Khamis, Jun 25, 2009

sampai jumpa

aku nak ucapkan selamat maju jaya kat che paridah sebab akan sambung study kat UPSI...selamat kembali ke alam kampus...jadik tinggal laa sorang-sorang che raihana payung kat lembah kelang....tapi takpe, at least kalau dayang erwanita dan aku nak buat makan-makan ke, nak berkaraoke ke, atau nak berkelah kat tepi tasik amcorp mall ke kan, kita masih boleh kumpul ramai-ramai dan pi sekali..alahai, tanjung malim tu bukan jauh sangat pon, lain ler tanjong rambutan...kah kah kah...nasib baik raja nok aminahumalagapas masih ada kat lembah kelang jugak..kalo tak makin susah nak jumpa korang semua...bila bercakap tentang perpisahan, aku teringat satu filem tajuk 'Little Man Tate' -- "please say see you tomorrow, instead of good bye, okay?"... hahaha...melodramatic laa pulak...masa duduk kat vista angkasa dulu, aku ucapkan selamat jalan romeo kat dayang erwanita...lepas habis study kat adelaide aku tumpang lagi kat rumah depa di taratak muhibbah, taman desa, jalan klang lama...lepas tu aku ucap selamat jalan romeo kat erwanita lagi bila aku sambung study kat melb. bila balik cuti last year, dayang erwanita pulak ucap selamat jalan romeo kat che paridah sebab dapat keje kat melaka. then che paridah pulak ucap selamat tinggal kepada diri sendiri sebab dapat keje kat rawang...lepas tu aku dengar che raihana payung pon ucap selamat jalan sebab dapat short course kat desaru...terbaru raja nok aminahumalagapas pon ucap selamat tinggal - literally - dari ofis tempat aku keje...apa pon ia bukan satu alasan untuk kita tidak berjumpa lagi :P

1 ulasan:

jelita sepanjang hayat berkata...

perlukah aku menyanyikan lagu-lagu sedih oleh wan hardiah , mac rahayu atau lagu pelamin angan ku musnah..apa kene mengena lagu ni ngan blog ni ek? aku pun conpius