'I have called the UPU just to figure out a result of my application. what a surprised, I really not expected that I will get a place in the University of Malaya. My heart sank for a moment as I too scared if I can't do this. No, you have to fight all the negative part in your head. Insya'allah you shall be more succeed this time.' haha. coretan ini aku tulis pada hari sabtu, 8 Mei 1999. memang lawak masa tu sebab aku pada tahap 'desperate' nak masuk universiti. bukan apa, selepas trauma dengan apa yang berlaku di ITM pada tahun 1996. satu lagi aku takut bila dengar nama universiti malaya ni sebab apa yang aku dapat bayangkan pada masa tu ialah mesti susah nak study sebab ia adalah universiti nombor satu di malaysia. seperkara lagi ialah aku teringin nak ke universiti sains malaysia kerana kursus pengajian komunikasi mereka dikatakan yang terbaik di malaysia. jadi untuk mengelakkan rasa takut, aku telah berjumpa dengan bakal senior iaitu kak rahimah mohammad, kakak kepada bekas classmate aku waktu menuntut di sekolah menengah kebangsaan bandar easter, norfaezah mohammad. ketika bertemu dengan kak rahimah aku telah bertanyakan tentang kursus dan sukatan akademik pengajian media di fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. nasib aku agak baik sebab kak rahimah berjaya meyakinkan aku tentang kursus tersebut.
aku bertolak ke universiti malaya pada 21 mei 1999 dengan ditemani abah, sahabat baik aku zaki yang ketika itu sedang menuntut di UTM skudai, adik aku bad dan juga encik razali, bapa kepada sahabat baikku juga, syamsudin yang bertindak sebagai driver. kami bertolak pada jam 10 malam lebih kurang kerana takut terlewat untuk sesi pendaftaran. bila aku ingatkan semula perjalanan kali ini rasanya cukup berbeza dengan apa yang telah aku tempuhi sewaktu pergi ke ITM dahulu. mungkin kehidupan di maktab adabi maharani muar telah memberikan aku cukup persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan di universiti malaya. sewaktu abah nak balik pun aku tak rasa takut dan sedih (sebenarnya menangis bagai nak gila) waktu kat ITM dulu. memang bodoh. hahaha. pelajar baru yang mula-mula menegur aku sewaktu aku masuk ke kolej kediaman ke 4, UM ialah loh chun chuan - yang mengikuti kursus pengajian melayu di akademi pengajian melayu (APM). loh cukup baik dengan aku dan kami berada dalam sel (kumpulan) yang sama ketika minggu orientasi. dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini dan beliau telah beberapa kali berkunjung ke rumahku di felda simpang waha ini. sekarang loh bertugas sebagai seorang guru bahasa melayu di sekolah jenis kebangsaan cina di pulau pinang.
seorang lagi pelajar baru yang rapat denganku ketika minggu orientasi ialah helmi atau nama singkatnya tok met. dia bukanlah pelajar baru pun sebab dia baru menyudahkan program asasi sains di UM. cuma dia bertukar kolej dari kolej kediaman ke 3 (Kurshiah) ke kolej kediaman ke 4 (Bestari). tok met mengikuti kursus kritikal - sains farmasi di fakulti perubatan (kini dia bertugas sebagai pegawai farmasi di jabatan kerajaan di shah alam) dan melalui beliau aku mengenali begitu ramai pelajar farmasi sehinggakan orang ingat aku pun ambik kursus farmasi (terharu aku dengar). dan paling lawak tok met jadi roommate aku di kolej. seorang lagi roommate aku ialah kamaruddin - juga mengambil kursus farmasi cuma dia mengikuti program asasi sains di kolej mara banting (kini din bertugas di hospital miri sarawak). melalui kamaruddin aku mengenali jahari (sains pendidikan - kimia, kini mengajar tingkatan 6 aliran sains di sabah) dan hisham atau lebih senang dipanggil e-she (dentist - kini mengajar di universiti sains islam malaysia atau USIM). seorang lagi ialah izwan (juga mengikuti kursus farmasi dan kini bertugas di salah sebuah hospital di perlis) dan frederik (yang mengambil kursus mikrobiologi di fakulti sains - bertugas di salah sebuah hospital di sabah).
pendek kata cuma aku dan loh sahaja yang mengambil kursus 'humanities' atau kemanusiaan dan dikelilingi oleh pelajar-pelajar aliran sains kritikal. jadi kadang-kadang tu adalah jugak timbul rasa rendah diri sebab peluang pekerjaan untuk pelajar aliran humanities ni agak mencabar dan tak boleh goyang kaki. pendaftaran untuk masuk kursus di jabatan pengajian media agak mengharukan sebab terlalu ramai yang nak daftar. apatah lagi, intake utk batch tahun 1999/2000 adalah yang teramai dalam sejarah. sehingga satu keputusan telah diambil iaitu hanya yang mereka yang memperolehi keputusan sekurang-kurangnya B dalam subjek STPM bahasa melayu atau kesusasteraan melayu yang layak untuk mendaftar. jadi, bilangan yang mula menyibuk sejak jam 6 pagi telah beransur-ansur susut. sesi tolak menolak dan jerit menjerit sesama sendiri di hadapan dewan kuliah A beransur pulih. tapi yang seronoknya, aku dapat ramai kenalan baru ketika mendaftar sebagai pelajar di jabatan pengajian media, fakulti sastera dan sains sosial, universiti malaya. antaranya ialah ropikah ahmad (kini bertugas di unit media, UMNO Malaysia), mariana abdul manap (guru di puchong, selangor), siti nurbainah (kolej telekom), Norfalilah (taman teknologi Malaysia), siti shafarah (perpustakaan negara malaysia), arni (radio televisyen malaysia), ya yin (monash university, malaysia campus), azlina mazlin alias (cosmopoint college), ahmad najahalhayyi (UTM skudai), norazah jaapar (PTD, perlis), norhalis (commercial bank), farid (PTPL college), shahrizal halid (guru di johor bahru), ahmad rizal (guru di pulau pinang), zulhilizan (universiti malaysia perlis), khairul riza (editor majalah), dan ramai lagi. aku pun tak berapa ingat sebab dah lama sangat tapi kalau jumpa aku mesti ingat muka -muka depa ni.
kehidupan di kolej ke 4 memang lawak. selain tak aktif langsung dalam sebarang aktiviti kolej, aku asyik buat bodoh jer setiap kali pengumuman dibuat oleh penyelia. aku pun tak ingat sapa penyelia kolej ke 4 tu melainkan tuan haji ghazali - pensyarah di fakulti pendidikan. kesudahannya tak dapat tinggal dikolej lagi selepas setahun. jadi, aku, din, tok met dan jahari pun pergi laa mencari tempat tinggal kat luar. yang paling ngetop untuk budak-budak UM tentulah vista angkasa. menerusi seorang ejen hartanah, kami berjaya mendapatkan sebuah unit di blok 3, vista angkasa. aku ingat lagi no rumah tu, 3-13-6. kami berpindah pada semester pertama, tahun kedua pengajian. antara member lain yang turut tinggal di vista angkasa ialah dua orang member dari sarawak shamsul (kini bertugas sebagai guru di MRSM kuching) dan bustaman (juga bertugas sebagai guru tetapi di sarikei) tetapi mereka tinggal di blok 4. aku dan shamsul jadi geng baik sewaktu kami sama-sama tinggal di kolej 4. aku ingat lagi sewaktu dia jatuh tangga sampai patah kaki. kelakar betul. dan yang paling sedih akibat aku gelakkan dia ialah bila aku pulak yang patah tangan pada semester pertama tahun kedua. akibat kejadian yang malang dan mengharukan itu, aku pun tangguh satu semester.
belajar kat universiti malaya ni memang unik. al-maklumlah, selain daripada pesta merebut kursus (ada yang sanggup tidur di padang dari jam 12 tengah malam), yang paling seronok ialah pesta konvokesyen. aku dan tok met selalu pergi ke feskum (festival konvokesyen universiti malaya) sebab nak makan-makan sambil tengok apa yang ada. mula-mula pergi memang laa rasa seronok. tapi bila tiap-tiap tahun tengok tema sama jer (rasanya pasar tani lebih menarik) terus malas nak pergi. kalau pergi pon sebab nak meraikan member graduate. tapi yang betul-betul seronok ialah bila student keluar dari dewan tunku canselor. masa tu kesesakan lalu lintas boleh berlaku sekitar 4-5 jam. disebabkan aku tangguh satu semester, jadi aku graduate lewat setahun daripada yang dijangkakan. tapi aku tetap pergi meraikan member-member sekuliah seperti ika dan shamsul yang graduate pada tahun 2002. semester terakhir di universiti malaya memang menyeronokkan. di sini aku telah berkenalan dengan rapat dengan erwan atau nama divanya - erwanita (beliau kemudiannya menjadi housemate aku), sewaktu kami sama-sama mengambil subjek sejarah sosial india moden. perkara lucu yang selalu buat aku gelak bila terkenang semula ialah copkan dia seat sebab dia selalu banget datang lewat. walaupun erwanita sudah tidak lagi berkerja satu bumbung dengan aku (kini dia bertugas di uiversiti teknikal malaysia - UTeM), tapi kami tetap berhubung - tukar-tukar cerita.
pada 16 ogos 2004 aku berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda sastera (hons.) selepas berhempas pulas selama 4 tahun. aku ingat lagi sehari sebelum konvokesyen tu aku, amad dan mary pergi ke petaling street beli bunga. lepas tu kita orang tukar-tukar bunga tu sesama sendiri. begitu teruknya perangai kami masa tu. keh keh keh. ramai juga member yang datang meraikan hari yang sangat menyeronokkan bagi aku. elis dan azah juga datang. dan yang paling memeranjatkan ialah michele, gadis tionghua yang cukup cute dan selalu membantu aku ketika melakukan fieldwork di taman sentosa pj. ke mana dia sekarang, rindu betul nak jumpa dia. selain aku, yang turut menamatkan pengajian ialah loh chun chuan, erwanita, tok met, din, jahari, mazilah (isteri kamarul dan kini bertugas di seri negeri, melaka), dan ramai lagi. sebenarnya belajar di universiti memang seronok dan meninggalkan banyak kenangan manis. selain daripada tidak terikat dengan kelas dan homework seperti di sekolah biasa, universiti menjanjikan lebih banyak ruang untuk berfikir secara kritis dan menangani masalah secara ideal bersandarkan kepada fakta dan rationality. dan yang paling penting, universiti memberikan aku banyak peluang untuk membina persahabatan dengan begitu ramai insan tanpa mengira ideologi, bangsa dan agama. pendek kata - yang pertama, yang perdana - itulah universiti malaya. p.s - foto-foto adalah ehsan erwanita :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan