Rabu, April 08, 2009

membeli dvd lagi --- blehh...

tadi aku keluar dengan alvin dan gregoria untuk lunch...tapi sebelum tu aku called ika sebab dia ada habaq kat aku yang dia suka tengok satu drama korea bertajuk 'Get Karl! Oh Soo Jung'....plot ceritanya agak tipikal..perempuan cantik yang kecewakan lelaki obesiti....bila lelaki tu tiba-tiba jadik hensem pompuan tu sibuk nak kan lelaki tu balik...rasanya kalau aku tak silap drama melayu ada gak tiru drama ni...contoh paling dekat ialah 'Kasanova XXL'...aku ingatkan sinetron jer yang asyik meniru drama jepun dan korea...Malaysia pon lebih kurang...kalau nak tau, kat filipina pon dah ada drama 'My Girl' versi sana yang ditiru bulat-bulat dari drama Korea....jadi aku dengan cepatnya telah mengajak alvin dan gregoria ke kedai yang sama aku pergi kelmarin...sampai jer aku terus bagi tajuk dan tuan punya kedai terus cari dan ambilkan dvd tersebut...lagi senang rupanya mencari dvd korea di sini berbanding di kuala lumpur....mungkin permintaan tak begitu banyak berbanding di plaza kota raya....aku masih ingat lagi kata-kata jurujual kedai hiro comic shops di plaza kota raya sewaktu aku ke sana dua bulan lepas....pelanggan melayu paling ramai beli vcd dan dvd korea dan jepun...chinese tak beli sangat...malangnya aku tak sempat tanya dengan lebih lanjut sebab budak tu pun sibuk nak menguruskan kedai...apa pon terima kasih ika sebab ingatkan aku pasal drama ni...nanti aku bagi balik transkrip interview and ko kena tolong aku check balik mana yang ko rasa nak tambah...muahahahaha....

Tiada ulasan: