hari ni bangun lewat...semuanya disebabkan oleh pakaian yang tak berbasuh dekat seminggu...jadi aku terpaksa ler menunggu sehingga jam 12 tengah malam untuk clearkan semuanya...tapi yang seronok tu aku sempat gak menonton satu lagi drama korea bertajuk 'my name is kim sam soon' yang direcommendkan oleh eliz beberapa minggu yang lalu...not bad..dan seperti biasa cinta dan keluarga akan menjadi topik utama...pagi ni tiba-tiba pulak aku teringat nak makan custard doughnut yang dijual kat kafe uni...tapi bila tengok wallet rupanya takde duit langsung....jadi terpaksa laa aku menapak ke atm machine...tiba-tiba lak atm machine tu buat hal..rosak...bodoh! - jerit aku dalam hati...kang aku jerit kuat-kuat orang ingat aku mental plak..cis, semuanya kerana nak makan custard doughnut punya pasal..nasib baik mesin atm tu tak jauh..kalo tak aku akan menyumpah-nyumpah lagi hebat..wakakaka.....lepas tu aku pi masuk bank dan amek duit kat kaunter lagi senang....sebenarnya nak amek $20 jer, tapi mulut aku plak gatal sebut $50...adusss...aku baru ingat nak berjimat..tapi tak boleh ler nampak gayanya....lepas amek duit aku pi ke kafe kat bawah library...tengok-tengok tinggal satu jer custard doughnut tu...nasib baik...terus jer aku pi kaunter nak order..tapi malangnya mulut aku salah sebut lagi, satu custard doughnut dan satu jam doughnut..dah terbeli dua..sapa laa nak makan banyak-banyak...? hapa laa...moral pagi ni ialah kalau nak order something kat kafe jangan suka-suka order lebih-lebih...hahaha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan