opsss...mungkin heading tu satu yang tipikal..tapi aku tahu memang ramai peminat drama korea kat luar sana tu...yang ada dah pi korea pun dek penangan korean wave (hall-yu) - walaupun korean wave nampaknya sudah agak sedikit muram di Malaysia laa ni...tapi aku rasa sentimen terhadap drama korea masih lagi tebal nak-nak di kalangan remaja...nak dijadikan cerita malam tadi aku dok menghabiskan drama my girl yang aku tak sempat-sempat nak tengok walaupun dah beli dvd tu dekat dua bulan...sebelum ni aku dah tengok drama tu kat youtube dua tahun lepas tu pun tak habis gak...banyak keje lain..tapi disebabkan aku tengah dok translate semuatranskrip yang ada maka aku nak kan sedikit mood tentang drama korea ni...jadi aku pon tengoklah sampai pukul 3 pagi - kono nak lawan kak khatijah laa ni...hahaha..kak khatijah ni salah seorang responden aku yang begitu tegar dengan drama korea..kalau nak tahu kat rumah dia ada beratus-ratus koleksi VCD dan DVD drama korea dan jepun...sorang lagi yang sangat tegar ialah kak ayu...haha..lawaks..siap pergi tengok konsert penyanyi korea kat stadium negara lagi...aku cuba cari dvd fullhouse hari tu tapi tak jumpa...tapi takpe, kat sini pon ada kedai jual dvd drama dan filem korea..haa jangan ingat kat negara asia jer korean wave ni melanda ya....kat negara omputeh pon ada tau..of course ler depa punya diaspora banyak merata dunia...jadi ada laa siket market dan secara tak langsung omputeh pon tumpang sekaki tengok...
drama korea yang pertama kali aku tonton ialah the succesful story of a bright girl..masa tu aku kira ketinggalan sedikit dengan penangan drama korea ni sebab busy dengan kuliah kat UM...masa tu rumah sewa takde tv lagi sebab nak fokus dengan study...jadi penyudahnya aku tengok winter sonata tahun lepas - kira-kira lapan tahun selepas ia ditayangkan kat tv3 sekitar 2000-2001 kalau tak silap...muahahaha....tapi aku takdelah ketinggalan sangat sebab masa tu aku sibuk kumpul vcd drama jepun macam news no ona, beautiful life, long vacation, dan banyak lagi....bila aku tengok tok met sibuk tonton drama korea tiap-tiap kali sebelum maghrib baru aku join sekali - masa tu tahun 2003 rumah dah ada tv sebab dah habis study...sebut pasa drama jepun, drama yang terawal aku tengok ialah rin hanne konma...lama tu tahun 1987-88 macam tu...sekolah rendah lagi...lepas tu bila masuk jer eletrik kat felda simpang waha tahun 1993, aku mula start tengok banyak drama jepun macam 101 kamie no propose, dan banyak lagi..aku tak berapa ingat masa tu sebab dah lama sangat..tapi aku rasa miss ingat satu drama yang watak nya nama tomoko tu...mamat tu pun suka gak tengok drama jepun ni dulu...tapi 101 kamie no propose ni memang special laa...nak-nak theme song yang cukup evergreen - say yes oleh chage and aska.
masa study kat UM dulu pon amad najahal selalu datang rumah aku kat vista melepak sambil tengok koleksi vcd drama jepun yang aku beli kat jaya jusco midvalley. masa tu aku tak tahu pon tentang hiro video centre kat kota raya tu...ex-housemate macam asri pernah gak cakap kat aku kalau nak beli vcd jepun atau korea dia bleh belikan kat kota raya...so aku suruh dia belikan drama the successful story of a bright girl lakonan jang nara tu....siap asri belikan soundtrack lagi..lawak gila laa...ini baru drama korea dan jepun..tak masuk lagi drama filipina macam pangako sayo...si miss tu tengok cerita ni sampai tak pergi kuliah..wakakaka....aku tengok siket-siket jer pangako sayo ni...satu lagi heaven and earth dari thailand..memang top banget...telenovela lagi macam rosalinda..ingat lagi budak-budak yang amek paper sejarah lari balik rumah sebaik kuliah tamat kat DKF fakulti sastera tu... semata-mata nak tengok rosalinda kawin...hahaha....laa ni drama indon plak...of course laa drama intan yang tengah ngetop banget satu malaya laa ni....tapi bila fikir-fikir balik bila laa drama malaysia nak tayang kat NHK jepun atau KBS korea? nak kata takde pelakon berbakat memang tipu...tapi takde look kot? kalau yang ada rupa tu semua berlakon berkecai-kecai....plak tu hero drama melayu ni tak bertukar-tukar...kalau sorang tu yang popular, balik-balik muka dia jer takde muka orang lain...sampai nak pitam orang tengok...hahaha..satu lagi kat malaysia ni kurang angesi pencari bakat...tak tahu ler aku wujud ke tak..
tapi kalau kita tengok kat mana-mana laman web korean drama ataua japanese drama setiap pelakon akan tertera profil dan agen pencari bakat mana yang bertanggungjawab memperkenalkan mereka dalam industri...mungkin itu salah satu faktor yang memberikan kepelbagaian pelakon di Korean dan Jepun..satu lagi shot sangat kreatif...takde laah asyik shot tipikal yang kita biasa tengok dalam mana-mana drama melayu...jalan cerita korea dan jepun simple jer..kebanyakan bercakap pasal cinta..drama melayu pon cakap pasal cinta gak..tapi berbelit-belit dan membosankan...kisah cinta dalam drama korea dan jepun ni simple dan tak berbelit-belit menurut auntie siti...lepas tu indah bila tengok dan tak rasa jemu langsung walaupun berkali-kali ada kat tv...tapi yang aku rasa banyak terdapat dalam drama korea dan jepun tapi takde kat dalam drama melayu...the tragic structure of feeling - aku pinjam ien ang punya konsep daa...tapi betul...benda ni memang takde kat dalam drama melayu nak-nak dari segi naratif dan shot....satu lagi the sweetness flavour...cuba tengok drama korea..walaupun dia siket sebanyak meniru format drama jepun, mereka mempunyai satu formula untuk menghasilkan sweetness and cuteness moment untuk menyentuh hati khalayak yang menonton...contoh? nak ke? alaa..tipikal laa....cuba tengok drama korea...mesti ada bunga api laa, snowy day laa, lampu lip lap laa, anak patung itu ini...tu tak masuk lagi fashion yang berwarna warni...haa satu lagi nak cakap...ni aku ada baca somewhere..tak silap prof cbh yang cakap....hero dalam drama korea dan jepun ni cute...responden aku pun ada cakap hal ni gak..depa ni cute bukan macho macam dalam drama filipina atau latin...kalau tengok rain atau lee dong wok takde laa macho pon..bak kata kak ayu, muka si rain tu mboleh cari 10 orang kat malaysia ni...bukan susah sangat pon..tapi yer laa depa ni cute...kak anis pon cakap macam tu...nak-nak bila dah pakai baju yang very trendy dan disulami pula dengan jatuhan salji dari langit...wakakaka....
1 ulasan:
Noya...ko nie takde kerja lain ker...bab2 hiburan ko mmg expert la..Aku kurang minat la tgk drama korea ngan jepun nie...Yang aku hengat first time drama jepun aku tgk Rin hane koma dan chiaki (kisah pramugari)..ko aku tau suke tgk merro attack..kisah main bola tampar penipu...mcm2 skill main tapi jepun tak kemana pun dlm sukan olimpik..kah kah kah..drama korea aku tgk autumn in my heart..pastue haram aku tak tau..tapi kalau drama latin mmg aku minat giler..rosalinda, maria mercedes, el amor no es como lo pintan, juana miracle, la intrusa, la duda,yo soy betty la fea, secreto de amor dll..drama latin yg aku plg suka smpai la nie...ROSA SALVAJE...ko hengat tak..bila main badminton jer dulu2 kul 10pg mesti aku ngan zaki nak balik umah nak tgk....drama tahun 1995..time tue tgk kat channel indon..SCTV..ayat favourite..dasar perempuan sihir! kah kah kah...Cis ada la aku ponteng kuliah 2-3 kali jer sbb nak tgk pangako sayo...cerita dia best sgt...Drama melayu satu pn tkde yang berbekas...semua mcm air jer...langsung takde tarikan...dh org kita sendiri pun tak suka nak tonton apetah lagi nak tayangkan kt NHK ngan KBS..Lupakan jelah...baik aku tgk wrestling...best gak walaupun aku kena tipu..tapi sape pedulikan..
Catat Ulasan