dulu...cover jajan tue gambo ayam jantan..tkde ayam betina ek..murah je dulu dalam 20 sen ja..bila ayah aku nak g kebun kelapa sawit sure la aku nak beli jajan tue..kalo tak merajuk..kah kah kah...tapi sekarang kalo di suruh makan pun aku tak mau...yang aku tau sume keropok pun aku panggil chikedis...hahaha..antara brand chikedis yang popular dulu ialah kaka..keropok udang...tapi rasa tk mcm udang..rasa tengik..kah kah...Bon Bon..keropok bulat2 warna kuning..bukan taik la..ish korang nie ade ker samakan makanan ngan taik..hangin2...dalam jajan bon bon nie de permainan..keta kecik la, binatang la, gasing la dan segala bnda2 murahan diletak dalam bon bon nie..budak2 dulu ape tau..dapat permainan suka ar..yang kaya tokey2 jajan la...siot tul kene tipu...Super ring...bila makan abes gigi warna kuning..banyak letak preservative kot...jajan nie aku suka makan slow2 baru best..perghh...best tul! Lagi2 dicicah ngan air kopi...kah kah kah...mamee...gambo monster warna biru..ala2 monster yg lawan ngan ultraman dalam TV dulu2...Ala tkkan korang tak tengok...hehehehe..smpi sekarang de lagi tapi tak ler sepopular dulu2...Rota..ha nie lagi satu jajan favourite aku dulu...perisa udang tue tapi lebih sedap dari kaka...nie pun makan kena gigit slow2 baru rasa kesedapan dan keenakkannya...Marvelous orang2 tua kata..gambo depan udang kara kot...

Jajan dalam dia de komik..Nie lagi satu aku suka beli sebab dalam dia de komik...bukan nak makan sangat pun. Just nak dapatkan komik buat koleksi. Yang aku hengat sampai sekarang tajuk komik macam pahlawan harimau berantai, gua tengkorak, jembalang tanah dll. Ala kisah2 pahlawan zaman dulu2 yang penuh dengan tipu daya. Yang pasti dari budak lagi aku dah diajar de orang jahat dan orang baik kat dunia nie..ish2 tak paham la..Hero selalau menang bila lawa penjahat...pastue dapat awek kampung yang cun..rambut panjang..kah kah.... Tikam Tikam..Kira mcm judi la jugak..tk perasan rupanya zaman budak2 pun dh reti main judi...jajan dalam tue bak kata pepatah inggeris~ hidup segan mati tak mau..yelah dhler tk sedap langsung then lemau plak tue (masuk hangin daa..) tapi disebabkan nak dapatkan permainan trpaksalah beli jajan tue...paling syok bila dapat ar..jajan mcm biasa campak dalam longkang..Cian Jajan! Kih kih...Tikam2 nie buat aku ketagih..selagi tak dapat sebarang permainan selagi tue la asyik beli ja..membazir time tue..dhler nk dapat duit kemain susah dulu...Silap gaya bukan dapat duit dapat penampar jepun!!!

Ding Dang...nie jajan kotak paling lame aku rase..smpi sekarang de lagi jual dikedai2..lagi2 de gambo kucing ala2 doraemon..rupanya doraemon dh wujud dulu ek..tapi mane nobita, sizuka, sinyu, giant dan doramie (awek doraemon)..Kalo korang perasan ding dang nie selalu wat promotion kat tv..Tagline dia..Ding Dang datang lagi dengan permainan ajaib..kah kah..Kalo korang hengat pelakon Mat Sentul time tue yg bersusah payah berpeluh2 promosikan ding dang..macam2 permainan yang ada dalam kotak tue..labah2 ajaib la, lembu ajaib la, katak ajaib la, lampua ajaib aladin la (nie propaganda jer)...Paling aku hangin coklat dia tk sedap langsung..kalo bagi budak sekarang sure dibaling nyer...dh tk pandang takde value..lagi satu dalam TV macam best jer permainan dia..Bila beli asyik jer kena tipu..tak sama langsung..So yang kaya sape..Korang pkir la sendiri!!

Choki-Choki..Aku paling suka sampai sekarang..lagi2 time makan roti..tue yg badan gebu semacam...tapi memang best ape..coklat dia dh ler simple senang bawak..nie sume pengaruh iklan kat TV la nie..Rasa dia sempoi..tk terlalu manis dan tawar..memang best la.. Belon tiup2 tue..ala yg dulu jual 20 sen jer..mcm gam cap gajah bntuk dia..sebungkus termasuk gula2 bulat sekeping..kah kah...Bak kata member aku is..pas tiup suka penyek kat muka org..tapi paling best bila belon tue dh bocor tepuk kat dahi member..hangin satu badan..Tapi best la...Dah pupus aku rasa belon nie.. Gula-gula getah...chewing gum..bubble gum...Macam2 warna ada...rasa pun lebih kurang sama jer...sape yg lidah power la..leh gulung2 then kuar belon...tapi kira pengotor gak kan yelah dahler banyak taik gigi pastue leh plak wat belon..Ish Jerkkk...Tapi paling aku tak leh lupa, plastik gula2 getah de macam2 gambar kartun...then leh lekat plak kat tangan..ala macam tatoo la kira...paling aku bengang dulu2 bila makan ada org suka lekat2kan kt kerusi dan meja..bila duduk jer melekat kat seluar..Aisey man!

Lagi satu boleh gak dikategorikan sebagai jajan ialah Sagun..Tau tak!! Aku pun tak tau nak explain dibuat dari ape..tapi yang pastinya memang best...warna putih ala2 serbuk dadah..kah kah...Kalo makan jer penuh sagun kat mulut..rasa lemak2 manis tapi bukan susu...dulu sagun dibungkus kecik2 macam serbuk dadah dalam plastik putih...tkpun dibungkus guna kertas panjang2 macam bentuk coklat choki2...pastue dililit ngan kertas warna warni..merah, biru, hijau...nie pun tak sure ada lagi ke tak di pasaran tempatan... Ketiak Bacin, hahaha...bukan ketiak yang satu tue..tue sememangnya bacin..yang bacin nie la yang best! Ala yang macam asam2 anggur tue..yang de kaler putih2...Dulu masa aku sekolah, ada cikgu kata ketiak bacin nie bahan pengawet dia, dr pencuci longkang..ntah btul ke tak aku tak tau...Dulu dengor jer ape orang cter.. Lastly ialah makanan segera favourite korang...Maggi...nie kira makanan utama la zaman budak2 dulu..dulu kalau tak silap la..de perisa ayam, udang, kari..tapi yang paling famous perisa kari la...tapi sekarang mcm2 perisa ada, perisa lontong la, tomyam la, asam laksa dan mcm2 lagi la..tapi pelik ek kenapa nama maggi tue lekat tul kat hati kita sampai la ke hari ini..yelah time nie ada macam2 brand dipasaran..tapi maggi jugak yang korang cari...lagi satu maggi tue nama brand ja..tapi orang still panggil maggi..padahal kiub ayam, kiub daging, bubur ayam, perencah nasi goreng dll..orang tak panggil maggi plak...pelik tapi benar...lantak la... Yang pasti best ar kenangan dulu2 tahun 80 an..Seronok membesar time tue..kalo korang rasa aku de tertinggal lain2 jajan..emailkan saje...ok..kita kawan2 tak mau lawan..

Jaga Diri Hiasi Peribadi...Wacaaaaaa....
Addy Putra,
Kano...

kalau orang johor...

aku memang tak sempat nak tulis banyak...jadik aku paste kan jer sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. sebenarnya kajian ni telah dibuat oleh auntie (bukan nama sebenar) dalam waris laksamana bentan group di friendster. haha. apa pon enjoy laa..kalau ada maklumat yang lain boleh ditambah just inform jer laaa..keh keh keh..apa pon gelak dulu....


10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk... Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya "Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!...tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :

Saing - pergi bersama2.."nnt kite saing ehh pi sekolah"
Bongok - bodoh Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!...cm nih ayat die..'sajak x beg nih pki ngn bju ni??"

roti perata - roti canai

semangka -tembikai

epok2 -karipap