Ahad, November 21, 2010

~ serenade


aku masih lagi menghitung hari dan membuat persiapan untuk hantar semua kerja-kerja yang telah aku lakukan sepanjang empat tahun di sini...musim panas datang lagi dan mengembalikan segala kenangan indah di Adelaide kira-kira 4-5 tahun lalu....tapi segala kenangan indah itu tidak mudah menjadi indah...begitu juga dengan segalanya yang aku dapat di sini...sifirnya sangat mudah...sama ada berkorban atau terkorban...berkorban dengan tekanan emosi dan kerja-kerja yang tak mungkin akan tamat, atau terkorban dengan rasa putus asa yang sentiasa mengintai peluang...walau apa pun, kerja-kerja ini mesti dihabiskan hingga ke garisan penamat...walau bagaimana susah pun perkerjaan ini ia tetap akan diteruskan...aku bukan membesar dalam dulang emas yang menawarkan seribu macam cara untuk berjaya...walaupun kadang-kadang hati ini terasa perit menelan pelbagai bentuk karenah manusia yang senang lenang menelan keringat hasil bumi tanpa bersusah payah, semangat ini tidak mudah akan patah...apa pun aku belajar begitu banyak perkara di sini...saatnya pasti tiba satu hari nanti...

Khamis, November 18, 2010

cepat-cepat


semasa keluar lunch dengan vicnesh semalam, dia bertanya aku soalan yang pernah amran (rakan sekelas sewaktu di sekolah menengah bandar easter) dan Wokar timbulkan sebelum ini...why do you always in a hurry? aku pun perasan jugak...kalau aku berjalan, mesti nak cepat-cepat...kalau bercakap mesti tergesa-gesa....kalau nak ambil makan pon sama...makan jangan cakap laa...rasa boleh kira mesti tak sampai 5 minit....aku pun perasan jugak...tak tau nak cakap sama ada aku boleh ubah attitude cepat-cepat ni kepada lambat sedikit atau lambat macam siput babi....malam tadi aku call erwanita...wah sakan betul dia beraya...tapi tak dapat cakap banyak sebab dia tengah drive...lepas tu sibuk pulak nak masuk jamban...dah lewat malam nak call balik aku rasa mengantuk...jadi aku terus tidur dan bangun seawal jam 9 pagi...

Rabu, November 17, 2010

salam aidiladha 2010


ini adalah tahun terakhir aku menyambut aidiladha di perantauan...selepas ini, aku kena kembali semula ke Malaysia untuk bertugas di Malaya...seperti biasa, kak nora yang menjadi host wajib tiap-tiap kali ada majlis hari raya...jadi semalam aku bertandang ke rumah beliau bersama-sama nurul, alvin, vicnesh, wokar, rosya, etc. Memang banyak kak nora masak sampai aku makan macam hantu raya...terkenang aku peristiwa puaka di tengah malam ketika tinggal bersama-sama erwanita di teratak muhibbah...entah bila kita boleh bergelak-gelak sebegitu lagi...

borak dengan eliz jelita


lama sungguh aku tak call makcik tu...kelmarin aku cuba call tapi tak berjawab. jadi aku cuba hubungi dia lagi. kali ni dia angkat..maka keluar ler semua kisah-kisah lama...pada mulanya tujuan aku call si eliz ni hanyalah nak bertanyakan tentang procedure untuk membeli rumah..tetapi melarat pula kepada budaya popular yang berlaku di Malaysia hari ini. menurut eliz, ada tiga budaya popular yang menjadi ikutan wajib generasi baru. pertama, pergi gym. bak kata eliz, kalau tak pergi gym, mesti ada sesuatu yang tak kena. pegi gym tu dah macam satu pemandangan cliche di mana-mana pun. aduhai, nak buat weight lifting pon aku kena pikir dua puluh kali.. kedua, cup cake. semua orang sibuk bake dan jual cup cake...seakan satu kemestian dalam mana-mana parti hari jadi atau majlis bertunang, mesti ada cup cake..tak paham aku...tidak hairanlah kalau ramai yang diabetic di Malaysia...ketiga, SLR camera..semua orang sibuk amek gambar...laa ni kalau majlis kawin kena ada unsur-unsur poetic..itu belum yang gambar serangga atau melancong ditempat menarik di luar negara...tapi macam biasa, budaya popular sebegini tidaklah berpanjangan...tak lama lagi diamlah tu...

tunggu sekejap


ia bermula pada tahun 2007. pada masa itu aku ingatkan kerja-kerja ini sangat mudah. tapi bila aku lihat dengan teliti ia terlalu rencam. penuh dengan campuran perasaan yang berbaur. aku cuma belajar satu perkara: jangan sesekali menyerah kalah. jangan ada secuit pun rasa untuk berputus asa. aku masih lagi ingat dengan doa yang aku kirim kepada Tuhan dalam rimbunan ladang kelapa sawit kerana terlalu sedih dan insaf dengan kesusahan dan kemiskinan. hidup di luar bandar tanpa kemudahan asas dan pendidikan sempurna. generasi hari ini terlalu bertuah. segalanya ada: elektrik, pengangkutan, internet, handphone, tuition, apa lagi yang mahu disebut. tapi apa pun aku tetap bersyukur kerana Tuhan masih menabur rahmat yang tidak terperi. perjalanan masih jauh dan ia tidak akan berhenti hanya setakat ini. Tuhan masih lagi mahu aku meneruskannya.

mencari ruang


seringkali aku terfikir, apakah yang mahu dilakukan lagi selepas tamat belajar nanti? adakah terus sahaja mengikut tuntutan cliche - berkerja, kahwin, merancang keluarga dan menjadi religious? ay yay yay yay...tak tahu nak cakap...pernah aku bercakap dengan erwanita tentang masa depan...kadang-kadang kesian juga aku mendengar luahan emosinya...di Malaysia, kalau tak berkereta mewah orang akan bercakap, kalau tak berkahwin orang akan mengata...jadi, mahu tak mahu kena juga mengikut rutin sebegini...bak kata erwanita, kita bukan hidup di Turki, kita hidup di Malaysia...nak tergelak pun ada bila dengar dia cakap begitu...semalam aku menghubungi eliz jelita..seperti erwan, dia pun meluahkan perasaan yang sama...tapi apa nak buat, kadang-kadang jodoh tidak ada dan kekangan pendapatan hanya setakat itu untuk hidup lebih baik...tapi kalau dah ada jodoh adakah kita sedia untuk berkahwin...? atau hanya berkahwin semata-mata nak menyedapkan hati orang yang 'fanatic' terhadap perkahwinan...adakah kita mahu berkereta mewah semata-mata orang lain juga berkereta mewah? tersenyum aku mengenang kata-kata alvin kepadaku pada satu hari di musim panas 2007: marriage is not practical and it sounds quite bullshit sometimes...tapi yang lebih lucu, ada yang berkata: cuba hang cakap macam tu kat depan mak bapak hang, mau dicilinya mulut hang tu...walau apa pun, aku punya impian sendiri...dan aku mahu impian itu menjadi kenyataan satu hari nanti...bak kata orang tua, kalau dah jdoh takkan ke mana..sebut pasal jodoh, apa khabar miss? masih tak boleh give up lagi ke tetap nak suruh aku jadi hang punya pengapit? urghh...

Jumaat, November 12, 2010

nak buat apa lagi?


hari ni amat membosankan, jadi aku ingat nak balik awal dan habiskan menonton siri supernatural season 5 yang aku baru beli kelmarin....maka lengkaplah semua season koleksi supernatural aku..tup tup plak aku dengar nak buat season 6 hampess...nampaknya kena mai sini balik laa next year...hari ni mendung dan nampak akan hujan..baguih laa sebab dah lama sangat tak hujan asyik berdebu jer cuaca kat sini....aku ni sampai kena sakit tekak baru nak baik...gregoria plak nak bagi aku lollies percuma maka aku tunggu laa gak kan walaupun dah sakit tekak...kah kah kah...minggu ni tak banyak benda aku baut melainkan buat bacaan yang lebih rapi sebab takut repetition...tapi rasanya wokar dah awal-awal warning ada repetition tapi aku malas betul nak baca semula...takpe laa tunggu apa si chris tu cakap...malas dah aku nak tengok...laa ni aku nak rileks sekejap...

Ahad, November 07, 2010

tak sihat


pada mulanya aku nak habiskan masa seharian di rumah sebab aku tak berapa sihat hari ni...tapi disebabkan wokar dah called aku nak jumpa di office terpaksa laa aku datang...tak tahu plak apa makcik tu nak cakap...hari ni agak berangin tetapi tidak terlalu sejuk...yang aku tak berapa gemar ialah debunga yang berterbangan ke sana ke mari yang boleh menyebabkan aku sesak nafas dan sakit tekak...minggu ni antara minggu yang palik sibuk sepanjang aku kat sini...aku kena siapkan draft pertama hasil kajian bertahun-tahun untuk disemak kali pertama...harap-harap semua okay...aku target sebelum akhir february semua dah boleh hantar dan aku boleh berehat sekejap kat sini sebelum pulang ke Malaya...

Jumaat, November 05, 2010

yang dekat di hati


Memang ramai sungguh kenalan sewaktu zaman persekolahan; di Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor; tiba-tiba muncul dalam facebook...ada yang dulu-dulu memang tak bercakap langsung bila berjumpa hari-hari dalam perhimpunan sekolah tiba-tiba menjadi super friendly...yang kelakarnya ada juga yang aku tak ingat langsung muka tapi mujurlah namanya masih ada sedikit pertalian dengan memori lalu...tapi yang dah tukar nama sampai jadi nama yang bukan-bukan memang aku tak kenal terus..hahahaha...kelmarin aku call Rohana, isteri kepada Am, rakan sekelas...bercakap macam sahabat rapat tapi waktu zaman sekolah rasanya boleh kira berapa kali aku bercakap dengan dia...tapi itu semua tak penting sebab rasanya persahabatan itu yang lebih berharga...bila aku menelek foto album Rohana, dia memang aktif menganjurkan pertemuan semula...aduhai, rasa seperti semalam meninggalkan SMBE...walaupun rasanya sudah hampir lima belas tahun aku tak menjejakkan kaki ke satu-satunya sekolah menengah dalam Felda Gugusan Waha itu...

Ahad, Oktober 31, 2010

keluar makan


maaf laa sebab aku dah lama tak update blogs ni....maklumlah tak menyempat nak menulis...kelmarin selepas completion seminar aku keluar makan dengan kak nora, rosya dan baim di kopitiam kat QV...lama betol aku tak ke sini...rasanya last pergi ke sini dengan wokar dan nurul sekitar 6-8 bulan yang lepas sebab sibuk nak makan laksa kari...tapi kali ni aku try mee goreng...sedap gak boleh laa tahan....tapi rasanya yang paling ngetop Hainan chicken rice...seronok plak tengok kak nora lega dah confirm candidature...kesian kat dia bersusah payah mai office di pagi hari sebab nak siapkan proposal dan presentation...apa pun bila dah masuk spring ni aku dah kena hay fever...nasib baik dah beli ubat ...jadi boleh laa enjoy makan...hahaha...

Sabtu, September 25, 2010

kenangan lalu...(episod 3)


aku rasa agak pelik kenapa aku takde banyak koleksi foto-foto yang diambil ketika tahun enam di sekolah kebangsaan bandar easter, kota tinggi, johor...tapi koleksi tahun lima yang banyak...takde laa banyak pon cuma beberapa keping foto sahaja..tapi kira ada artifact laa jugak berbanding takde langsung....tak apa, nanti bila aku pulang ke kampung aku korek laa semua pusaka bergambar yang aku ada...mesti ada punya foto-foto yang terselit...foto klasik ini disumbangkan oleh miss..tak sangka pakcik tu ada lagi simpan foto ni..tapi yang lawak tu siap berkulat lagi..ni mesti entah kat mana dia campak...kalau dalam entry lepas aku bercerita tentang budak-budak lelaki kelas 5 cempaka, kali ni aku nak cerita pulak tentang budak-budak pompuan pulak...tapi sebelum tu aku mintak maaf laa kalau tak dapat identify wajah-wajah murid perempuan 5 cempaka ni sebab dengan keadaan gambar yang begitu mengharukan...berdiri dari kiri kalau aku tak silap ler si norzita othman...makcik ni aku baru jumpa kira-kira 4-5 minggu yang lepas..tak sangka dah berubah muka menjadi makcik...aku pon hampir tak kenal..walaupun rumah si norzita ni takde laa jauh sangat dengan rumah aku tapi aku takde laa kenal sangat dengan makcik ni..tapi kakak kepada si norzita ni aku kenallah si kak lela tu sebab dia masa tu geng dengan jiran sebelah rumah aku...tapi memori daun pisang yang aku paling ingat tentang makcik ni ialah dia antara salah sorang ahli kelab tut! dengan beberapa orang lagi dalam kelas 5 cempaka ni yang aku akan huraikan kemudian...hahahaha...

sebelah norzita ialah geng baik si miss...namanya rokiah khamis...nama glamournya ialah rokoyah...time ni rokiah menghadapi waktu-waktu getir dalam kehidupan beliau setelah kematian mengejut ibunya...hampir setahun juga rokiah berpindah sekolah dan kembali semula ke kelas 6 cempaka selepas keadaan pulih...rokoyah selalu digosipkan dengan zahid....ada satu hari tu rokoyah telah disandingkan dengan zahid oleh cikgu rukimin...memang lawak time tu...rokoyah juga begitu hebat dalam aktiviti menyanyi...kalau dia menyanyi siap menari-nari lagi...hahahaha..tak boleh nak ingat...sebelah rokoyah ialah norfamilah ngatmi atau nama glamournya "abang kita"...ada gak yang panggil norfamilah ni fami, tapi nama "abang kita" tu gak yang melekat...namun, nama glamour tersebut hanya diketahui oleh insa-insan tertentu dalam kelas 5 cempaka...antara sebab norfamilah dipanggil "abang kita" sebab dia suka merujuk kepada abang-abangnya dalam apa jua subjek...apa pon aku just assume si fami ni anak perempuan tunggal yang sangat rapat dengan abang dia laa kot...tapi si fami "abang kita" ni sangat terkenal dengan business kerepek pedas...pandai betul dia buat business dan duit poket...sampai kena bagi amaran di makcik jah kantin..tapi fami "abang kita" yang bijak ni tetap berjaya dengan perniagaan kerepeknya walaupun terpaksa melalukan secara underground..

sebelah fami "abang kita" aku dapat agak-agak ajerlah walaupun mukanya telah diconteng seperti menconteng arang ke muka...apa laa si miss ni suka conteng muka orang...tak silap aku ni amizah lenggang kangkong atau nama glamournya azah...amizah time ni glamour kalau bab suruh menyanyi kat depan perhimpunan sekolah oleh cikgu dalimah siap berlenggang-lenggang...tapi bila dia perasan semua orang tak berlenggang macam dia terus dia berhenti...satu-satu perkara yang tak dapat dilupakan tentang azah ialah bila dia terkencing kat dalam kelas...tu laa agaknya dia malu sangat kot nak pegi toilet sampai terkencing kat kelas...kesian azah masa tu...hahahaha....sampai dia tergelak-gelak baca entry lepas bila terkenang peristiwa itu....sebelah insan yang tidak dikenali ni ialah marlina omar atau nama glamournya malaklina...dia ni anak pengurus felda bukit waha time tu...malaklina mula mencipta nama glamour kat skbe bila dia dapat no satu antara kelas dengan markah tertinggi...aku ingat lagi muka-muka tensen budak-budak ni sebab dikalahkan dengan begitu mudah oleh malaklina pada tahun 1985....tapi tahun 1985 ajer laa...lepas tu hampir semua kategori telah diambil alih oleh kelas melati yang diketuai oleh suzana abu sairin dan geng baiknya si rinda hamin....malaklina terkenal dengan penampilan lain dari yang lain sebab suka pakai tudung kain berkilat-kilat...dari dalam kelas dah nampak dia berjalan ke sekolah...maklumlah, rumah depan padang sekolah jer...satu algi malaklina suka bawak jemput-jemput udang pegi sekolah dan juga air yang ada ais...lepas tu yang makan bukan dia tapi insan-insan terpilih dalam kelas 5 cempaka jugak...malaklina juga kira trend setter dalam pelbagai hal yang melibatkan stationary...kalau budak-budak lain guna pensel warna jenama luna yang ada 12 warna, dia plak guna yang ada 24 warna...punya laa besaq...hahahahah...satu lagi trademark malaklina ialah tahi lalat latipah omar..kebetulan nama bapak pon sama hahahaha...malaklina juga mencipta kontroversi apabila menghadapi tuduhan mengganggotai kumpulan erabella walaupun dia tak tau apa-apa time tu...kesian malaklina time tu sampai melalak dia kena marah dengan cikgu aminnudin (bukan amilludin)...

sebelah malaklina ialah lailizah rahman atau elly atau nama glamournya nenek lailizah...aku pun tak tahu macam mana nama tu bleh timbul...mungkin agaknya dia suka nyanyi lagu nenek-nenek si bongkok tiga....elly antara budak yang terpandai dalam kelas 5 cempaka dan sering mendapat cabaran hebat dari miswadi, md zaki, nizam dan zahid dalam acara matematik...sebab tu laa jugak si elly dilantik jadik pengawas...elly juga antara murid skbe yang suka bawak bekal..tapi air yang dia selalu bawak tu selalu habis kena mentekedarah oleh insan-insan terpilih kelas 5 cemapak..kesian elly...sebelah elly ialah norulazlin abdul rahman...anak pengusaha kantin ketika itu...ayah norul telah berjaya membida hak untuk berniaga dikantin tersebut dan mengambil alih dari mak jah yang bersara...yang aku ingat pasal si norul ni bila arwah cikgu khalid buat pertandingan mewarna lepas tu dia yang menang...mungkin sebab kaedah pewarnaan tu kemas kot..aku pon tak pasti...sebelah norul ialah norwati abdul rahim merangkap best friend miss...norwati ni duduk dekat jer dengan rumah aku...dah lama aku tak jumpa si wati ni....kalau dirujuk entry yang lepas norwati telah aku coretkan dengan insiden membaling kaki asnor atmuri dengan batu bata...sampai melalak budak asnor tu kena belasah dek norwati ni...tapi yang aku paling ingat ialah bila si norwati ni berkomplot dengan si miss dengan tidak membayar duit buku alam dan manusia..kah kah kah....norwati juga telah membuat penampilan sulung dalam acara muzik-muzik kelas cempaka dengan menyanyikan lagu wann - esok tetap di tangan Tuhan.....

dua orang sebelah norwati tu aku tak dapat kenal pasti tapi yang aku masih ingat ialah budak yang muka tak nampak langsung tu ialah murni abdul latiff ibrahim....murni atau nama glamournya moni (tiba-tiba sama dengan nama jenama keropok) dulu memang kecoh dalam kelas...terus dia dilabel murai oleh rakan-rakan sekelas...tapi satu perkara yang aku tak dapat lupa bila murni tiba-tiba dapat tempat 10 terbaik dalam kelas....tak semena-mena dengan aku-aku sekali berjaya ditewaskan oleh beliau...sekali jer bila disiasat rupanya dia telah berkosnpirasi dengan si miwadi ni haa...tu laa miss ko bagi lagi si moni ni jawapan exam dengan engkau-engkau sekali hampir terduduk hampir ditewaskan oleh si moni kah kah kah....lawak laa ko moni....sebelah moni ialah nahidah mehah...aku ingat lagi nahidah sebab waktu darjah satu kami satu kumpulan...masa tu aku tak kenal sangat budak-budak yang lain...nahidah kawin awal walaupun pendiam dalam kelas....last aku jumpa dia waktu pegi makan kat rumah asnor last year itu pun aku hampir-hampir tak kenal....dah ada anak 3 orang tak silap aku....sebelah nahidah ialah roslila ishak, jiran belakang rumah aku....roslila pendiam sangat masa sekolah rendah...tapi bila dah masuk sekolah menengah banyak cakap laa pulak hahahaha...lama tak jumpa beliau walaupun tinggal berdekatan....

depan roslila yang sedang duduk tu ialah noorlindah riduan...time ni dia baru join kelas 5 cempaka tak silap aku...noorlindah, atau linda, atau noorlida "durien" merupakan geng baik hairul zairi time tu...rasanya sekarang depa masih contact kot...sebabnya mudah depa duduk dekat2 dan dari felda yang sama - bukit easter....noorlinda terkenal dalam banyak perkara...antaranya ialah siput tinggi yang menjadi trademark tudung beliau...tapi bila ditarik oleh si miss maka pecah rahsia kerana siput tinggi tu rupanya bukanlah gumpalan rambut beliau tapi gumpalan kain-kain yang diperosok untuk menampakkan ia kelihatan tinggi...noorlinda juga berkebolehan menyebut perkataan durian sebagai durien...tak silap rasanya masa tu dia masuk syarahan bahasa inggeris tentang durian...kah kah kah...lawak pulak bila aku ingat balik....satu lagi peristiwa yang tak boleh lupa bila si noorlinda ni dok bawak tag label yang digunakan oleh perkerja kilang untuk melabel product..siap tampal kat kasut laa kan...dulu tak silap ada satu jenama kasut rasanya Pallas atau BM2000 yang ada satu bahagian yang berkilat-kilat kalau disuluh dengan lampu...aku pon sebenarnya tak paham apa fungsi benda tu..nak kata sebagai tanda amaran, budak-budak ni dulu eprgi sekolah waktu siang hari...sah-sah laa kau nampak kan budak-budak dari jauh...berbalik dengan cerita si noorlinda ni, dia pi promote menatang tu kat budak-budak ni utk ditampal kat kasut, kotak pencil, etc...yer laa kan time tu nak beli kasut Pallas dengan BM2000 tu mati hidup balik pon tak dapat...jadi sebagai alternative, tampal ler dengan menatang tersebut...kalau aku tau menatang tu diguna kat kilang eletronik, mampus aku takkan tampalnya....kah kah kah..

sebelah noorlinda tu aku tak hengat..nanti kalau aku ingat aku tulis balik...sebelahnya pulak ialah roslizawati ebarahim atau nama glamournya mak mok..time tu roslizawati kan badan gempal siket..entah pedajal mana laa dok panggil dia mak mok..tak silap aku nama mak mok ni datang dari watak mak mok majalah kancil ke majalah bambino...lama dah majalah tu...rasanya aku beli bambino ni adalah dalam 4-5 kali...roslizawati duduk dekat dengan rumah zaki...dulu waktu darjah satu dan dua aku selalu balik sekolah saing beliau....sebalah mak mok ialah lilihidayu nasir atau lili...lili pindah bila dah masuk tahun enam...dia ni sepupu si moni...lama dah aku carik si lili ni...tiba-tiba sekitar 2 bulan lebih yang lalu jumpa kat facebook...masa ni lili antara murid tercantik sampai cikgu ahmad kassim pun suka usik-usik dia...tapi ada satu peristiwa tut! yang aku masih ingat sampai sekarang pasal si lili ni...alah kisah budak-budak kalau bergaduh semua buat cerit ayang bukan-bukan...sampai bila aku fikir balik tak nampak langsung rationalnya....sebelah lili ialah cikgu zulkifli shariff...pon jumpa balik kat facebook...cikgu zul ajar muzik, dan tak sangka plak aku dia kawin dengan ckgu khairunnisa, guru kelas kami time ni...sebelah cikgu zul ialah cikgu rodziah yang kuat lari...time ni dia ajar kami pendidikan jasmani...sebelah cikgu rodziah ialah cikgu khairunnisa, isteri cikgu zul...sebelah cikgu khairunnisa ialah cikgu ahmad shah yang pernah melempang aku sebab buang sampah...ingat siket cikgu jangan sampai saya lempang anak cikgu pulak next time (hahahaha..amaran keras tu)....dia ajar subjek alam dan manusia...malangnya dia telah diperbodohkan oleh insan-insan yang tak bayar buku yang dia paksa orang suruh beli kah kah kah.....sebelah cikgu ahmad shah ialah cikgu noraini abdul karim...tak tau mana cikgu noraini laa ni...harap-harap dia buat facebook cepat-cepat...dia ajar matematik dan sangat bagus mengajar...cikgu favourite si miss ni..tu yang si miss siap bagi dia majalah wanita bila hari guru....

sebelah cikgu noraini karim ialah cikgu ahmad kassim...masa ni cikgu ahmad kassim kurus lagi dan bawak kereta warna merah...aku masih lagi ingat cikgu ahmad kassim ni pelempang aku sbb tak lulus BM...biasalah kan bila karangan berformat yang paling aku benci macam tulis surat rasmi tu...bila lupa format terus aku hilang markah....tapi takpelah kalau melempang bersebab kalau melempang tak bersebab tu memang aku anti siket..tapi apa pun aku memang tak berapa gemar cikgu yang suka melempang anak murid sebab ia tidak practical dan hanya menggalakkan dendam kesumat (terpaksa tulis berlapik-lapik...hahahaha)...sebelah cikgu ahmad kassim aku tak ingat sapa...tapi yang pakai baju biru pengawas tu aku ingat laa si esmawati multar atau esmakoti...budak ni pon aku baru jer jumpa bila baru-baru ni....sampai aku tak kenal nama tengku raihana tapi muka macam esmawati...tapi nasib baik laa taik lalat bawah mata dia tu mengingatkan aku dengan beliau....esma ni suka bawak bekal nasik goreng yang sedap...insan-insan terpilih gak yang bagi perabih nasik goreng si esma ni.....sebelah esma aku tak ingat laa sapa...sigh...tunggu ler si miss dok perkenalkan semula sapa ya....nanti aku sambung balik....

Khamis, September 23, 2010

kenangan lalu...(episod 2)



kalau tengok entry yang lepas-lepas banyak betul aku dan miss sebut tentang nostalgia ketika pergi camping waktu sekolah di sekolah kebangsaan bandar easter...tapi yang aku rasa pelik, laa ni aku paling menyampah nak pegi camping...budak-budak ni ada laa ajak pergi camping sambil tengok bintang di musim panas tapi aku rasa malas yang amat nak buat benda-benda macam tu....dayang erwanita pon selalu ajak aku pegi camping tapi dia mesti bagi statement: "aku dah tau jawapan kau...sudah; jangan cakap lagi" hahahahaha....leceh laa...lagi pon bila ada keje lagi laa aku tak boleh nak focus dengan camping-camping ni....first time aku pegi camping waktu sekolah rendah - sekali dengan si miss ni laaa...tak silap tahun 1989 di jason bay atau tanjung lembu di sedili...aku masa tu nak balik ke kelas tiba-tiba cikgu yassin panggil...haa lan, saya nak awak pergi camping...cepat balik siapkan semua barang-barang keperluan...aku masa tu tak tau amende tu camping main bantai okay jer laa kan...bila tengah nak balik kelas tu aku jumpa si miss dan cakap kat dia cikgu suruh aku pergi camping...dia pon sibuk nak ikut gak, and cikgu yassin (cikgu penasihat pbsm) kata haa okay laa pergi semua...jadi kita orang pon balik ler menyiapkan segala kemudahan asas seperti yang diminta oleh cikgu penasihat pbsm...mak aku kat rumah dok merungut apesal ler banyak sangat barang korang kena bawak mengalahkan nak pergi kenduri...sekali bawak beg tu dia punya besaq mengalahkan nak balik kampung...

tak silap kita orang pergi naik van berasak-asak macam sardin dalam tin...aku sampai hari ni dok tergelak kenapa laa time tu aku sanggup buat benda-benda macam tu??? kalau aku dok bercerita dengan si miss mesti asyik nak tergelak besar....antara cikgu lain yang turut serta dalam perkhemahan ni ialah cikgu amiel, ustazah mariam dan cikgu shamsudin...masa sampai kat jason bay ni kita orang diarahkan pasang khemah...aktiviti pbsm pon tak pernah pergi pasang khemah pon berterabur laa kan...bak kata orang kelantan 'mapuh kerah' khemah tu dikerjakan..tapi ada satu peristiwa nostalgia bila aku terketuk kepala saudara latiff ramlan dengan hammer sampai berdarah-darah kepala dia...pucat lesi aku time tu sebab aku tak perasan kan dia duduk belakang aku....jadi dia pon tertunduk-tunduk menahan kesakitan...nak dijadikan cerita, kira sesuai laa incident tersebut sempena dengan perkhemahan tahunan pbsm kota tinggi...kesian kat kau latiff, takpe laa nanti aku belanja hang minum kopi kat pj hilton hahahaha....

tapi bila tengok foto muka kanak-kanak riang di atas, aku sendiri rasa macam tak riang gembira....senyum pon macam kena paksa (contohnya si miss tu haaa...) aku plak dengan muka masam sebab penat dan tak dapat mandi 2 hari...membosankan betul....tapi yang paling aku tak tahan tengok ialah shade cikgu amiel tu haa...kalah pelakon bollywood...ni mesti time tu banyak sangat tengok filem hindustan....yang cikgu perempuan sebelah kanan tu cikgu mariam...yang buat sign dengan jari telunjuk tu tak ingat plak aku cikgu sapa....kalau tengok bentuk tent kat sebelah kanan dan kiri tu, mesti dapat agak betapa menderitanya kita orang time dulu-dulu perg camping....bayangkan jer laa bila masuk hari kedua hujan turun lebat mencurah-curah sampai masuk ke dalam tent....bukan macam tent sekarang water proof, nyamuk pon tak boleh masuk....tu yang sampai ada yang kena sampuk dek jembalang tanah...kah kah kah...sebelah kiri aku tu aku tak ingat siapa nama budak tu....budak tu ler yang aku dengan miss buli sampai dia menangis-nangis...alkisahnya dia dok ejek-ejek kami, jadik kami pon gelarkan dia mr os...dah ler dia merajuk sampai menangis-nangis...kesian kat dia..sorry laa dik ya....antara isan-insan lain yang aku dapat kenal dalam foto ni ialah nasrul hisham - rakan sekelas....tajul, michael sam (nama tak mengalah...), latiff, nasaruddin noh, nazri noh, yang lain tak berapa nak ingat...tapi yang syoknya perkhemahan ni ialah dapat menyaksikan persembahan diva-diva popular skbe yang diketuai oleh kak razilah yang menyanyikan lagu may - kau umpama bunga yang mekar dihatiku dan juga lagu ciptaan sapa entah pom pom pom...antara lirik yang masih segar dalam ingatan - pom pom pom pom, dua dua...pom pom pom pom, dua dua...lihat ini, kami dari skbe, datang sini untuk berkhemah....aku rasa macam nak tempeleng jer sapa yang tulis lirik sampah ni....memalukan...lepas tu korus untuk lagu may semua tak sampai suara...yer laa nak cari penyanyi dengan nada f sharp time tu memang takde kan...tapi yang aku pelik boleh dapat juara persembahan terbaik...kalah siti sampah....hahahaha anyway, enjoy...aku nak sambung buat keje...

Rabu, September 22, 2010

kenangan lalu...(episod 1)


waktu bersekolah di sekolah kebangsaan bandar easter, kota tinggi, johor dulu (siap promote nama penuh sekolah), ada tiga kenangan yang pasti takkan dapat dilupakan sampai bila-bila...pertama: ketika berada di dalam kelas, kedua: pergi camping, ketiga: pergi rombongan cik kiah...aku bila tengok balik gambar-gambar ni memang tergelak besar...teruknya muka aku time ni hodoh nak mampos....tapi untuk berlaku adil, bukan aku sorang jer yang hodoh time ni, yang lain pon sama...nak-nak budak2 pompuan kelas 6 cempaka....masa time ni kalah intan terpilih, laa ni semua dah jadik macam mak puteri gunung ledang...nak kata puteri gunung ledang tak boleh dah sebab semua dah kawin dan dapat anak...hahahaha....foto-foto ni semua agak klasik...terima kasih ler kepada miss yang bersusah payah scan semua foto-foto ni...mula-mula aku ingat nak tolong edit bagi cantik laa kan..tapi masalahnya aku pon takde masa nak buat....satu lagi kalau edit nampak sangat bohong..yer laa kan kalau muka hitam legam asalnya tiba2 putih time ni rasa macam tak logik pulak...foto pertama ni ialah budak-budak lelaki kelas 5 cempaka skbe...time ni cikgu khairunnisa hj baharum a.k.a cikgu yune jadi guru kelas kami..sebenarnya cikgu yune ni jadi guru kelas kami sejak darjah 4 lagi...tapi ni laa tahun last cikgu yune jadik cikgu kelas puak-puak cempaka sebab muridnya mak tuan degil nak mampus...apatah lagi berketuakan orang yang suka memekak dalam kelas..susah laaa kan...tu tak masuk lagi bab bendahari yang suka peras urut..eh ugut (silap daaa) orang suruh bayar duit tiap-tiap bulan...kah kah kah..

kalau tengok balik foto budak lelaki kelas 5 cempaka ni memang unik siket...tengok kat papan hitam tu (time ni hanya papan hitam jer laa yang mampu diberikan oleh kerajaan, tak macam sekarang canggih manggih), siap ada tulis tarik lagi...tak silap 12 mac 1989...kira-kira lapan hari jer lagi seorang insan terpilih punya birthday...kah kah kah...time ni cikgu yune punya laa bersemangat nak mengajar budak-budak felda ni bahasa inggeris...tu yang siap ada poster mcdonald laa (time tu kita orang tak tau menda pon apa itu mcdonald, yer laa kan tv pun kurang tengok sbb takde eletrik)...then cikgu yune siap buat poster pasal birthday yang boleh tukar-tukar nama dan hari....tapi time tu yer laa kan nak bagi hadiah tiap2 bulan masak laa....dah ler gaji cikgu pon kecik gila masa tu..dan kita orang plak cuma tau bagi hadiah untuk hari guru jer....hari murid jer takde kan? hahahahaha...jadi, apa yang kita orang buat ialah baca ayat-ayat kat poster tu..misalannya, today is monday...the date is bla bla bla...its miswadi's birthday...bla bla bla...then let sing happy birthday to him....meriah ler kan satu kelas dengan acara menyanyi..macam citer nasib labu labi laa plak....lepas tu ada jadual waktu...siap kaler-kaler lagi kan...yer laa nak tau gak perbezaan subjek...time ni tak silap cuma ada 5 subjek ajer dan tambahan satu - pendidikan jasmani...aku pun tak berapa ingat nama-nama puak cempaka ni...harap kalau salah boleh tolong betulkan ya....berdiri dari kiri, sarizan abdul hamid (wak yan)...lama aku tak jumpa mamat ni...waktu kat sekolah menengah dia sekelas dengan aku...tak tau mana peginya...lepas tu md hisham parman...mamat ni satu blok dengan aku (felda dibahagikan mengikut blok)....walaupun seblok, tapi rasanya tak pernah berjumpa selepas tahun 1990...kah kah kah...imagine ler laa ni dah tahun 2010...dekat 20 tahun aku tak jumpa beliau....sebelah hisham ialah mohd asnor atmuri...mamat ni pon aku tak pernah jumpa..tapi last year aku pegi makan nasik ayam kat gerai mak dia...sebelah asnor tu aku ler sapa lagi...time ni aku baik dengan cikgu yune..tu yang si miss ni jeles agaknya dia pergi pangkah X kat muka aku...ingat aku ni x-men ke....

sebelah aku tu cikgu yune ler...muka serius jer kan cikgu yune time ni....lagi ler nak kena bergambar dengan budak-budak nakal semuanya....time ni cikgu yune pelopor tudung ikat cam ni kat skbe kota tinggi....rasanya memang takde cikgu lain yag pakai tudung gaya ni....sebelah cikgu yune tu si khairul nizam jamaluddin anak pegawai felda....laa ni jadik producer rancangan raja tak lawak astro...sebelah nizam ialah ramli idris...hero 5 cempaka merangkap ketua pasukan reebok...time ni ramli antara budak lelaki popular skbe sebab pandai main bola dan ada syle ler orang cakap...tengok rambut pon tau...tak macam budak-budak lain muka sememeh....lama aku tak jumpa ramli...last aku jumpa kira-kira berbelas-belas tahun yang lampau di bangunan sultan iskandar kota tinggi....sebelah ramli idris ialah bendahari kelas 5 cempaka, miswadi abdul rahim...tak payah cakap orang pun tahu dia kuat membuli....kah kah kah...aku tak boleh lupa kes buku alam dan manusia tu...kah kah kah....sayang betul takde gambar budak-budak perempuan 5 cempaka..kalau tak boleh aku kenal pasti orang-orang yang ada skandal watergate kat 5 cempaka time tu...kah kah kah...si miswadi ni jer laa yang contact aku sampai sekarang...dari tadika, SKBE, SMBE, lepas tu dia keluar sekejap masuk asrama, dan masuk uni, berkerja tetap contact...tak pernah putus...wa salute laa lu brader...

macam mana aku nak describe ek..baris kedua ni nak kata duduk tak jugak...ke berdiri separuh??hahaha...dari kiri ialah khairul anuar dagang...aku pon tak tau apa laa yang terjadi dengan mamat ni...sebelah khairul anuar, ialah mustakim saman atau nama glamournya mustakimomok...mula-mula aku pelik sebab bila masuk darjah enam dia dah takde kat sekolah..rupanya siasat punya siasat dia telah berpaling tadah masuk sekolah kebangsaan bukit waha (skbw) daaa...kesnya sebab kena pelempang dengan cikgu ahmad kassim kot sampai telinga dia berdarah...ke aku yang silap dengar...hahahaha...sebelah mustakim ialah kawan baik aku md zaki pua'at atau koki...zaki ni dari dulu sampai sekarang still contact dengan aku lagi...lama tak jumpa zaki...wei, miss ko dah call zaki ke belom? lupa daratan laa kau...ko kan selalu buli mamat ni sampai menangis nak balik rumah....sebelah zaki ialah azman aziz...mamat ni banyak cakap...pung pang pung pang tak abis...lepas tu tak mau mengalah pulak...kalau kena marah boleh argue lagi secara ilmiah (jgn main-main budak zaman dulu) dengan menggunakan comparative studies...ada satu kes dia kena marah dengan cikgu roslina abu bakar sampai keluar hingus...menangis tak hengat...siap ugut-ugut nak scratch parut kudis (time tu budak-budak memang senang sangat kena kudis sbb takde kesedaran terhadap kesihatan sangat macam sekarang) sebagai protes....

sebelah azman ialah rostam mohammad...selalu kena panggil rostampok oleh zaki sebab suka membuli orang..tak padan dengan songkok kat atas kepala tapi nakal kemain...tu yang selalu kena lepuk songkok tu dengan cikgu...sebelah rostam ialah norizad din, anak kepada driver pegawai felda...lama dah tak jumpa norizad...last aku ternampak dia di felda simpang waha tak silap 6-7 tahun yang lalu...sebalah norizad ialah faizal riza rahmat...kira popular laa jugak mamat ni time tu sebab main bola sepak kan....aku time tu jangan bola sepak, bola lompat pon belom tentu boleh main....kah kah kah kah...last aku terjumpa faizal riza ni kat facebook..menurut adik beliau dia bersekolah di kampung selepas tamat sekolah rendah...no wonder tak pernah nampak muka dia kat smbe...barisan hadapan yang duduk mencangkung, dari kiri ialah nasrol hisham someran tak silap aku...aku ni tak berapa ingat nama bapak orang...nasrul adalah rakan tuition bahasa inggeris aku....selalu kami dok berjalan melalui kolam ikan pergi belajar kat rumah cikgu Guna di kediaman pegawai felda....sebelah nasrol ialah mohd zahid ponari...zahid masa ni baik gila....pakar matematik...tapi bila dah masuk sekolah menengah macam jahanam jer kan perangai...tapi kenangan paling tak lupa dengan zahid ialah bila dia cakap soonday, moonday isntead of saying the real sunday, monday....akibatnya kena cubitan berbisa sampai menangis dek cikgu kalsom....hahahaha...

sebelah zahid ialah mohd rizal miskom? nama dia tu dah betul tapi nama bapak tu aku rasa macam silap....tapi miss suka panggil dia rizal wak dojer...sebabnya dia suka pakai songkok ala-ala watak wak dojer dalam komik Bujal...sapa ingat Bujal?? dulu aku suka baca komik tu...sebelah rizal yang macam nak masuk dalam kamera ialah hairul zairi bachok...yer laa kan time ni tak pernah jumpa kamera kot tu yang pelik amat...zairi pun ada contact jugak...on and off...last, selepas aku kena maki hamun dengan aku terus tak contact-contact lagi dah....hahaha...sorry laa zairi, biasalah kan adat berkawan....anyway selamat hari raya dan maaf zahir batin...banyak baut burasak tak tahun ni???sebelah zairi yang terlentok ayu tu mohd ridzuan yusuf...kami panggil dia iwan kecik sebab ada sorang lagi nama iwan tapi badan besar (tak silap budak kelas kenanga)...tak silap si iwan ni pon geng-geng kumpulan caltext (entah hapa-hapa laa budak-budak ni letak nama kumpulan sama brand dengan kasut dan minyak kereta...nasib baik tak letak nama kerosin)....sebelah iwan ialah mohd azlan lazim....sebelahnya ialah kembar beliau mohd azlin lazim....tak silap mamat dua orang ni baru masuk sebab depa baru berpindah ke felda simpang waha.....isk terror gak aku hafal nama semua anggota kelas 5 cempaka....kalau tanya orang lain aku rasa cuma miss dengan koki jer ingat...tak tau ler bila boleh jumpa lagi....hahahahaha....

Ahad, Ogos 29, 2010

sebelum terlupa...


pemilik blogs ini ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada family, kengkawan dan rakan taulan...maaflah dengan keje aku yang menimbun-nimbun ni aku pun dah terlupa bila hari raya...jadi aku ucap ler awal-awal kan...tak tau apa aku nak buat time hari raya nanti...kat sini bukan cuti pun...jadi nak tak nak kena ler pegi opis gak...kah kah kah kah...baju raya? langsung tak relevan...apatah lagi kuih raya...tapi takpe tak lama jer lagi...next year boleh ler aku raya puas-puas...hahaha...

pergi ke galeri bersama wokar


aku bukanlah peminat lukisan sangat...tapi aku memang minat impressionist terutamanya camille pissaro..bila wokar dok sibuk mengajak aku pergi melihat pameran impressionism painting di galeri victoria jadi aku pegi ler...tapi bila sampai dan tengok takde laa banyak sangat pon koleksi yang ada....boleh laa...cuma aku tertarik dengan satu lukisan yang satu ni...nama pelukisnya aku dah lupa siapa...kami pergi sekitar jam 4 petang...habis lawatan dalam jam 7 lebih....lepas tu kita orang pon pegi makan pizza hahaha....

Isnin, Ogos 23, 2010

bila nak habis??


bila pilih pekerjaan yang sebegini, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh teman-teman ialah bila nak habis?? memang sakit hati bila difikirkan balik tapi nak buat macam mana dah minat...nak tak nak kena telan jugak..lusa ni aku nak berjumpa penyelia...tak tahu ler apa feedback yang bakal aku dapat...aku jarang bercerita pasal kerja sebab aku rasa kalau aku cerita banyak-banyak kat sini pon bukan orang paham...jadi baik laa aku cerita pasal benda lain...kelmarin aku berborak dengan cikgu yune (khairunnisa hj baharum) yang mengajar aku di sekolah kebangsaan bandar easter pada tahun 1988 sampai 1990. Lepas masuk sekolah menengah kami telah terputus hubungan...lama kami cari sampai laa cikgu md noh tolong inform kat cikgu zulkifli (agaknya) tentang kewujudan kami dalam facebook...hahaha..tak sangka akhirnya kami bertemu semula selepas lebih 15 tahun....lama tu..cikgu yune pon dah nak masuk zon pencen...aku ingat dulu cikgu yune siap bagi aku hadiah sbb dapat markah yang baik dalam subjek yang dia ajar...kenangan betul kat SKBE...tak tau apa jadik kat sekolah tu sekarang...nasib baik rinda mengajar kat situ...at least tahu gak serba sedikit perkembangan...hehehehe

Ahad, Ogos 08, 2010

hari terbuka

hari ni terlalu ramai ibu bapa dan anak-anak mereka berderet datang ke sini...sebabnya mudah - nak tau kursus apa yang sesuai untuk anak-anak mereka untuk pendaftaran sesi baru pada bulan februari tahun hadapan...banyak laa pameran dan booth dibuka untuk slot penerangan dan juga soal jawab..freebies pun banyak tapi aku tak larat dah nak pegi tengok...cuma bila tengok keadaan di sini aku terkenang pulak waktu lepas SPM dulu...masa tu tak ada pon hari terbuka atau kata mat salleh open day....cuma aku sangat-sangat hargai usaha bapak aku tolong belikan borang ITM (walaupun selepas tu aku kena tendang keluar dengan terhormatnya - sbb tak dengar cakap bapak aku yang lebih senang aku ke tingkatan 6)...selebihnya kami cuma dengar tentang permohonan ke universiti melalui akhbar dan television...masih jugak aku ingat perjalanan sehari dengan mis dan tut! (tak boleh disebut nama yang lagi sorang tu kang tak pasal2 aku kena sumpah hahaha) pergi beli borang UPU dan uruskan pendaftaran kad atm di wisma maria...sampai kena tipu dek taxi driver...walhal wisma maria tu dekat jer boleh jalan kaki...

kalau diteliti sistem pendidikan kita di Malaysia perlu diberikan lebih autonomi agar tidak menyusahkan pelajar...berilah banyak peluang kepada pelajar yang lebih berpotensi dalam bidang sains sosial, humanities dan arts untuk belajar di universiti...jangan jadikan matematik sebagai kekangan untuk mereka terus maju...matematik bukanlah segalanya...(ewahh harus laa aku kena sumpah lepas ni)...bila aku lihat balik semua kursus-kursus peringkat ijazah pertama di sini, terlalu banyak kursus yang bernilai di pasaran kerja yang tidak memerlukan maths...okay laa cukup ler cakap tentang itu sbb nanti orang cakap aku berfikiran kolot pulak...aku tak nafikan matematik itu penting tapi sistem pendidikan di malaysia suka menjadikan matematik itu sebagai syarat wajib untuk masuk ke universiti...kalau tak lulus matematik maka seseorang pelajar itu akan ditakrifkan sebagai gagal...ini adalah satu perception yang begitu naif dalam mentaliti masyarakat kita dan perlu diubah...dan ini juga menjadi salah satu penyebab ramai pelajar yang tidak kritikal dan hanya tahu angguk sahaja...sistem pendidikan di Malaysia perlu dirombak sedikit agar ia lebih bersifat flexible...

Berbalik pada hari terbuka tadi, aku rasa ia amat berguna untuk dipraktikkan di Malaysia..rasanya konsep sebegini memang sudah ada di Malaysia tapi harap-harap ia akan dilakukan di kawasan luar bandar juga...kalau diperhatikan hari terbuka asyik2 kat kawasan urban...orang yang diluar bandar nak pergi punya lah jauh...kesudahannya depa tak pergi dan pilih kursus yang salah...harap-harap ibu bapa sekarang terutamanya di kalangan orang melayu lebih celik tentang peri pentingnya pendidikan tinggi di kalangan anak-anak mereka...jangan lah kita ketinggalan terus-terusan sampai bila-bila...bagi yang berkemampuan hantar lah anak anda belajar bahasa inggeris...kita sedang mengorak langkah ke dalam dunia ekonomi yang lebih global...mungkin orang akan pandang aku anti bahasa melayu tapi ingatlah tidak guna kita terlalu taksub dengan bahasa melayu lepas itu susah nak dapat kerja...dalam dunia politik dan ekonomi yang berubah-ubah, amat penting kita mempunyai kemahiran bilingual...mungkin hari ini kita masih boleh bersyukur sebab bahasa melayu masih dipelihara dalam sektor awam...kita tak tahu pada masa depan siapa yang memelihara dan apa yang dipelihara...jadi sediakanlah payung sebelum hujan...

p.s: Raihan, tak sempat laa nak amek foto sebab hujan time tu...anyway hang boleh klik sini

Rabu, Julai 28, 2010

keluar dengan akmal

kelmarin aku keluar dengan si akmal...aku rasa bosan banget jadi tak moh laa duduk kat office lagi mengadap kerja tu...jadi aku suggest kat akmal untuk pergi melbourne botanical garden...imagine sepanjang-panjang aku dok kat sini tak pernah aku pegi situ...malas laa...nanti balik penat tak boleh study....tapi kali ni aku berazam nak pergi jugak kan...kakaka...akhirnya sampai gak...walaupun penat berjalan kaki dari rumah sampai ke sana tapi bila dah sampai hilang semua penat....banyak laa tempat kami pegi melawat....tapi aku paling suka pegi botanical garden tu...walaupun airnya mak aii kotor nak mamposs tapi bila dah kena cahaya matahari terus jadik cantik...kakakaka....apa pon enjoy ler...




















enam malam di adelaide

aku rasa dah berminggu-minggu tak update anything kat blogs ni...walaupun aku masih lagi berasa sedih atas pemergian emy, aku sentiasa anggap ia satu takdir dan kehidupan mestilah diteruskan...selepas hampir dua tahun aku tidak berkunjung ke adelaide, akhirnya impian untuk melawat christine, tawakal, kak za, etc. berjaya juga..itu pun selepas perancangan teliti sambil menyelam minum air...aku ada conference di sana jadi aku gunakan kesempatan sekali untuk vacation selepas hampir setahun lebih aku tak ke mana-mana...sampai jer kat adelaide airport aku call christine....dia dan suaminya val terus amek aku kat airport dan kami menuju ke tempat pendaftaran conference terlebih dahulu...then, aku kena check in laa plak....habis jer buat semua tu aku ke rumah christine...tak sangka plak dia sempat masak dinner untuk aku....lepas jer makan dan bermesra bersama molly, kiki, steph, yoyo dan merry, christine dan val hantar aku pulang...masa tu rasa macam nak pengsan penat giler...then tetiba tristan ajak aku keluar....pergi laa gak kan...balik jer bilik aku terus tidur tak peduli apa dah...tapi nak jadikan cerita sekitar jam 5 pagi alarm plak bunyi..mula-mula aku ingat ada kebakaran rupanya false alarm...cilako betoi...udah ler sejuk sampai aku dok mengeletar kat bawah nu haa....mula-mula aku ingat aku jer sorang rupanya berduyun-duyun umat yang datang....tak lama lepas tu fire truck datang...pakcik-pakcik bomba pon terus ler check apa yang berlaku rupanya false alarm....tensen giler aku...





then bila everything dah clear aku pon naik ler menjenuh kat tingkat 11...pakai tangga plak tu....bila dah terbangun susah ler nak tido balik..jadik aku pegi laa mandi sekejap..tengah dok mandi tiba-tiba ada false alarm lagi...eh ini sudah lebih....kira dah mengalahkan sesi orientation pelajar baru kat uni....dan untuk kali kedua berduyun-duyun laa kami semua kena turun kat kawasan lapang dalam kesejukan....kali ni semua orang complaint....kah kah kah....lawak betoi...esok paginya aku pi opening session..boleh tahan laa cerita asal usul conference...tiba-tiba nurul called..rupanya dia dah nak sampai...jadi aku tunggu dia depan adelaide uni....bila dia dah sampai baru aku tau dia kehilangan wallet...poor girl..tapi nasib baik dia dah selesaikan semuanya...jadi bermula laa conference...aku pon pegi laa tengok orang present...nak tau laa jugak ilmu-ilmu baru....kalau nak cerita apa aku buat seminggu memang tak dan ler...banyak sangat...tapi yang penting aku sempat melawat flinders university...tempat mula-mula aku belajar di seberang laut dan berjumpa christine...dan aku sempat laa jugak dinner dengan val dan sam....malangnya alex tak dapat datang....terima kasih juga buat kak za yang susah payah masak nasik goreng...tawakal yang bersusah payah amek dan hantar aku balik walaupun dia dok sibuk dengan urusan family...dan jugak kak zatul yang very entertaining...hahahaha...ada rezeki aku akan ke adelaide sekali lagi hujung tahun ni...apa pon keje mesti siap sebelum hujung tahun....






Selasa, Julai 13, 2010

untuk emy ~ kau pergi jua


'ok datang melaka jangan lupa bagi tahu aku......tak sabar aku nak jumpa kau'itulah mesej terakhir darinya pada 6 Mei lepas...aku mengenalinya tidak lama...hanya sekitar 13 tahun...dan persahabatan kami tidak lah serapat mana tapi kami tetap berhubungan....masih terngiang-ngiang usikan nakalnya dan rajukan yang tak pernah berhenti setiapkali aku mengusiknya...tapi dia tidak pernah ambil hati..pernah sekali aku merajuk dengannya dan aku mendiamkan diri hampir tiga tahun...tapi kami bertemu kembali melalui lelaman jaringan sosial...dan seperti biasa dia menyapa aku dengan usikan rindu yang bertalu-talu...itulah ermiyanti basar yang aku kenal...dan aku tidak sama sekali menyangka itulah kali terakhir beliau mengusik aku...emy kini pergi dan tidak akan kembali...kali pertama aku membaca berita pemergian beliau ketika aku berada di Adelaide...tempat aku berhubung dan berbicara dengannya selama dua tahun hanya menerusi panggilan telefon...jarak tidak pernah memisahkan persahabatan kami...dan aku tak menyangka dia menderita terlalu lama dalam keletah tawanya...aku akan sentiasa merinduimu emy...kita mungkin selalu sahaja tidak sefahaman tetapi itulah cahaya yang merapatkan hubungan kita sebagai sahabat...damailah engkau di sana emy dan aku akan sentiasa mendakap segala cerita dan nostalgia indah itu selama-lamanya....

Khamis, Jun 24, 2010

maaf!

sorry ler aku dah lama tak update anything kat blogs ni...dengan kesibukan tugas yang melampau pada term terakhir aku di sini....kalau boleh aku nak siapkan cepat dan berehat...rasa macam dah tak larat nak mengadap benda yang sama sejak tahun 2007....winter datang lagi...kali ini winter agak sejuk berbanding tahun lepas...kira okay laa at least dapat menenangkan rasa stress...next month aku akan ke Adelaide melawat Christine...lama betul aku tak jumpa dia...hahaha...aku akan update lagi blogs ni later...

Sabtu, Mei 22, 2010

pergi muzium bersama faizal

sorry laa kalau hangpa semua baca entri aku ni huru-hara siket...ada yagn tak ikut urutan tarikh..nak buat macam mana dah hidup aku sekarang pon dah semakin huru hara...dengan research lagi, tak cukup tido jangan cakap ler...kelmarin aku bangun dengan dunia berpusing...terus aku sambung tido..daripada aku tumbang kat tengah jalan baik aku sambung tido hilangkan kepeningan...sebenarnya ni foto-foto yang aku amek waktu temankan faizal dan akmal ke muzium tempohari...kesian plak aku tengok si faizal tu nak balik tapi jarang pergi ke mana-mana pon di melbourne ni ha...so aku ajak dia pegi muzium kat belakang rumah ni jer ha....apa pon kira allrite ler, at least free apa...hahaha....