Khamis, Januari 29, 2009

patience

aku baru jer sampai ke kota tinggi selepas bertolak awal pagi dari pudu raya...aku ke kuala lumpur ni pun sebab ada pelancaran buku 'The University at Pantai Valley': The glimpse of the past' sempena meraikan hari jadi ungku aziz yang ke 87 tahun. ingatkan tak ramai yang datang, sekali penuh satu hall. buku ni memang menarik untuk dibaca oleh para alumnus kerana ia menceritakan tentang kegemilangan universiti malaya sekitar tahun 60an, bermula di kampus singapura sehinggalah di kampus lembah pantai (pantai valley), kuala lumpur. aku akan cuba review sedikit kalau ada kelapangan nanti. aku ni sedang tunggu transcription review dari chris. lambat betul laa makcik tu...tapi aku kena tunggu jugak walaupun mengambil masa. christine e-mail aku kelmarin. beliau membawa molly, steffi dan kiki outing. kali ni depa semua ke pantai. happy betul dia orang. tak sabar rasanya mahu berjumpa lagi tahun ini sempena summer break. minggu ni juga adalah minggu terakhir untuk raja berkhidmat di dept. aku mengucapkan ribuan terima kasih sebab dia banyak tolong aku jugak. anywaya, semoga dia dapat cuti belajar dan meneruskan pengajian. selain daripada kena belajar asas kereta esok dengan bad, aku kena review semula transcript dan juga chapter. banyak betul kerja tapi seronok laa dok kampung. yang penting this lappy need to be wired. haha.

Rabu, Januari 28, 2009

lawatan ke melaka

sebenarnya cerita trip last minute tu macam ni. aku pergi ke melaka sebab nak merayap sekejap kat sungai melaka yang dikatakan best tu..apa namanya? river cruise? tak macam river cruise pon..macam naik perahu tambang kat sarawak ada laa...bila sampai kat sana, aku suruh ler adik aku yang keje kat melaka tu beli tiket v.i.p. ceh..macam v.i.p. laa konon...management amatlah teruk...tunggu punyalah lama dekat satu jam setengah....yang datang lewat boleh pulak bagi naik dulu..kiranya macam cerita pendekar bujang lapok laa...cuma dalam cerita ni takde orang yang kena buang dalam sungai jer...hahaha...selepas lama menunggu, akhirnya dapat naik jugak..nasib baik laa dihiburkan oleh pelawak ali mamak...kalau tak mahu jer aku sumpah mahsuri tujuh keturunan semua orang kat situ...muahaha...dah ler hari hujan..tapi boleh laa dikatakan cantik jugak sebab depa dok letak banyak lampu-lampu berkerlipan kat sepanjang sungai melaka tu...tapi yang kelakarnya, bila aku pergi balik keesokan paginya, rasa macam pergi kat kawasan pencemaran alam....hahaha..cuma solekan jer tebal yang amat...tapi okaylah at least enjoy jugak...satu lagi aku telah berkunjung ke rumah dayang erwanita di jalan paya rumput...mula-mula macam nak sesat, akhirnya jumpa jugak selepas beliau berdiri di tepi jalan menari inang menyambut kedatangan aku...muahahaha....lama gak berborak dengan orang tua tu sebelum aku balik semula ke bukit katil dan bertolak ke merlimau untuk berkunjung ke rumah saudara di sana....

Ahad, Januari 25, 2009

mari masuk kelas memandu


walaupun ia kedengaran agak lawak, tapi itulah hakikatnya. dah meningkat dewasa macam ni baru nak pergi ambil lesen kereta. muahaha. alasan tipikal - 'takde masa laa bang, sibuk keje.' tapi bila parents dah membebel 'hang ni bila nak pi amek lesen memandu?', terpaksa laa pergi jugak. itu pun datang kelas sekadar suka-suka. kelakar gak sebab aku antara orang yang agak 'veteran' (muda lagi tau haha) dan agak pelik sebab dikelilingi oleh budak-budak lepas SPM. seperti biasa nak belajar memandu ni kena hadiri kursus kurikulum memandu atau teori asas undang-undang jalan raya selama lima jam. dulu waktu member aku che tuan ajak aku pi amek lesen waktu tahun 2004, aku selalu mengelak disebabkan kelas 5 jam ni. bosan dan membuang masa, menurutku ketika itu. kesudahannya dia pergi sorang-sorang dan berjaya menamatkan kelas tersebut. lepas amek kursus teori asas undang-undang jalan raya ni, tibalah masa untuk menduduki ujian. benda ni laa yang aku paling tak suka banget. aku amek ujian teori asas undang-undang jalan raya ni di bawah Maxsafe Driving Instruction Centre Sdn Bhd. cawangan kota tinggi. kalau tak silap ada cawangannya juga di gerai Felda Simpang Waha. haha.

satu sifat aku ni suka baca benda-benda 'tak penting' (banyak laa tak penting) macam ni last minute. biasalah tengok ajer orangnya - tengok sekali imbas pun dah tahu memang last minute person. muahaha. pagi-pagi buta aku dah bangun dan baca buku undang-undang jalan raya tu. tanda anak panah laaa, tanda orang lintas jalan laa, tanda itu ini lah..cuma tanda gajah jer takde..aku baru jer nampak tanda awas gajah melintas waktu aku ke mersing kelmarin..muahahaha..lawak sungguh...tapi kawasan mersing tu memang kaya dengan gajah. sampai jer kat tempat ujian tu punyalah ramai orang tunggu. komputer ada empat ajer. teruk betul company ni. kalau aku tahu aku datang lambat-lambat. lepas tu dia punya kerani mak aii garang giler. nasib baik laa tak lawa..muahaha..jahat betol..habis semua orang ditengkingnya. nasib baik laa aku tak kena marah sekali..biasalah budak-budak spm tengah aktif kan. siket-siket gelak. tengok kengkawan sebelah pun gelak-gelak. yang lawak tu, kerani garang tu siap announce lagi result bebudak yang dah amek test tu. 'gagal! tak lulus, amek lagi!' cuak ler jugak. bila sampai turn aku, terus jer aku masuk amek ujian yang paling aku tak suka ni. nasib baik soalan tak berapa susah sangat...tapi result lulus cukup-cukup makan jer. sesuai laa dengan usaha maju jaya last minute. hahaha. so lepas ni aku kena hadiri kelas amali pulak. harap-harap aku tak langgar sesiapa kat driving school tu. hahaha.

Jumaat, Januari 23, 2009

bosan

aku bosan betul hari ni. nak teruskan acara berborak dengan makcik-makcik, aku kena hold semuanya..sebab tukang-tukang review nak baca dulu hasil 'borakan' yang pertama. hari ni kat felda simpang waha cuaca agak panas. walaupun masa pi solat jumaat tadi awan mendung kelabu nampak macam nak hujan, tapi tak hujan-hujan jugak. tapi nasib baik kat dalam rumah ni tak panas walaupun takde air conditioner. malam tadi aku tidor awal sebab diserang demam selsema..jadi aku tak buat apa-apa keje sangat selain daripada melayari internet dan membaca komik dragon ball. so far aku baru jer abis baca bab son goku mengalahkan remaja syaitan pikor dalam pertandingan kungfu antarabangsa. bosan-bosan macam ni memang tak tahu nak buat apa selain membaca bahan bacaan ringan. nak tengok tv pon dah malas. dulu masa elektrik tak sampai lagi kat felda simpang waha ni, punya laa aku excited nak tengok television. bila generator dihidupkan jam 6 petang, berebut masuk rumah sebab nak tengok kartun macam teenage mutant ninja turtle, mask, etc. laa ni nak tengok kartun pun malas. kalau anime aku suka laa tengok. tu pon kadang-kadang jer. laa ni kalau tengok televisyen pon cuma buletin utama, bernama news dan awani.
disebabkan bosan giler, mulanya aku ingat nak baca buku cerita seram. aku ni tak suka sangat baca mastika sebab keseraman majalah tu tak sehebat buku cerita seram macam buku tok awang ngah dan tamar jalis. walaupun ia sebenarnya fiksyen tapi bila baca nak pergi bilik air pun takut.. mula laa mata melilau sana sini seolah-olah diperhatikan...wakakaka...dulu jiran aku pun mempunyai hobi yang lebih kurang sama. dia suka kumpul buku fiksyen seram ni. nak-nak buku tamar jalis. walaupun ramai orang kata buang karen baca buku seram, tapi ia sebenarnya memperkayakan lagi idea untuk berkarya. bila kita sudah mahir berimaginasi maka banyak laa idea mengarurt timbul untuk ditulis..muahaha...aku ni sebenarnya nak sambung siri cerita satu malam. tengah dok-dok cari idea ni...ada sapa-sapa yang nak sumbang idea tak?muahahaha...

Rabu, Januari 21, 2009

bunga-bunga cintun


hari ni aku bantai tido...sebenarnya aku kena interview makcik kat blok sebelah. depa siap datang lagi pagi tadi nak make sure sama ada jadi ke tidak. kena laa mak aku explain siket sebab aku tengah tunggu review dari chris untuk revision soalan-soalan yang telah pun aku buat kelmarin. tapi aku rasa takde masalah sangat dan banyak point yang aku boleh guna walaupun mereka tak bercakap tentang dunia moden secara langsung. tapi tak apa. lupakan sahaja seketika. at least aku boleh gak buat taik mata petang tadi selepas baca komik dragon ball episod ke 8. tadi aku dok mencari-cari kamera digital sony yang aku beli pada tahun 2005. model lama. tapi kalau baling anjing tetap tak boleh mati. aku sayang betul kamera ni. sebabnya mudah - inilah kamera digital pertama yang aku beli masa aku kat adelaide. haha. tetap ku simpan dengan baiknya. petang tadi - sebab takde keje aku pon merayap laa keliling rumah. ambik beberapa keping foto bunga-bungaan kampung yang ada di sini. antaranya ialah bunga yang satu ni. aku memang suka tengok bunganya yang merah dan dedaunnya yang berjuntai macam pokok willow. aku dah cakap dengan parents aku kelmarin suruh cari benih pokok willow macam kat bandar kota tinggi tu. cantik beb. tapi bunga ni pon cantik gak. tapi aku tak tahu apa nama pokok bunga ni. aku panggil jer bunga mercun sebab bunga tu macam mercun 'papan' yang kita orang suka main waktu kecik-kecik. kalau petang-petang, burung serindit suka datang hisap madu bunga ni.

satu lagi bunga yang ada kat tepi rumah parents aku ialah bunga klise ni. ramai orang panggil bunga ros. tapi aku bagi nama spesel - bunga abang bidin. ingat tak cerita ibu mertuaku? ala yang dialog 'ini bunga apa abang othman?'...ala watak si chombi tu? kan dia suka jerit 'abang bidinnnnnnnnnnn....' keh keh keh...tu yang aku panggil bunga abang biding. bunga ros kat rumah parents aku ni aku tengok hidup segan mati tak mahu...mungkin faktor cuaca kot..kurus-kurus jer aku tengok. bunga ros ni biasanya dikaitkan dengan alam percintaan. sapa yang sedang berasmaradana kat luar sana, cepat-cepatlah bagi bunga ros kepada teman tersayang. kalau bunga ros di pasaran mahal sangat, boleh laa hubungi aku nanti aku supply bunga ros kat tepi rumah parents aku ni. tapi lebih banyak batang pokok laa daripada bunganya. muahahaha. tapi awas jangan pulak terkena durinya yang tajam menusuk kalbu tu. apa benda laa yang aku tulis ni. sorry ler takde idea..hahaha.
selain bunga ros, ada jugak bunga kenanga. bunga yang paling aku tak suka. wangi yang amat. aku kalau benda yang terlalu wangi ni memang buat aku pening kepala serta merta. contohnya tukang sembur minyak wangi kat pusat membeli belah sogo dan mid valley. next time aku nak bawak pemukul lalat kalau aku pi sana. kalau depa degil nak sembur-sembur aku ketuk jer kepala depa dengan pemukul lalat tu. haha. bunga kenanga ni mak aku tanam kat tepi tebing hadapan rumah. dekat jer dengan parit depan tu. seperti biasa pancaran matahari yang konsisten menyebabkan bunga ni menghijau dan berbunga segar - subjek alam manusia ni. cuma tak masuk upsr jer. kalau kat ofis di malaya, kak haizan cukup suka letak kat bilik dia. nasib baik laa bilik dia tu air conditioner on selalu. jadi tak laa terlalu wangi. kalau tidak memang aku tak boleh masuk untuk apa-apa urusan. haha.

satu lagi bunga ialah bunga kebangsaan negara kita - bunga raya. sebenarnya bukan negara kita jer, tak silap hawaii pon jadikan bunga raya ni sebagai state's flower. tu yang kita selalu tengok orang-orang hawaii suka pakai bunga raya ni kat telinga - tak kira laa lelaki ke pompuan. dulu-dulu bunga raya ni famous orang suka tanam. waktu aku pergi rombongan sekolah ke KL tahun 1994 dulu, kami sempat singgah di taman bunga raya di kuala lumpur. aku pun tak ingat kat mana. tapi seronok laa jugak tengok bunga raya punya banyak. tapi bunga raya kat rumah parents aku ni takde laa banyak mana pon. ada laa dua tiga ketul. keh keh keh. satu lagi pokok bunga yang banyak kumbang ni. warna kekuning-kuningan dari jauh. memang cantik laa..tapi banyak kumbang suka datang tumpag hisap madu di taman. kadang-kadang tu siap tersesat masuk kat dalam rumah. dah ler terpaksa aku mendapatkan bantuan adik aku untuk bersilat dengan kumbang-kumbang tersebut. aku? tak boleh laa..aku bab bugs-bugs ni memang takde sapa boleh lawan dari segi bab ketakutan. keh keh keh.
tapi aku rasa farid lagi penakut dari aku kot. siap menjerit-jerit lagi nampak lipas kat rumah sewa teratak muhibbah. lipasss! lipassss! tolong haku!!! wakakaka...(putar belit fakta siket). erwanita? oh dia lagi takut dengan serangga. kalau jumpa serangga terus jer dia menari ala-ala pussycat dolls. tu yang siket-siket dun cha? dun cha?...muahahaha...sorry ler terkutuk siket..nak buat macam mana kan kalau tak bergurau tak best..okay laa..aku ada banyak keje lain nak buat..nanti sambung balik...

adus...

meletihkan. itu jer yang aku boleh cakap. aku sebenarnya paling tak suka buat transcription. nasib baik adik aku tolong. itu pon aku kena translate lagi. itu belum masuk lagi bab dia takut nak transcribe interview pasal hantu. apa laa...sapa pi suruh tulis jam 2-3 pagi. memang laa takut. siap boleh cakap kat mak aku lagi takut nak transcribe interview tu. teruk betul. balik merayap sampai malam-malam buta tak takut pulak. tapi kan memang takut bila dengar interview tu. tapi aku tak nak ler cerita kat sini sebab dengan aku-aku pun jadik takut nanti. dah ler dekat jam 12 malam tapi aku tak tido lagi. aku kena e-mail revised interview question ni secepat mungkin pada chris. lepas tu aku boleh laa relaks sekejap. goyang kaki. keh keh keh. hari sabtu ni kalau jadik, aku nak ke melaka. saje melawat negeri melaka. boleh jumpa dayang erwanita. hari tu tak cukup masa nak berborak. aku sibuk dengan komitmen lain. bila balik rumah farid dah penat. semua berdengkur awal. esok pagi aku kena getting ready with another interview. kali ni aku mesti make sure depa jawab soalan betui-betui. tak mahu ler jadi hari tu, lain aku tanya lain dia jawab. nasib baik bagi point bagus-bagus.

sejuk laa malam ni. walaupun dah dekat seminggu hujan tak turun kat felda simpang waha ni, tapi cuaca tetap sejuk. angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa bertiup all the time. tu yang buat aku nak buat taik mata jer. makan banyak pulak tu. asyik laa makan. mewah betul. kalau kat 112 lygon st, jangan harap ler. tu yang aku selalu kelihatan slim bila balik. tak sempat nak makan. kat kampung ni bangun jer dah ada sarapan kat atas meja. kira macam ada ilmu ajaib laa..hahaha. banyak variety plak tu. kalau tak balik-balik susu lembu, cereals, roti bakar, keju atau butter. bosannya. tu yang aku selalu bertandang kat kafe bawah precint. balik-balik muka aku jer yang beratur beli kopi dan donut. tadi aku menyelongkar laci kat belakang. tengok album gambar lama. maaf laa aku takde scanner kat rumah ni. kalau tak dah lama aku scan semua gambar tu. nostalgia beb. berapa ya harga scanner sekarang? cap ayam pon takpe..aku bukan nak scan gambar paris hilton. yer laa dulu mana ada kamera digital. pakai kamera biasa tu jer laa. bila habis jer amek gambar terus hantar negatif ke kedai untuk develop. bila dah siap masa t boleh laa tengok gambar tengah nampak gigi laa, tak cukup sifat laa, tersenget laa...macam-macam...ok laa..nak tido...nanti sambung lagi...haha.

Isnin, Januari 19, 2009

berborak dengan mak cik


'masuk, masuk...jangan dok kat luar..dok kat dalam ni, maaflah rumah makcik bersepah siket', sambut mak cik aishah, 50 tahun (bukan nama sebenar). dan yang paling penting, televisyen bersaiz 21 inci telah terpasang, menayangkan sebuah filem bollywood. aku pun terfikir sejenak tentang apa yang telah diperdebatkan oleh eric c. thompson (2000, p.197) tentang masyarakat melayu - khususnya yang tinggal di luar bandar. jika tetamu bertandang ke rumah, televisyen bukan sahaja bertindak sebagai sebuah aset berharga di ruang tamu, tetapi juga sebagai sebuah aksesori untuk menjadikan persekitaran pertemuan kami petang itu lebih 'hidup dan menghiburkan'. pendek kata seperti yang diakui oleh thomspon, sesuatu pertemuan itu lebih menyeronokkan dengan terpasangnya television. tidak seperti apa yang telah aku alami pada bulan mac dan april tahun lepas, siri pertemuan dengan makcik-makcik di kampung kali ini lebih mencabar. mereka banyak melontarkan idea yang lebih baik dan meyakinkan.banyak juga pandangan terbaru yang aku terima mengenai penggunaan teks-teks budaya asing. mungkin soalan interview yang telah dirombak berkali-kali telah membantu mengukuhkan respon kali ini sedikit sebanyak. pertemuan petang itu berlangsung kira-kira dua jam. walaupun penat tetapi agak berbaloi. haha.

Khamis, Januari 15, 2009

cerita di malaya

dah lama betul aku tak ke malaya dan kuala lumpur... adalah lebih kurang sekitar 6-8 bulan...banyak betul dah berubah. itu pun banyak lagi aku tak explore. tapi favourite spot aku - KL Sentral pun dah banyak berubah. tempat yang paling aku tak suka pergi - midvalley city, pun dah banyak pembangunan. hampir 3-4 jam aku melilau cari baju sebab terlalu luas dan terlalu ramai pengunjung daripada biasa. aku bertolak ke malaya pagi-pagi buta lagi. sekitar jam 9 pagi. nasib baik bapak aku nak pi tolong hantarkan aku ke sanggar kota. bila sampai cuma bas mara liner jer yang ada. masalahnya tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang. rupanya bas rosak. ceh. teruk betul. tapi yang bestnya, bas mara liner ni tak lambat macam siput. berhati-hati dan cermat depa bawak. aku sampai kat pudu raya. then aku ambik cab terus ke kl sentral. makan jap. then amek teksi terus ke dept and jumpa head. then, head ajak aku keluar minum kopi kat bangsar. selepas berborak dan berbincang tentang persediaan untuk bentang paper di serdang, farid dan tunangnya pon datang. lepas berborak lebih kurang, head pon balik rumah sementara aku, farid dan tunangnya keluar dinner somewhere kat selayang. farid makan punya laa banyak sampai aku pulak yang takut tengok. rasanya erwanita pon tak makan macam tu punya banyak. keh keh keh. tapi yang penting tak membazir! habis jer makan kita orang pun hantar tunang farid balik ke selayang. lepas tu kami pon bergerak ke rawang. pandu punya pandu, punya pandu...tak sampai-sampai..aku ingatkan rawang tu dekat jer..sekali jer punya laa jauh..rumah farid memang cantik dan tenang. takde bunyik bising. elok laa kalau buat rumah persinggahan.
tapi kejauhannya tu yang buat aku tak tahan. kalau keluar pagi memang seronok. tapi nak balik ke sana tu membuatkan hati berdebar-debar sebab tak sampai-sampai. hahaha. esok paginya farid hantar aku ke stesen komuter. hari ni aku ada lunch appointment dengan mas. so, we all pergi makan kat secret recipe. sedapnya tak terkata. habislah jugak semangkuk spaghetti aku bedal. petangnya pulak aku tunggu erwanita dan farid di stesen lrt kerinchi. lepas tu kami terus ke rawang dan makan besar di sebuah warung tepi jalan yang cukup membingitkan telinga dengan suara sumbang penyanyi 'karaoke'. sampai nak tercekik aku makan dengar depa dok nyanyi ah! ah! ah! tak berhenti-henti. hari berikutnya aku sibuk dengan event di serdang. kesian pulak aku tengok muka tak puas hati erwanita...nak buat macam mana kan. aku ingatkan dia nak datang kl bila aku selesai semua perkara. petang tu aku kena join plak head punya appoinment dengan pak cik tony. terpaksalah si erwanita dan farid join sekali. lepas tu kena pulak teman aku ke office buat preparation untuk conference esok. then pergi tesco pulak tapi tak beli pun barang yang hendak dicari. kesudahannya kami makan waffel kat depan tesco selayang sampai kenyang. lepas tu balik rumah farid memang meletihkan. aku ler yang tido paling lewat sebab nak kena siapkan slide untuk esok. paginya farid dan erwanita hantar aku ke office. head pagi-pagi lagi dah sampai...habis jer event kat serdang, head terus jer suggests aku check in terus ke hilton sbb malam tu ada dinner di putrajaya. lepas jer check in aku pun pi ler merayau sorang-sorang kat midvalley. punya laa ramai umat..sakit mata aku tengok..untuk menyelamatkan diriku dari pening sebab tengok umat ramai sangat aku pon pi ler shopping kat metrojaya..takde laa shopping pun..cuma tengok-tengok jer (tapi beli ler sehelai baju - keh keh keh). tak lama lepas tu waktu tengah tunggu lunch erwanita called dok tanya kat mana. jadi aku minta laa tolong dia dan mas pi amek aku kat midvalley. dari midvalley kami ke tempat persidangan rasmi biasa di amcorp mall. dah lama betul tak ke amcorp mall. favourite spot aku ni sejak aku undergrade lagi. masa tu baru pindah kat vista angkasa.
Housemate aku macam din dan dek suka pergi ke amcorp mall sebab ada flea market. every weekend mesti pergi. kat flea market ni aku beli macam-macam benda. antaranya ialah koleksi karakter pokemon. ada ler dekat sekotak aku simpan. patung getah tu kecik-kecik memang sesuai laa dijadikan hiasan kat komputer. tapi laa ni aku dah sumbat kat bilik belakang. habis jer bergebang sambil minum kopi kat kopitiam di amcorp mall tu, mas hantar aku dan erwan ke pj hilton. mas kena balik sebab ada hal penting katanya. so, erwan melepak ler sekejap dengan aku kat pj hilton sementara menunggu bas pukul 7.30 malam. tepat jam 6.45 aku teman dia ke bawah tahan teksi untuk ke pudu raya. lepas tu aku naik ke bilik semula dan bersiap untuk dinner di marriot, putrajaya. head ambik aku depan lobby dan kami terus ke marriot dan sampai sana tepat jam 8.30 malam. bila sampai jer majlis dah bermula 10 minit. nyanyian lagu negaraku berkumandang dan kami kena laa berdiri tegak sebagai menghormati lagu kebangsaan - sambil mata melilau mencari meja mana yang masih kosong. malam tersebut meninggalkan kenangan yang amat manis sebab kami berjaya dapat award. keh keh keh. seronok laa jugak. habis jer dinner head terus hantar aku balik ke hilton. penat betul dan keesokannya aku bangun jam 10 pagi. check out dan terus ke dept. dan print apa yang patut. malam tu aku ke rumah che we untuk tumpang tido semalam sebelum bertolak semula ke kota tinggi pada pagi hari esoknya.

Khamis, Januari 08, 2009

esok nak ke malaya

akhirnya selepas beberapa minggu aku kat felda simpang waha ni, berjaya jugak aku beli phone no. yang baru. jadi senang ler semua orang nak contact aku lepas ni. dan yang paling penting aku tak perlu mendengar erwanita dok membebel sebab susah betul nak hubungi aku, nak-nak di kawasan desa yang aman permai kat sini. haha. apa yang penting esok dia pon akan turun sekali ke kuala lumpur dan aku seperti biasa akan teman dia shopping (ke dia yang teman aku shopping?) wakakaka. aku budak baik apa. aku pun nak kena jumpa mas untuk bincang dengan dia tentang interview, nak jumpa raja untuk bergosip semasa, nak jumpa head untuk bergosip jugak (gosip tentang conference), nak jumpa si polan, si anu dan banyak lagi laa...ni aku tengah dok kemas barang apa yang perlu nak dibawak. baju rasanya 2-3 helai kot. yan glain beli jer kat kl. jeans 2 helai. towel + selimut, buku-buku teori, i-pod, etc. etc. boleh laa kot. alamak duit cukup ke? Insya'allah cukup rasanya. aku dah call parid tadi minta dia amek aku kat malaya. wah, best laa dapat naik kereta baru encik parid. hmmm..ingat nak masak spaghetti. dah lama tak masak-masak dengan budak-budak ni. keh keh keh. anyway, kena tido awal malam ni. esok nak bangun jam lima pagi. jam tujuh pagi nak kena gerak ke stesen bas ekspress di sanggar kota. naik mara linear kot? cepat siket. hehehe.

Rabu, Januari 07, 2009

segelas teh di pagi hari

semalam aku called dayang erwanita. dia dok marah aku sebab tak contact dia. alahai kan aku dah bagi no telefon aku di felda simpang waha ni kelmarin. rupanya dia lupa. nasib baik dia lupa. aku ingatkan pura-pura lupa. haha. erwanita bagi tahu yang dia pun nak naik ke KL jugak tetap pada hari jumaat. haha. mesti seronok. tapi malangnya, hari sabtu, ahad dan isnin aku ada conference. jadi cuma ada hari jumaat dan sabtu malam sahaja untuk berborak-borak. erwanita bagitahu aku yang dia dah pindah ke ofis yang lebih besar mengadap tasik. kiranya macam jabatan eksekutif laa..cuma dia agak takut sedikit sebab ada unsur-unsur mistik kat situ. tapi aku harap dia tak jadik macam pelakon cerita mistik arahan razak mohideen yang asyik menjerit tak sudah dari awal sampai habis. keh keh keh. apa cerita pula azah yang tergolek macam ayam golek jatuh tangga office kat arau? kesian pulak aku dengar ko sampai jatuh macam tu sekali. lain kali ko kena belajar macam mana nak berjalan macam tyra bank. kih kih kih.

Selasa, Januari 06, 2009

Tanya Pada Hati - Iman Xara

pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab tak nak miss sinetron habibi dan habibah. begitu sedih hingga nak terkeluaq ayaq mata nonton sinetron yang satu ni. at least, dapatlah jugak ilham untuk berkongsi emosi dan kesedihan bila bertemu dengan makcik-makcik peminat sinetron beberapa minggu lagi. aku nak try carik vcd habibi dan habibah ler nanti. kalau tak jumpa terpaksa laa aku mintak prayudi tolong carikan di indonesia. aku tak revise lagi soalan interview. aku ingat nak buat lepas pulang dari serdang dan kuala lumpur. takut nanti kalau revise awal-awal kucar kacir pulak jadinya. kak eija bagitahu aku novel dia bertajuk tanya pada hati akan keluar tak lama lagi. tak sabar gak aku nak beli dan baca. dah lama aku tak baca buku novel romantik. last year kak eija ada tanya pasal melbourne. so mesti dia ada masukkan cerita tentang melbourne kat dalam novel tu. hahaha. kalau berdasarkan blurb, novel ni mengisahkan tentang dilema orang yang nak masuk 30an tapi tak kawin-kawin (aku muda lagi okay)..jadi kepada semua member-member kat luar sana tu, kalau nak tahu cerita lanjut 'Tanya Pada Hati' karya iman xara silalah dapatkannya di pasaran. tak silap 10 januari ini. novel romantik ini sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada kekasih hati. keh keh keh. teruk betul promosi aku. wakakaka..berikut adalah sinopsis lengkap mengenai 'Tanya Pada Hati' karya Iman Xara.

kata orang jodoh pun kena dicari...kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...Banyak betul kata orang. Inilah dilema seorang akauntan, Farisya Ibrahim. Kerjanya yang berdepan dengan angka-angka membuat dia terlupa pada ‘angkanya’ sendiri. Sedar-sedar umur sudah melangkah ke ambang 30-an!Lalu, kenapa pula dia harus berlengah waktu, bilamana pilihan sudah menunggu? Farisya Ibrahim! Tidak pernah sekali pun dia pernah bercinta, apatah lagi untuk pernah putus cinta. Namun, kenapa pula hatinya sukar ditembusi? Sakit apakah ini? Apa yang menyukarkan dia memilih? dia bukannya tidak cantik dia bukannya tidak menarik dia gadis periang yang sangat disenangi! Jadi, kenapa hatinya harus dibiarkan terkatup tertutup? Tanyalah pada hati... lalu apa jawabnya hati?


**Tanya pada Hati, bukannya tulisan pertama IMAN XARA. Kematangan IMAN XARA terserlah pada keupayaannya membina watak utama yang mantap dalam novelnya ini. ISBN: 978-967-5118-14-2 --Harga: RM20.00

koleksi vcd yang digemari

selain surat-surat lama, satu-satunya koleksi anime jepun yang paling aku sayang ialah cardcaptor sakura. menjenuh juga lah aku nak kumpul siri lengkap anime sakura ni. satu kedai vcd/dvd kat KL aku merayau cari animasi ni. nasib baik ler amad, kamarul dan mazilah (juga peminat setia cardcaptro sakura) tolong aku carik. akhirnya jumpa jugak kesemua 31 episod. mula-mula aku tak berapa minat denga anime ni. tapi bila aku dok tengok din, jahari dan kamarul setia berkumpul pada hujung minggu tengok anime ni aku pon start ler tertarik. siap tukar-tukar lagi dengan kamarul kalau ada episod yang termiss. dulu masa sewa kat vista angkasa, kerinchi tu kami semua memang berpakat jangan beli televisyen sampai laa kita orang graduate. jadi, alternatif yang paling baik ialah menonton melalui vcd. hampir dua ratus ringgit lebih laa jugak aku spend untuk kumpul anime sakura ni. watak yang aku paling minat tentulah syaoran dan kero chan. boleh dikatakan aku tengok anime ni tiap-tiap malam dengan amad bila habis jer semester akhir. sementara nak tunggu graduate wakakaka. satu lagi, duit yang aku guna untuk beli koleksi aime sakura ni ialah menerusi duit gaji aku sebagai pembantu penyelidik dengan datuk dr ramlah adam. masa tu dia masih lagi profesor di jabatan sejarah. laa ni dengarnya dia dah jadik rektor kolej yayasan melaka. lama tak jumpa tok ram. apa cerita dia agaknya. p.s- sorry ler azah, aku bukan kedekut nak bagi ko pinjam, aku takut terhilang - biasalah masa tu kan baru lagi..keh keh keh...

Isnin, Januari 05, 2009

surat-surat lama

tadi aku ke bilik menyelongkar segala khazanah yang telah terkumpul sejak di sekolah menengah lagi. antara koleksi yang aku rasa amat berharga ialah koleksi surat-surat lama dari kawan-kawan jauh dan dekat. kalau nak dihitung ada lebih daripada 50 pucuk surat bertulis tangan. ini bukan kad ucapan selamat hari raya tau. ini surat bertanya khabar berita yang ditulis guna pen dakwat kering dan basah. sekarang semua orang guna e-mail atau pun social networking seperti friendster, hi5 dan facebook. waktu zaman aku dulu mana ada benda-benda macam ni. cuma menjelang tahun 1999 jer aku baru tahu consume internet dengan sepenuhnya. itu pun lepas masuk kelas teknologi maklumat 2 jam kredit dengan puan ruzita ramli. yang paling seronok ialah bila kita baca balik surat-surat ni. memang lawak. masa tu boleh kenal member mana satu yang jiwang karat dan yang mana satu bagi surat macam karangan budak sekolah bercintan-cintun. wakakaka. rasa surat terawal dalam koleksi aku ialah pada tahun 1994 dan yang paling latest ialah tahun 2004....lepas tahun 2004 tu semua orang dah pakai internet atau cell phone untuk berhubung. ..surat dalam koleksi aku ni kebanyakannya ditulis guna note pad yang ada garis-garis tu.
ada juga yang ditype cantik menggunakan komputer. adakalanya surat terpaksa diutuskan lantaran e-mail yang dihantar tak berbalas. bila surat yang dihantar dibalas semula, ada sahaja cerita seperti terlupa password atau e-mail tak aktif, no telefon bertukar dan lain-lain lagi. sampul surat pula pelbagai. dari yang berwarna biru dan bercop airmail, sehinggalah sampul biasa berwarna coklat. ada yang besar dan ada yang kecil. yang lawak tu, sampul surat besar gajah tapi suratnya satu page jer. bagi yang kreatif, siap guna helaian majalah berwarna untuk menghasilkan sampul surat. macam-macam cerita yang dikongsi. belajar dimana sekarang? tengah buat apa sementara tunggu keputusan stpm? dah tahu ke si polan tu dah bertunang? dia dah ada anak satu laaa ni.... eh betul ke kau makin hensem sekarang?wakakaka....pendek kata, macam-macam cerita laa...sekarang ni bila dah ada e-mail, surat tulisan tangan menggunakan pos amat terhad dihasilkan. kalau ada pun kebanyakan orang lebih gemar type menggunakan pc, print out, sign and masukkan dalam envelope, seal, tampal setem dan pos ke dalam mail box. paling kuat pun, surat saman, surat bank, surat insurans, surat tawaran, kad raya, kad jemputan kawin, kad undangan ke majlis tertentu tetapi tidak surat tulisan tangan bertanya khabar berita.

rombongan cik kiah ke kuala lumpur

aku sebenarnya kalau dah lama dok kat felda simpang waha ni, memang malas betul nak pi KL. dah laa takde sapa-sapa lagi kat KL tu..lagi laa malas aku nak pi buat rombongan cik kiah. tapi takpe nanti aku nak tumpang tidur kat rumah farid laa (itu pon kalau dia tak kemut)...maklumlah orang dah bertunang dengan dirasmikan pegawai daerah rembau...berlagak betul..muahahahaha....aku ingat nak stay dalam 4-5 hari kot. lepas tu aku blah ler balik kampung. dan aku boleh mulakan semua kerja-kerja aku yang lama tertangguh. kalau tak disebabkan hal kat serdang, baik aku merambu kat kampung lagi best..hari ni mendung tak bererti hujan. tapi rasanya akan hujan jugak kot kalau diteliti tahap kemendungan kat luar tu. tapi yang best angin sepoi-sepoi bahasa. hari ni budak-budak sekolah mulakan pengajian. apa khabar cikgu-cikgu di luar sana? - terutama kak gie - keh keh keh.. mesti excited nak mengajar murid-murid sekolah. kalau anak murid melawan kena banyak bersabar. gunakan pendekatan psikologi pendidikan. keh keh keh. apa khabar che erwanita kita? lama betul tak dengar khabar berita. mesti sedang berkerja dalam suasana gilang gemilang - keh keh keh..jangan marah aaaa....apa cerita pula rakan-rakan yang lain seperti miss? dah bersiap sedia untuk kembali ke kano state? haha..apa laa aku ni, dok tanya benda yang bukan-bukan, sebenarnya takde idea nak tulis hapa..

Ahad, Januari 04, 2009

Masih di Felda Simpang Waha

sebenarnya aku ada appointment pagi ni tapi tak dapat nak pergi sebab ada benda lain aku nak buat. rasanya hari ni aku nak siapkan semua kerja-kerja yang sepatutnya sebelum aku ke kuala lumpur hari khamis ini. bila dah siap senang sikit aku nak buat kerja-kerja penyelidikan. tapi yang penting aku nak pergi beli laser jet printer. susah betul kalau takde printer - nak print out soalan interview untuk makcik-makcik terpilih. felda simpang waha lately agak sejuk. hujan dan berangin. ni sambil menikmati teh diwaktu pagi, aku sedang menghirup udara segar dan mendengar lagu klasik - di suatu masa, dendangan hasnah tahar. tak silap dirakamkan sekitar tahun 1950an. cuaca macam ni mengingatkan aku waktu sekolah rendah sekitar pertengahan hingga lewat tahun 80an di sekolah kebangsaan bandar easter. dulu-dulu waktu cuti sekolah laa paling seronok. mana tak seronoknya cuti sampai dua bulan lebih. awal januari baru masuk sekolah. masa nak masuk sekolah ni sibuk laa mak bapak datang ke sekolah untuk uruskan pembayaran yuran dan peralatan sekolah dengan cikgu kelas masing-masing. mula-mula jer.

bila dah masuk tahun 5 dan 6 semuanya aku uruskan sendiri. aku ingat lagi masa sekolah buka pada tahun 1990, aku dengan zaki pergi ke sekolah bayar yuran pengajian, etc. etc. masa tu hujan turun renyai-renyai dan padang sekolah penuh dengan lecak dan basah. macam sekarang laa ni. angin bertiup best betul. tapi ia bukanlah satu halangan. masa tu kami dah masuk tahun 6. dan ia merupakan tahun terakhir kami kat sekolah kebangsaan bandar easter ni. sekarang sekolah kebangsaan bandar easter dah banyak berubah. dulu padang sekolah tu aku rasa macam besar giler, laa ni kecik jer aku tengok. nak buat sukan antara sekolah peringkat zon sedili pun aku rasa macam tak muat jer. tapi yang paling penting skbe berjaya mendapat anugerah sekolah cemerlang untuk kategori felda bagi tahun 2008. tahniah ler diucapkan. rasanya anugerah tu sepatutnya dah lama dapat. keh keh keh. aku dan member-member seangkatan tumpang bangga beb.

kalau diperhatikan foto entrance sekolah kebangsaan bandar easter ni, dulu adalah kawasan 'rumah merah' - nama pasukan yang bertanding untuk acara sukan tahunan. kat sinilah aku tiap-tiap pagi membersihkan kawasan tersebut sekitar tahun 1987-1990. tapi, seperti yang didakwa oleh miss, aku selalu datang lambat, jadi tugas tu boleh ler dilupakan secara tak langsung. wakakaka. entah hapa-hapa laa dulu, ada tukang kebun pon tak nak guna secara efektif. ada ke ke murid-murid disuruh kutip sampah. tapi kira allrite ler tu sebagai galakan menjaga kebersihan. sebabnya mudah jer - murid-murid yang suka buat sampah walaupun bukan semua - aku terkecuali ler sebab aku kenal apa itu tong sampah. haha. jika dihitung dari tahun aku meninggalkan sekolah kebangsaan bandar easter - 1990, tahun ni genaplah 20 tahun. lama betul tu. kira dah masuk status murid tua laa ni. wakakaka - i don't want to grow up wendy!

Jumaat, Januari 02, 2009

Masjid Jamek Felda Gugusan Waha

tadi aku pergi solat jumaat dengan miss kat masjid jamek gugusan waha yang terletak betul-betul kat atas bukit yang menjadi penanda sempadan antara felda simpang waha, felda bukit waha dan felda bukit easter. dah lama betul tak solat kat masjid ni sejak aku kerja di kuala lumpur. miss kata rindu betul nak dengar suara pak khatib - tuan hj elyas bin dapa keh keh keh. tapi seperti biasa masjid yang penuh dengan budak-budak memang laa bising siket. tapi nak buat macam mana kan dulu aku pun macam tu gak, tapi takde laa bising banget macam hari ni. hahaha. disebabkan hari biasa - bukan hari raya, jadi tak ramai insan-insan yang dikenali yang boleh ditemui. tambahan lagi, felda simpang waha akan membina masjid sendiri. dan sekarang pun solat jumaat sudah pun terlaksana di surau felda simpang waha. dulu masa aku sekolah kat smkbe, aku selalu pergi solat jumaat jalan kaki jer, dan kadang-kadang naik motor. lagi pun malas nak patah balik sebab lepas habis solat jumaat terus ke smkbe atau lepas kelas tamat di smkbe terus sahaja ke masjid. mula-mula susah juga nak biasakan lantaran polisi hari jumaat adalah hari berkerja hanya dilakukan pada sekitar tahun 1994 kalau tak silap. sebelum ni, hari jumaat adalah hari cuti di johor. sebab tu bila aku baca buku teks waktu sekolah rendah, - 'hari ini hari ahad. perhimpunan sekolah akan diadakan seperti biasa' - aku pun tertanya kenapa orang pergi sekolah hari ahad. bila dah lama-lama baru aku perasan kat johor, kedah, dan kelantan melaksanakan sistem cuti hari jumaat dan berkerja pada hari ahad. keh keh keh..naif nya aku masa tu!

Terkenang Semasa Dulu (siri 6): Dari Maktab Adabi Maharani ke Universiti Malaya


'I have called the UPU just to figure out a result of my application. what a surprised, I really not expected that I will get a place in the University of Malaya. My heart sank for a moment as I too scared if I can't do this. No, you have to fight all the negative part in your head. Insya'allah you shall be more succeed this time.' haha. coretan ini aku tulis pada hari sabtu, 8 Mei 1999. memang lawak masa tu sebab aku pada tahap 'desperate' nak masuk universiti. bukan apa, selepas trauma dengan apa yang berlaku di ITM pada tahun 1996. satu lagi aku takut bila dengar nama universiti malaya ni sebab apa yang aku dapat bayangkan pada masa tu ialah mesti susah nak study sebab ia adalah universiti nombor satu di malaysia. seperkara lagi ialah aku teringin nak ke universiti sains malaysia kerana kursus pengajian komunikasi mereka dikatakan yang terbaik di malaysia. jadi untuk mengelakkan rasa takut, aku telah berjumpa dengan bakal senior iaitu kak rahimah mohammad, kakak kepada bekas classmate aku waktu menuntut di sekolah menengah kebangsaan bandar easter, norfaezah mohammad. ketika bertemu dengan kak rahimah aku telah bertanyakan tentang kursus dan sukatan akademik pengajian media di fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. nasib aku agak baik sebab kak rahimah berjaya meyakinkan aku tentang kursus tersebut.

aku bertolak ke universiti malaya pada 21 mei 1999 dengan ditemani abah, sahabat baik aku zaki yang ketika itu sedang menuntut di UTM skudai, adik aku bad dan juga encik razali, bapa kepada sahabat baikku juga, syamsudin yang bertindak sebagai driver. kami bertolak pada jam 10 malam lebih kurang kerana takut terlewat untuk sesi pendaftaran. bila aku ingatkan semula perjalanan kali ini rasanya cukup berbeza dengan apa yang telah aku tempuhi sewaktu pergi ke ITM dahulu. mungkin kehidupan di maktab adabi maharani muar telah memberikan aku cukup persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan di universiti malaya. sewaktu abah nak balik pun aku tak rasa takut dan sedih (sebenarnya menangis bagai nak gila) waktu kat ITM dulu. memang bodoh. hahaha. pelajar baru yang mula-mula menegur aku sewaktu aku masuk ke kolej kediaman ke 4, UM ialah loh chun chuan - yang mengikuti kursus pengajian melayu di akademi pengajian melayu (APM). loh cukup baik dengan aku dan kami berada dalam sel (kumpulan) yang sama ketika minggu orientasi. dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini dan beliau telah beberapa kali berkunjung ke rumahku di felda simpang waha ini. sekarang loh bertugas sebagai seorang guru bahasa melayu di sekolah jenis kebangsaan cina di pulau pinang.

seorang lagi pelajar baru yang rapat denganku ketika minggu orientasi ialah helmi atau nama singkatnya tok met. dia bukanlah pelajar baru pun sebab dia baru menyudahkan program asasi sains di UM. cuma dia bertukar kolej dari kolej kediaman ke 3 (Kurshiah) ke kolej kediaman ke 4 (Bestari). tok met mengikuti kursus kritikal - sains farmasi di fakulti perubatan (kini dia bertugas sebagai pegawai farmasi di jabatan kerajaan di shah alam) dan melalui beliau aku mengenali begitu ramai pelajar farmasi sehinggakan orang ingat aku pun ambik kursus farmasi (terharu aku dengar). dan paling lawak tok met jadi roommate aku di kolej. seorang lagi roommate aku ialah kamaruddin - juga mengambil kursus farmasi cuma dia mengikuti program asasi sains di kolej mara banting (kini din bertugas di hospital miri sarawak). melalui kamaruddin aku mengenali jahari (sains pendidikan - kimia, kini mengajar tingkatan 6 aliran sains di sabah) dan hisham atau lebih senang dipanggil e-she (dentist - kini mengajar di universiti sains islam malaysia atau USIM). seorang lagi ialah izwan (juga mengikuti kursus farmasi dan kini bertugas di salah sebuah hospital di perlis) dan frederik (yang mengambil kursus mikrobiologi di fakulti sains - bertugas di salah sebuah hospital di sabah).

pendek kata cuma aku dan loh sahaja yang mengambil kursus 'humanities' atau kemanusiaan dan dikelilingi oleh pelajar-pelajar aliran sains kritikal. jadi kadang-kadang tu adalah jugak timbul rasa rendah diri sebab peluang pekerjaan untuk pelajar aliran humanities ni agak mencabar dan tak boleh goyang kaki. pendaftaran untuk masuk kursus di jabatan pengajian media agak mengharukan sebab terlalu ramai yang nak daftar. apatah lagi, intake utk batch tahun 1999/2000 adalah yang teramai dalam sejarah. sehingga satu keputusan telah diambil iaitu hanya yang mereka yang memperolehi keputusan sekurang-kurangnya B dalam subjek STPM bahasa melayu atau kesusasteraan melayu yang layak untuk mendaftar. jadi, bilangan yang mula menyibuk sejak jam 6 pagi telah beransur-ansur susut. sesi tolak menolak dan jerit menjerit sesama sendiri di hadapan dewan kuliah A beransur pulih. tapi yang seronoknya, aku dapat ramai kenalan baru ketika mendaftar sebagai pelajar di jabatan pengajian media, fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. antaranya ialah ropikah ahmad (kini bertugas di unit media, UMNO Malaysia), mariana abdul manap (guru di puchong, selangor), siti nurbainah (kolej telekom), Norfalilah (taman teknologi Malaysia), siti shafarah (perpustakaan negara malaysia), arni (radio televisyen malaysia), ya yin (monash university, malaysia campus), azlina mazlin alias (cosmopoint college), ahmad najahalhayyi (UTM skudai), norazah jaapar (PTD, perlis), norhalis (commercial bank), farid (PTPL college), shahrizal halid (guru di johor bahru), ahmad rizal (guru di pulau pinang), zulhilizan (universiti malaysia perlis), khairul riza (editor majalah), dan ramai lagi. aku pun tak berapa ingat sebab dah lama sangat tapi kalau jumpa aku mesti ingat muka -muka depa ni.

kehidupan di kolej ke 4 memang lawak. selain tak aktif langsung dalam sebarang aktiviti kolej, aku asyik buat bodoh jer setiap kali pengumuman dibuat oleh penyelia. aku pun tak ingat sapa penyelia kolej ke 4 tu melainkan tuan haji ghazali - pensyarah di fakulti pendidikan. kesudahannya tak dapat tinggal dikolej lagi selepas setahun. jadi, aku, din, tok met dan jahari pun pergi laa mencari tempat tinggal kat luar. yang paling ngetop untuk budak-budak UM tentulah vista angkasa. menerusi seorang ejen hartanah, kami berjaya mendapatkan sebuah unit di blok 3, vista angkasa. aku ingat lagi no rumah tu, 3-13-6. kami berpindah pada semester pertama, tahun kedua pengajian. antara member lain yang turut tinggal di vista angkasa ialah dua orang member dari sarawak shamsul (kini bertugas sebagai guru di MRSM kuching) dan bustaman (juga bertugas sebagai guru tetapi di sarikei) tetapi mereka tinggal di blok 4. aku dan shamsul jadi geng baik sewaktu kami sama-sama tinggal di kolej 4. aku ingat lagi sewaktu dia jatuh tangga sampai patah kaki. kelakar betul. dan yang paling sedih akibat aku gelakkan dia ialah bila aku pulak yang patah tangan pada semester pertama tahun kedua. akibat kejadian yang malang dan mengharukan itu, aku pun tangguh satu semester.

belajar kat universiti malaya ni memang unik. al-maklumlah, selain daripada pesta merebut kursus (ada yang sanggup tidur di padang dari jam 12 tengah malam), yang paling seronok ialah pesta konvokesyen. aku dan tok met selalu pergi ke feskum (festival konvokesyen universiti malaya) sebab nak makan-makan sambil tengok apa yang ada. mula-mula pergi memang laa rasa seronok. tapi bila tiap-tiap tahun tengok tema sama jer (rasanya pasar tani lebih menarik) terus malas nak pergi. kalau pergi pon sebab nak meraikan member graduate. tapi yang betul-betul seronok ialah bila student keluar dari dewan tunku canselor. masa tu kesesakan lalu lintas boleh berlaku sekitar 4-5 jam. disebabkan aku tangguh satu semester, jadi aku graduate lewat setahun daripada yang dijangkakan. tapi aku tetap pergi meraikan member-member sekuliah seperti ika dan shamsul yang graduate pada tahun 2002. semester terakhir di universiti malaya memang menyeronokkan. di sini aku telah berkenalan dengan rapat dengan erwan atau nama divanya - erwanita (beliau kemudiannya menjadi housemate aku), sewaktu kami sama-sama mengambil subjek sejarah sosial india moden. perkara lucu yang selalu buat aku gelak bila terkenang semula ialah copkan dia seat sebab dia selalu banget datang lewat. walaupun erwanita sudah tidak lagi berkerja satu bumbung dengan aku (kini dia bertugas di uiversiti teknikal malaysia - UTeM), tapi kami tetap berhubung - tukar-tukar cerita.

pada 16 ogos 2004 aku berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda sastera (hons.) selepas berhempas pulas selama 4 tahun. aku ingat lagi sehari sebelum konvokesyen tu aku, amad dan mary pergi ke petaling street beli bunga. lepas tu kita orang tukar-tukar bunga tu sesama sendiri. begitu teruknya perangai kami masa tu. keh keh keh. ramai juga member yang datang meraikan hari yang sangat menyeronokkan bagi aku. elis dan azah juga datang. dan yang paling memeranjatkan ialah michele, gadis tionghua yang cukup cute dan selalu membantu aku ketika melakukan fieldwork di taman sentosa pj. ke mana dia sekarang, rindu betul nak jumpa dia. selain aku, yang turut menamatkan pengajian ialah loh chun chuan, erwanita, tok met, din, jahari, mazilah (isteri kamarul dan kini bertugas di seri negeri, melaka), dan ramai lagi. sebenarnya belajar di universiti memang seronok dan meninggalkan banyak kenangan manis. selain daripada tidak terikat dengan kelas dan homework seperti di sekolah biasa, universiti menjanjikan lebih banyak ruang untuk berfikir secara kritis dan menangani masalah secara ideal bersandarkan kepada fakta dan rationality. dan yang paling penting, universiti memberikan aku banyak peluang untuk membina persahabatan dengan begitu ramai insan tanpa mengira ideologi, bangsa dan agama. pendek kata - yang pertama, yang perdana - itulah universiti malaya. p.s - foto-foto adalah ehsan erwanita :P