ini sebenarnya cerita 2-3 bulan lepas tapi nak terlupa nak upload --- rasanya dah masuk dua bulan aku duduk kat kampung. tapi kali ini agak pelik sebab tak meronta-ronta nak ke kuala lumpur walau apa cara sekali pun. agaknya sebab kat rumah dah ada internet, printer dan kerja-kerja pun banyak melibatkan kawasan felda simpang waha ni. hari ni tiba-tiba hujan lebat turun. dah dekat tiga minggu tak hujan-hujan. so bila hujan turun ni sejuk laa siket felda ni. takde laa membahang macam selalu. kali ini aku nak tulis lagi cerita tentang kengkawan masa di sekolah menengah kebangsaan bandar easter antara tahun 1991 hingga 1995. lama kan masa tu? kira aku ni era-era rap masa mula-mula nak bertapak kat negara ni. masa tu laa jugak muncul kumpulan 4U2C yang suka gantung cd kat leher, dan jugak feminin yang terkenal suka menari miming. tak lupa jugak masa ni ziana zain kira ngetop dan bollywood mencapai puncak kegemilangan. ingat tak lagu alisya 'made in india'? miss paling suka lagu ni sebab tetiap kali call aku pagi-pagi buta (masa tu baru lepas spm) mesti dia akan terjerit-jerit nyanyi lagu ni. satu lagi era ni juga terkenal dengan era rock kapak (masa tu rap tak masuk lagi). yang kelakar tu siap tulis lirik kat buku dan bawak ke sekolah dan nyanyi lagi kat dalam kelas (aku ingat lagi jai dengan kasmah dok melalak nyanyi lagu cinta bandar tasik selatan).
satu lagi irama dangdut pon meletup-letup juga sekitar era 91-95 ni. cakap laa irama dangdut apa pon. tapi masa tu disko dangdut laa..bukan dangdut ala inul yang goyang gerudi tu. kira sopan lagi laa dangdut masa tu..satu lagi era ni juga menyaksikan kecermelangan filem-filem yusuf haslam mengaut keuntungan. antaranya macam sembilu, tragedi oktober dan banyak lagilah. dan masa ni jugak anugerah muzik-muzik dan juara lagu memang seronok untuk ditonton. tak macam sekarang, bagi tiket vip pon tak kuasa aku nak tengok. lagu era ni pon best-best gak walaupun sedikit melancholic. kalau dari luar pulak, cerita-cerita macam beverly hills 90210, melrose place, tropical heat, dan banyak lagi memang ditonton dengan setianya, apatah lagi kawasan kota tinggi ni mendapat resepsi siaran singapura dengan terang dan nyata. masa tu takde astro, jadi bila dah ada astro ni aku takde laa berasa pelik sangat sebab telah terlebih dahulu menonton hampir 10 siaran setiap hari termasuk singapura dan indonesia. begitu juga dengan siaran radio melayu singapura seperti ria 89.7fm dan warna 94.2fm...dj-dj mereka seperti hafiz glamour, mariam, a.b.sheikh, zarina, murniwati, dan ramai lagi sangat seronok bila mereka ke udara. masa tu takde era, sinar atau hot fm. dan boleh dikatakan era banyak mempunyai persamaan dengan ria di singapura. itu cerita serba sedikit era 91-95. sebenarnya aku baru jer pergi teman mak aku pergi gunting rambut. kebetulan pulak hair dresser tu senior setahun waktu sekolah kat smkbe ni. maka seronoklah pulak berbual sambil mengungkit kisah-kisah lama.
kiranya macam cerita sweet home alabama laa lebih kurang. kalau tak pon versi amboi amboi amboi yang kontroversi tu. muahahaha. dia tanya mana member baik aku macam harmizam mis dan syamsudin razali? aku mana laa tahu..dah lama giler tak jumpa. kiranya dah lost contact. cuma kadang-kadang tu aku dengar dari mak aku jer laa..itu pon tentang sudin sebab mak dia tu sekampung dengan mak aku. sudin dah beli rumah kat senai kalau tak silap. tapi menurut senior aku tu, harmizam pulak dah mengembangkan kerjaya beliau sebagai pak andam sekarang. wah hebat...kiranya macam make up artist laa ni..mesti glamour. tapi aku memang tahu dia dah ada kelab tarian sendiri. kiranya cita-cita beliau nak menjadi penari profesional dah berjaya laa..khabarnya dia selalu ke vietnam dan china untuk buat persembahan di sana. sebut pasal tari menari, sebenarnya (kena buat pengakuan memalukan ni) aku ada laa jugak involve siket-siket dalam persembahan tarian dulu waktu kat sekolah. tapi sekejap jer sebelum bersara disebabkan dapat result pmr macam gampang. tapi waktu join kelab kebudayaan tu aku sempat laa jugak berkenal-kenalan dengan pelajar senior yang sekali terlibat menjayakan persembahan. antaranya macam norismah ismail, sani misnan, khairul azhar mohamad, siti lela komari, zuraina& zuraini sajiman, sapa lagi ek? aku rasa miss mesti ingat semua walaupun dia tak join. aku tahu dia selalu kutuk aku sebab menyertai kelab kebudayaan. muahaha. ingat aku tak tahu ke. apa pon aku sambung lagi nanti, wokes? hahaha...
3 ulasan:
lupa nak bagitau..kita buat entry pasal awak
http://gie-itsmylife.blogspot.com/2009/03/jejaka-misteri.html
Oh Alissa..made in india...best wei lagu tue..kira tue lagu tema la...tapi time tue mmg ziana zain tgh meletop...tue la artis malaysia pertama aku beli kaset dia..wlpn dia selalu kena kutuk sbb suara tk sampai...tapi aku still peminat no 2 dia smpai sekarang...penyanyi lain...yang ado! Dulu2 gak kan tkde internet..so bila beli news especially hari ahad mesti ada selit lirik2 lagu..pastue gunting dan letak kat buku teks..kah kah..tapi cikgu dulu tak sporting lngsung..bila ade check buku teks mesti kene rampas...POYO! Tue ar..radio dulu ala kampung..palg best pn dgor RMJB (Radio malaysia jb)..just nak dgor lagu dan carta lagu tiap2 minggu...deejay pn tak kenal..Tau takpe aku mmg pengkritik utama ko dari dulu samapi sekarang...yelah kalo ko teruskan jgk...hahaha...ish tak kuasa teman...pantang ada mesyuarat PIBG, penyampaian hadiah ker, lawatan VIP..balik2 muka yang sama asyk tergelek sakan kat tgh2 panas..ngan pakai mekap ler..tak ker giler tue...lastly ko insaf gak kan..kah kah kah...ade lagi2 member2 penari ko tue..lupe ek ko mmber baik ko si zaki puaat, rizal harun, abu, emy yusniza, emy yusnita kot....sume dh insaf kot! kuang2...sape2 nak tgk gambar si noya nie..ala2 penari felda boleh email kat aku..kah kah..woit noya sorry la...kih kih kih...take care...
inang-inang ni mengingatkan aku zaman kanak-kanak tau, sampai sekarang la...kalau aku disuruh buat inang-inang ni aku tau...arwah mak aku ajar... waktu kecik kalau kena buat sure aku tak leh main pondok-pondok ngan kengkawan...bukan senang nak buat tapi makan memang sedap, lagilah kalau sambil tu dok santai depan tv je....
Catat Ulasan