semalam aku called dayang erwanita. dia dok marah aku sebab tak contact dia. alahai kan aku dah bagi no telefon aku di felda simpang waha ni kelmarin. rupanya dia lupa. nasib baik dia lupa. aku ingatkan pura-pura lupa. haha. erwanita bagi tahu yang dia pun nak naik ke KL jugak tetap pada hari jumaat. haha. mesti seronok. tapi malangnya, hari sabtu, ahad dan isnin aku ada conference. jadi cuma ada hari jumaat dan sabtu malam sahaja untuk berborak-borak. erwanita bagitahu aku yang dia dah pindah ke ofis yang lebih besar mengadap tasik. kiranya macam jabatan eksekutif laa..cuma dia agak takut sedikit sebab ada unsur-unsur mistik kat situ. tapi aku harap dia tak jadik macam pelakon cerita mistik arahan razak mohideen yang asyik menjerit tak sudah dari awal sampai habis. keh keh keh. apa cerita pula azah yang tergolek macam ayam golek jatuh tangga office kat arau? kesian pulak aku dengar ko sampai jatuh macam tu sekali. lain kali ko kena belajar macam mana nak berjalan macam tyra bank. kih kih kih.
1 ulasan:
ofis kat kangar la yang oiii. aku dah demam, nak wat camner.huhuhu. permohonan pindah aku tak diluluskan oleh ministry lak tu.
Catat Ulasan